Halaman

Ahad, 15 Februari 2015

Bahaya Diet Detoks



Saya ingin kongsikan sedikit dengan anda tentang bahaya diet detoks yang saya baca melalui majalah.


Diet detoks mencetuskan fenomena dalam kalangan masyarakat masa kini yang mahukan tubuh ramping dan menawan. Golongan lelaki juga tidak terkecuali. Diet ini di katakana mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat.

Namun diet ini tidak perlu dibuktikan secara saintifik meskipun ada keberkesanannya. Bagi sesetengah orang, diet ini sebenarnya boleh memudaratkan diri sendiri lebih-lebih lagi jika ia dilakukan secara ekstrem.

Takrifan:

Diet detoxfication atau diet detoks lebih merupakan proses pengurangan air dari dalam badan.
Ia adalah proses penyingkiran bahan toksid untuk memastikan sistem penghadaman bekerja dengan sepenuhnya, memastikan kulit bersih, sistem buah pinggang dan hati berjalan rancar.

Apabila semua organ penyingkiran toksin berjalan dengan sepatutnya, tubuh boleh mengeluarkan toksin secara berkesan dan maksimum.

Kaedah Luaran

Andaian banyak pihak bahawa penyingkiran toksin ini boleh dilakukan dengan kaedah luaran sahaja seperti mengambil makanan tambahan seperti jus detoks, teh herba, sauna dan sebagainya menyebabkan mereka menjadikan ia sebagai pelan diet bagi menurunkan berat badan.

Pengambilan diet detoks hanya mengambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan ataupun meminum jus buah. Namun ia merupakan diet yang sangat rendah kalori sehingga kadang ala tidak mencukupi untuk keperluan tenaga harian tubuh.

Kesan Pada Diri

Justeru kekurangan kalori dalam tubuh akan menjadikan pengamal diet berasa:

* Lemah
* Mudah pening kepala
* Mual dan muntah
* Tidak cukup tenaga

Bukan Diet Sihat

Hanya melibatkan pembuangan air dalam badan semata-mata dan tidak langsung melibatkan proses pembuangan lemak sepertimana  yang sepatutnya berlaku bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan secara sihat. Ia nyata bukan diet yang sihat.

Diet yang sihat adalah apabila pembakaran lemak berlaku, segala toksin yang terkandung dalam badan akan dikeluarkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Tips Diet Detoks Secara Sihat

Elakkan:

* Alkohol
* Rokok
* Produk susu,gula, madu,pemanis buatan, kopi, gandum dan segala jenis produk hasilnya
* Buah-buahan kering

Amalkan:

* Buah-buahan
* Sayuran segar
* Ikan
* Daging merah tanpa lemak
* Ayam tanpa kulit

Cara Pengambilan:

* Minum jus lemon setiap pagi sebelum sarapan untuk membersihkan dan melancarkan sistem pencernaan.

* Bersenam 1 jam setiap hari. Aktiviti fizikal yang dilakukan harus serius dan banyak menggunakan tenaga.

* Ambil makanan segar setiap hari seperti salad buah dan sayur.

* Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk meditasi dan menenangkan fikiran.

* Minum air sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari, sama ada air suam, jus buah, jus sayur atau teh herba.

>>>> Bagi yang ingin kurus secara sihat dan semulajadi, anda boleh cuba produk Shaklee yang kini menjadi sebutan orang ramai. Dah ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa menyakitkan diri sendiri, tanpa penyeksaan dan juga secara semulajadi.<<<<

>>>> Produk kurus Shaklee yng pil ada, yang jenis minuman pun ada, yang ikut bajet, yang full, yang asas semuanya ada. Apa yang penting mengikut keperluan dan pilihan anda sendiri.<<<<

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan