Rabu, 3 September 2014

Masalah keputihan semasa hamil

SEKADAR PERKONGSIAN KITA BERSAMA

Petikan dari MINGGUAN WANITA
MASALAH KEPUTIHAN TIDAK NORMAL KETIKA HAMIL

Keputihan masalah normal yg dihadapi oleh wanita, namun adakah ia juga normal jika dihadapi oleh ibu hamil?
Perubahan hormone yg dihadapi oleh ibu hamil tidak mengecualikan mereka mengenai masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yg nipis dan kurang berbau dari kemaluan.
Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yg membantu aliran darah ke bahagian pelvis dan merangsang selaput lender badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yg seimbang dan sihat dalam faraj.
Keputihan tidak normal
Namun begitu, masalah keputihan semasa mengandung boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan atau disertai kemerahan atau kegatalan. Kemungkinan anda mempunyai jangkitan faraj yg paling biasa semasa mengandung seperti Candidiasi, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat oleh doctor. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yg tidak normal disebabkan oleh STD (sexually transmitted disease)
Tanda ibu hamil alami keputihan
Lelehan faraj yg lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yg sihat bersifat cecair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej.
>gatal, sakit atau warna kemerah-merahan didalam atau sekeliling faraj atau punggung. Sakit apabila bersama suami dan apabila membuang air kecil.
Punca
Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yg dipanggil candidaalbicans. Kulat ini ada dalam tubuh setiap manusia. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman dan secara umumnya, bakteria didalam badan mengawalnya.
Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan diantara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
>semasa hamil, faraj mengandungi gula yg tinggi yg di panggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
>memakai pakaian yg ketat atau yg di perbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jean atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angina, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
>anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yg mungkin menyebabkan ketidak selesaan.
>mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro organisma baik dan jahat yg tinggal di dalam perut anda.
>mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yg tidak di kawal dengan baik.
Tidak membahayakan bayi
Keputihan tidak membahayakan bayi keran terlindung di dalam uterus (Rahim) dan tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan bayi akan di jangkiti apabila melalui faraj ketika keluar daripada Rahim.
Jika bayi yg baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak kepayudara anda juga.
Rawatan
Doctor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yg sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penug selama tujuh hari utk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimana pun, jika anda dalam trimester pertama, doctor mungkin tidak mahu mempreskripsikan apa-apa ubat.
Mitos tentang keputihan
*makanan seperti timun atau nanas sering kali di anggap penyebab keputihan.
Keputihan bukan di sebabkan oleh makanan, tentu sekali bukan nanas kerana ia kaya dengan vitamin C
*penggunaan pembersih vagina atau anti septic di sangka dapat mencegah keputihan.
Penggunaan antiseptic sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan gangguan kepada flora normal yg ada dalam vagina. Walhal, flora normal ini amat di perlukan tubuh utk mengawal vagina pada pH seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan