Khasiat Alami
Apabila disebut tentang pisang, ramai mengaitkannya dengan
makanan kegemaran monyet tetapi jangan terkeliru kerana banyak resepi boleh
dihasilkan. Lihat sahaja kulitnya yang kekuningan. Ia sudah cukup membayangkan
betapa lemak dan manisnya pisang yang dinikmati.
Biasanya, pisang ditanam secara tunas di pangkal pokok yang
dihasilkan secara vegetasi. Anak pisang pula akan diasingkan daripada induk
sebelum dipindah ke tempat baru. Boleh di katakana kebanyakkan jenis pisang
tidak menghadapi masalah tetapi jika pisang udang, biasanya serangga penebuk
batang mudah sahaja mengganggu.
Khasiat Makanan
Jantung pisang: boleh dinikmati dengan beberapa cara seperti
dicelur, direbus sebelum dimakan. Bukan setakat itu sahaja, jantung pisang juga
enak dijadikan kerabu dan masak lemak.
Walau bagaimanapun, jenis jantung pisang yang biasa
digunakan ialah jenis pisang berbulu dengan batang yang kurus dan rendah. Buah
mudanya boleh dimakan mentah atau
dijadikan ulam setelah dikupas kulitnya yang kehijauan serta keras.
Namun begitu, sekiranya buah kelihatan matang tetapi belum
masak sepenuhnya, jadikan ia gulai. Biasanya, pokok pisang akan ditebang
apabila buahnya masak dan umbut daripada batangnya sesuai dimakan mentah atau
dimasak mengikut citarasa.
Khasiat Ubatan
Jantung pisang dikatakan bertindak sebagai ubat herba tonik
untuk jantung dan sistem pendarahan. Sementara jenis pisang batu pula boleh
direbus dan diminum bagi merawat masalah cirit birit, perut, usus serta sakit
kerongkong.
Buah pisang pula sesuai dikukus, dikeringkan kemudian
dikisar menjadi tepung sebelum ditelan.
Buah matang yang masih belum masak bolehlah melalui proses yang sama
kemudiannya dimasak ke dalam kapsul bagi merawat pesakit ulser dalam perut dan
usus.
Manakala cecair yang terdapat pada buah, pangkal, atau akar
pula boleh digunakan sebagai ubat luaran untuk menghentikan pendarahan. Cecair
di pangkal pokok pisang sesuai di sapu pada kulit kaki yang pecah.
Sementara akarnya pula bolehlah dihancurkan sebelum di tanpal
pada bisul, bengkak jerawat, sakit kepala, demam panas dan kulit terbakar
akibat sering terdedah kepada sinatan matahari. Begitu juga dengan cecair yang
terdapat di bahagian itu juga di percayai mampu menjadi penawar kepada demam
kuning, campak, sakit gigi dan demam panas.
Seperti diketahui mengenai manfaat cecair, maka daun pisang
juga tidak kurang hebatnya. Ia boleh dijadikan ubat kepada bisul bagi
merangsang untuk mengeluarkan nanah dengan cepat selain memberi kesan yang baik
kepada kulit.
Info
Jantung pisang tidak boleh diambil dalam kuantiti yang
banyak. Dibimbangkan boleh mengakibatkan angina dalam perut dan usus,
melemahkan lutut dan tenaga batin. Begitu juga dengan pengidap asma dan
lain-lain penyakit berkaitan paru-paru atau sistem pernafasan. Mereka tidak
digalakkan makan beberapa jenis pisang seperti pisang embun kerana dikhuatiri
akan menjadi bertambah buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan