Jumaat, 5 September 2014

Vita Lea yg berusia 99 tahun


Assalamualaikum dan salam Jumaat pada sesiapa saja, semoga hari jumaat ini akan membawa rahmat kebaikkan pada kita semua. Di hari jumaat penghulu segala hari, hari yg sangat mulia, hari yg baik pada umat islam. Orang lelaki jangan lupa pegi solat jumaat ya.
Hari ini saya nak buat entry pasal VITA LEA yg sudah berusia 99 tahun, macam tak percayakan yg VITA LEA ni dah begitu berusia, umur VITA LEA melebihi umur mak ayah kita kan….hihihi. Bila sebut mak ayah ni…ingat ayah kat kampong, semoga ayah sihat, utk arwah mak ku sedekahkan Al fatihah utk mu….semoga mu wahai ibu ku tenang di ‘’Sana’’ emosi lah pulak.
Berbalik pasal VITA LEA tadi lah tak nak emo-emo pagi jumaat yg berbahgia ni.
VITA LEA IRON FORMULA
Vita Lea Shaklee adalah multi vitamin dan mineral yg pertama dicipta didunia. Asalnya dikenali sebagai ‘’Vitalize-Mineral’’ dan disingkatkan sebutan kepada ‘’Vita-min’’, dan perkataan vitamin yg disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yg di kenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yg terkini dan teknologi eksplosif yg kompleks, disebut sebagai ‘’Explo-tab’’. Ia merupakan tablet multi-vitamin yg paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yg terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein utk penyerapan yg pantas oleh usus kecil.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.
KEBAIKKAN YG ADA PADA VITA LEA
1.Penambahan Tenaga Segera > pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.
2.Pelengkap Nutrisi > kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yg tidak seimbang, terutamany mereka yg mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
3.Keupayaan Sistem Produktif > penting kepada kanak-kanak dan remaja yg sedang membesar.
4. Metabolisma > sangat membantu dalam stimulasi metabolism dan melambatkan proses penuaan.
5.Elemen Penting Pada Sel Tubuh > menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otak, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
6. Melindungi Organ > melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
VITAMIN YG ADA DALAM VITA-LEA
Vita A
>kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yg sihat.
Vita D
>perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
Vita E
>anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik utk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
Vita C
>anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah.
Asid folik
>kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
Vitamin B1
>menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk lauk/darat, menurangkan petanda herpes zoster.
Vita B2
>tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vita B3
>tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik utk perut dan usus.
Vita B6
>metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, elak muntah-muntah, bibir kering, kekejangan, kebas.
Vita B12
>membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik utk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes,rabun.
Biotin
>bantu B-komleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, eczema dan keradangan kulit
Vita B5
>meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Kalsium
>perkasakan tulang dan gigi, drah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan  jantung normal.
Fosforus
>meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah reputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis.
Iodin
>baik utk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligament/otok dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
Zat besi
>membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), melawan penyakit, mengelakkan keletihan.
Magnesium
>kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Zink
>perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik utk deria rasa dan bau, ketajaman minda.
 
#sayapengedarshaklee
#sayamakanshaklee
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Berminat dengan produk Shaklee @ utk tempahan
Boleh hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Msj/wassapp/telegram
019 5959640
FB Rohani Husna Nazir

 

