DELIMA BAIK UTK WANITA HAMIL
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya
melambangkan kesuburan. Buah delima atau nama botaninya Punica granatum telah
di tanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di Lembah Indus
pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit utk delima.
Pokok delima adalah sejenis pokok kecil yg memiliki ketinggian kira-kira sehingga
lima meter. Kulit pokok delima berwarna coklat perlahan, pokoknya memiliki
tunas berwarna merah dan putik muda. Daunnya jenis kecil, terletak
bersebelahan, berkilat dan berwarna hijau. Buah delima berwarna jingga
kemerahan. Buah delima memiliki mahkota dan kaliks serta mengandungi biji yg
terletak di dalam kantung.
Bahagian delima yg digunakan adalah buah. Selalunya buahnya
dimakan mentah ataupun di jadikan jus utk diminum. Namun begitu, kebanyakkan
fitokimia boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit pokok delima
juga turut di gunakan utk tujuan perubatan.
Jus ekstrak buah delima dikatakan sumber yg kaya dengan
polifenol, bahan kimia tumbuhan yg menghasilkan rasa dan warnanya. Polifenol
juga merupakan antioksidan dan ini bermakna ia mampu membantu melindungi
sel-sel daripada rosak dan boleh merendahkan inflamasi dalam tubuh. Buah delima
juga dikatakan tinggi vitamin C. Sebiji buah delima dikatakan menghasilkan
kira-kira 40% vitamin yg diperlukan utk setiap hari.
MERENDAHKAN KOLESTROL
Disebabkan kandungan antioksidan dan zat yg tinggi, ada yg
percaya jika kerap meminum jus buah delima dikatakan boleh mencegah kanser.
Sebenarnya tidak terdapat bukti spesifik mengenai perkara ini. Tetapi dalam
tiub ujian, ekstrak jus daripada buah, kulit dan minyak buah delima dikatakan
mampu memperlahankan penghasilan semula sel-sel kanser dan boleh mempercepatkan
kematian sel-sel kanser.
Pengambilan jus delima juga dikatakan mampu membantu
merendahkan kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL utk memperbaiki
kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.
Minum jus delima dikatakan mampu menaikkan selera makan,
membantu masalah pencernaan, menentang buasir, loya, diarea dan disenteri. Jus
delima juga baik sebagai julap sembelit. Bagi mereka yg mengalami masalah
anemia, kandungan tinggi besi dalam buah delima dikatakan akan meningkatkan
tahap haemoglobin dalam darah. Minum jus delima juga dikatakan mampu
mengurangkan keradangan, merangsang peredaran darah dan membantu mengurangkan
berat badan.
Kandungan tinggi niasin, asid folik, kalium, kalsium,
vitamin C, besi dan serat dalam jus buah delima dikatakan mampu mengekalkan
kesihatan wanita hamil dan menggalakkan
pertumbuhan sel. Minum jus buah delima ketika hamil dikatakan mampu
membantu mengurangkan kejang dan kesukaran utk tidur.
Walaupun terdapat pelbagai kajian yg mencadangkan delima
baik utk tujuan perubatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat
pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.
#sayapengedarshaklee
#sayamakanshaklee
Berminat utk cuba produk Shaklee atau utk tempahan
Boleh hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Msj/wassapp/telegram
019 5959640
Tiada ulasan:
Catat Ulasan