Rabu, 31 Disember 2014

Ikut Kehendak Anak Dara Nak Makan Kek



Setiap hari hujan sejuk dan dingin je rasa badan ni…

Anak dara sorang ni tak habis-habis minta buatkan kek, perutnya sentiasa lapar, mentang-mentanglah hari ni hari lahir abahnya.

Si ibu dengan terpaksanya mengikut kehendak anak. 

Jom ikut saya masuk dapur buatkan kek yang ringkas untuk anak dara sorang ni.

Bahan untuk kek
250gm mentega
250gm gula kastor
5 biji telur
½ sudu baking powder
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning, hijau dan merah

Cara buat kek

* Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
* Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati
* Sapukan Loyang dengan majerin supaya kek tidak melekat
* Bakar pada suhu 180os selama 60 minit atau sehingga masak.

Kek ringkas dan senang untuk buatnya…bagi anak-anak yang suka makan kek

Selamat mencuba…

Tips Cara Lepas Botol Susu Bagi Kanak-kanak Dan Meal Shake Boleh Membantu Mereka Melupakan Susu Ibu Dan Botol Susu



Tiga tahun merupakan umur yang palin tepat untuk kanak-kanak menggunakan cawan ketika minum. Namun memisahkannya dari botol susu kesayangannya bukan perkara yang mudah. Ini kerana  menghentikan atau mengganti suatu kebiasaan  tidak mudah. Kanak-kanak perlu diadaptasi dengan kebiasaan baru dan ini boleh membuatnya berasa tidak selesa.

1. Minta anak-anak kita memegang gelas sebagai perkenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.

2. Biarkan kanak-kanak memilih cawannya dengan sendiri, mengikut warna kesukaan mereka dan rekaan cawannya. Belikan beberapan buah cawan yang berbeza bentuk dan pastikan ianya tidak mudah pecah.

3. Ajak anak membancuh susu dengan menggunakan cawannya sendiri, jadika ia aktiviti yang menyeronokkan.

4. Pada hari-hari penyesuaian awal, anda masih berkompromi. Misalnya, hadkan penggunaan botol hanya pada malam hari. Pada siang harinya pula diwajibkan menggunakan cawan.

5. Letakkan cawan yang berisi air yang boleh dicapai oleh anak anda. Tanpa perlu memaksa mereka apabila dahaga, dia akan menggunakan minumannya tanpa perlu meminta kepada anda.

6. Ajak anak berkumpul dengan rakan-rakan yang sudah minum menggunakan cawan. Jadikan ia acara yang menyenangkan agar anak-anak anda terdorong minum daripada cawan seperti kawan-kawannya.

Bagi ibu-ibu yang anak-anak baru saja putus susu badan ke ataupun susu botol ke dan juga ibu yang sedang mengajar anak-anak minum menggunakan cawan boleh cuba meal shake untuk membantu anak-anak anda untuk melupakan susu badan ataupun botol susu.


Meal shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Meal shake bukan saja untuk kanak-kanak tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, orang sakit, orang yang selalu sibuk dengan kerja.

Kebaikkan Meal Shake bagi kanak-kanak yang baru putus susu

* Untuk perkembangan minda
* Untuk tingkatkan selera makan anak-anak anda
* Sesuai untuk anak-anak yang baru putus susu
* Untuk kanak-kanak yang sentiasa kekal aktif
* Meningkatkan berat badan anak-anak
* Membantu anak fokus dalam pelajaran
* Mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak
* Diambil sebagai sarapan pagi untuk meningkatkan kecergasan
* Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
* Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
* Rasa vanilla yang sangat sedap





Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Cungkil Rahsia Ubi Keledek





Keledek merupakan sejenis tumbuhan melata yang sering dijadikan bahan tambahan sama ada ketika membuat kuih, pengat atau hidangan lauk. Rasa lemak dan manisnya membuatkan ianya mempunyai pengikut yang tersendiri.

Dikatakan, tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah dan bahagian utara Amerika Selatan. Pada masa ini, keledek mempunyai taburan yang sangat luas di semua kawasan tropika, subtropika serta di kawasan yang bercuaca panas. 

Untuk menanam keledek hanya gunakan keratan ranting dan tanam di atas batas. Lazimnya di asia tenggara keledek memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan selepas di tanam sebelum ubinya dituai. Bagi keledek yang kerap dipetik pucuk serta daunnya, masa yang diperlukan lebih panjang untuk menghasilkan ubi. Malah, hasil ubi akan berkurangan di samping saiz yang lebih kecil sekiranya pucuk dan daunnya dipetik terlalu kerap.

Khasiat Makanan

Ubi keledek sesuai digoreng , dipanggang, dibakar, direbus, dikukus, kuih muih, dimasak lemak dan macam-macam lagi. Malah, ubi keledek juga sering digunakan sebagai bahan pemekat sos. Sementara pucuk dan daunnya pula boleh dimasak lemak dan sebagainya.

Khasiat Ubatan

Ubinya biasa direbus dan diminum sebagai tonik kesihatan perut, limpa, ginjal, lemah badan selain mengatasi rasa haus ketika demam panas. Sementara itu, bagi ubi keledek yang berwarna unggu pula elok direbus dan diminum airnya bagi merawat masalah diabetes. Kepada individu yang menderita sakit disenteri, sangat sesuai direbus ubi keledek jenis coklat merah.

Bahagian daunnya bolehlah ditumbuk lumat kemudian disapu pada kulit yang melecur serta sendi-sendi yang kaku. Begitu juga bahagian batangnya, ditumbuk kemudian diikat pada tempat yang mengalami sakit reumatisme. Ranting ubi keledek juga sesuai dicampur bahan lain sebelum direbus dan diminum untuk merawat masalah asma. Sementara cecair yang keluar pada ubi pula bolehlah disapu pada bahagian kulit yang terbakar.

Penjagaan Khusus Bayi Pramatang Dibantu Pula Dengan Set Penyusuan Tebaik Untuk Ibu Dan Bayi



Assalamualaikum semua…hari ini dah 31hb Disember hari terakhir kita di tahun 2014 dan esok adalah tahun baru bagi tahun 2015. Adakah azam anda tahun ini dah tercapai atau belum?…bagi yang azamnya dah tercapai…Alhamdulillah…bagi yang belum boleh di bawa ke tahun hadapan atau mungkin biarkan ia berlalu dengan begitu saja…hihi…boleh ke macam tu…tahun hadapan mulakan dengan azam yang baru…AZAM SI PEMILIK BLOG SICOMELAYATULHUSNA…? Biarlah rahsia ya…huhu.


Hari ini saya nak berkongsi dengan anda mengenai bagaimana hendak menjaga bagi pramatang yang saya baca dalam majalah.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi yang dilahirkan tepat masanya. Bagi perkembangan optimum bayi pramatang, ciptakan suasana seperti didalam Rahim. Kita ikuti panduan berikut:

Posisi Tidur

Sediakan tempat tidur daripada selimut tebal yang berbentuk huruf U. Bayi seolah-olah berada seperti didalam Rahim yang membuatkannya berasa selesa.

Pencahayaan Suram

Redupkan lampu ketika menyusu dan tidur agar bayi tidur lebih lama, koordinasi bernafas dan menelan susu lebih baik. Ia mendorong kenaikkan berat badan yang lebih tinggi. Jika cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatannya kurang baik.

Elak Kebisingan

Bercakap dengan perlahan dan tutup pintu ketika bayi sedang tidur. Bayi memerlukan tidur yang berkualiti untuk memacu hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optimum.

Metode Kanggaru

Ia bagi mempertahankan suhu tubuh, menstabilkan denyutan jantung dan pernafasan, membuatkan bayi tidur lebih lama, jarang menangis, meningkatkan penghasilan susu ibu dan mengukuhkan ikatan antara ibu dan bayi.

Rangsangan

Berikan rangsangan seperti sentuhan, suara dan pandangan. Hangatkan telapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka mendengar suara ibunya. Ajak bayi berbual ketika menyusu. Dengarkan muzik seperti alunan zikir, nasyid, selawat setelah bayi bangun tidur atau ketika bayi berada keadaan gelisah. Ketika berbual dengan bayi, pastikan jarak wajah anda 20 hingga 30 cm di hadapannya. 

Cara Mandi

Walaupun tubuhnya kecil, bayi pramatang tetap perlu dimandikan...caranya:

1. Pada hari-hari terawal, lap sahaja bayi dengan kain yang dibasahi air yang hangat. Kulit tubuhnya sangat nipis dan sensitif.
2. Setelah bayi berat 2.6 kg, barulah dimandikan bayi dengan air menggunakan bekas mandian. 
3. Pilih sabun khusus untuk bayi agar tidak menimbulkan iritasi.
4. Memastikan air mandi tidak terlalu panas atau sejuk.
4. Jangan menggosok kulit bayi terlalu kuat. 



Bagi ibu-ibu yang melahirkan bayi pramatang, demi memastikan susu ibu sentiasa mencukupi untuk si manja anda. Di sini saya sertakan satu set penyusuan terbaik dari supplement Shaklee agar susu badan anda tidak merudum dan sentiasa memenuhi permintaan si manja anda iaitu:

Alfalfa

Alfalfa banyak mengandungi nutrient penting dan pelbagai vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan juga zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik dan juga sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dengan baik dan lancer.

Vita Lea

Vitamin yang sangat penting untuk ibu hamil dan juga ibu menyusu. Kajian juga menunjukkan kebanyakkan orang wanita mengalami masalah kekurangan zat besi dan megakibatkan anemia berpunca daripada kekurangan zat besi.
Vita Lea juga bagus untuk kesihatan tulang, sistem imun badan yang baik, kesihatan jantung, kesihatan kuku, kulit dan juga rambut.

ESP (soy protein isolate powder)

Membantu mempercepatkan penghasilan susu, memekatkan susu dengan nutrient penting untuk bayi dan menyebabkan bayi anda cepat kenyang. ESP juga merupakan satu-satunya produk dipasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Vitamin C

Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan juga kulit kasar. Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang  bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma.

B Complex

8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik, membantu menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga. Menggalakkan tunbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Sempena Hari Lahir Suami Masak Nasi Minyak Berlaukkan Daging Masak Kicap Ringkas Tapi Sedap




Assalamualaikum…selamat pagi hari ini dah akhir tahun ya dan hari ini juga adalah hari lahir suami saya.

Selamat Hari Lahir Cik Nazir Yusoff semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan hidup sentiasa di lindungi oleh Allah Yang Maha Esa. Semoga rumahtangga yang kita bina bahagia sampai ke jannah...amin.

Sempena hari lahir suami saya ingin kongsikan resepi dengan anda semua iaitu nasi minyak yang ringkas tapi sedap (bagi keluarga saya sedap lah kan…hihi)

Resepi untuk nasi

3 cawan beras (beras biasa pun boleh)
4 cawan air
Minyak zaitun (majerin pun boleh)
Daun pandan (bagi wangi nasi)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bunga cengkih
Bunga lawing
Kulit kayu manis
Secubit garam

Cara masak nasi

Panaskan periuk eletrik, bubuhkan minyak zaitun @ majerin, tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu manis, daun pandan masak sampai bahan tadi naik bau atau wangi.
Masukkan beras, air dan garam kacau rata kemudian tunggu nasi sampai masak.

Resepi untuk daging 

½ kg daging
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili merah
Kicap
Minyak
Garam
Gula
Daun kari

Cara masak daging

Masak daging dahulu dengan air hingga daging tadi menjadi lembut masukkan garam. Bila air daging tadi dah kering, asingkan daging tadi, dalam kuali yang sama masukkan sedikit minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih yang dihiris goreng hingga bawang layu kemudian masukkan daging kacau lagi, masukkan kicap,  air dan sedikit gula masak hingga daging jadi empuk dan pekat.


Acar timun dan lobak merah
Lobak merah
Timun
Garam
Gula
Cuka
Air
Bawang merah/bawang besar kuning
Cili merah dan hijau

Semoga resepi yang saya kongsikan ini boleh membantu anda semua terutama surirumah tangga untuk masak sempena hari lahir suami ke anak-anak ke atau siapa saja yang anda sayang.

SELAMAT MENCUBA…