Khamis, 4 September 2014

Khasiat buah delima utk ibu hamil


DELIMA BAIK UTK WANITA HAMIL
 
Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima atau nama botaninya Punica granatum telah di tanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di Lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit utk delima.
Pokok delima adalah sejenis pokok kecil  yg memiliki ketinggian kira-kira sehingga lima meter. Kulit pokok delima berwarna coklat perlahan, pokoknya memiliki tunas berwarna merah dan putik muda. Daunnya jenis kecil, terletak bersebelahan, berkilat dan berwarna hijau. Buah delima berwarna jingga kemerahan. Buah delima memiliki mahkota dan kaliks serta mengandungi biji yg terletak di dalam kantung.
Bahagian delima yg digunakan adalah buah. Selalunya buahnya dimakan mentah ataupun di jadikan jus utk diminum. Namun begitu, kebanyakkan fitokimia boleh ditemui di dalam kulit buah delima. Akar dan kulit pokok delima juga turut di gunakan utk tujuan perubatan.
Jus ekstrak buah delima dikatakan sumber yg kaya dengan polifenol, bahan kimia tumbuhan yg menghasilkan rasa dan warnanya. Polifenol juga merupakan antioksidan dan ini bermakna ia mampu membantu melindungi sel-sel daripada rosak dan boleh merendahkan inflamasi dalam tubuh. Buah delima juga dikatakan tinggi vitamin C. Sebiji buah delima dikatakan menghasilkan kira-kira 40% vitamin yg diperlukan utk setiap hari.
MERENDAHKAN KOLESTROL
Disebabkan kandungan antioksidan dan zat yg tinggi, ada yg percaya jika kerap meminum jus buah delima dikatakan boleh mencegah kanser. Sebenarnya tidak terdapat bukti spesifik mengenai perkara ini. Tetapi dalam tiub ujian, ekstrak jus daripada buah, kulit dan minyak buah delima dikatakan mampu memperlahankan penghasilan semula sel-sel kanser dan boleh mempercepatkan kematian sel-sel kanser.
Pengambilan jus delima juga dikatakan mampu membantu merendahkan kolestrol LDL dan meningkatkan kolestrol HDL utk memperbaiki kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular.
Minum jus delima dikatakan mampu menaikkan selera makan, membantu masalah pencernaan, menentang buasir, loya, diarea dan disenteri. Jus delima juga baik sebagai julap sembelit. Bagi mereka yg mengalami masalah anemia, kandungan tinggi besi dalam buah delima dikatakan akan meningkatkan tahap haemoglobin dalam darah. Minum jus delima juga dikatakan mampu mengurangkan keradangan, merangsang peredaran darah dan membantu mengurangkan berat badan.
Kandungan tinggi niasin, asid folik, kalium, kalsium, vitamin C, besi dan serat dalam jus buah delima dikatakan mampu mengekalkan kesihatan wanita hamil dan menggalakkan  pertumbuhan sel. Minum jus buah delima ketika hamil dikatakan mampu membantu mengurangkan kejang dan kesukaran utk tidur.
Walaupun terdapat pelbagai kajian yg mencadangkan delima baik utk tujuan perubatan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

#sayapengedarshaklee
#sayamakanshaklee
Berminat utk cuba produk Shaklee atau utk tempahan
Boleh hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Msj/wassapp/telegram
019 5959640

Rabu, 3 September 2014

Masalah keputihan semasa hamil

SEKADAR PERKONGSIAN KITA BERSAMA

Petikan dari MINGGUAN WANITA
MASALAH KEPUTIHAN TIDAK NORMAL KETIKA HAMIL

Keputihan masalah normal yg dihadapi oleh wanita, namun adakah ia juga normal jika dihadapi oleh ibu hamil?
Perubahan hormone yg dihadapi oleh ibu hamil tidak mengecualikan mereka mengenai masalah keputihan atau leukorrhea, iaitu lelehan keputihan yg nipis dan kurang berbau dari kemaluan.
Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu dibimbangkan. Hormon estrogen yg membantu aliran darah ke bahagian pelvis dan merangsang selaput lender badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yg seimbang dan sihat dalam faraj.
Keputihan tidak normal
Namun begitu, masalah keputihan semasa mengandung boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau kekuningan, berbau kuat dan atau disertai kemerahan atau kegatalan. Kemungkinan anda mempunyai jangkitan faraj yg paling biasa semasa mengandung seperti Candidiasi, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat oleh doctor. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yg tidak normal disebabkan oleh STD (sexually transmitted disease)
Tanda ibu hamil alami keputihan
Lelehan faraj yg lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yg sihat bersifat cecair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej.
>gatal, sakit atau warna kemerah-merahan didalam atau sekeliling faraj atau punggung. Sakit apabila bersama suami dan apabila membuang air kecil.
Punca
Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yg dipanggil candidaalbicans. Kulat ini ada dalam tubuh setiap manusia. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman dan secara umumnya, bakteria didalam badan mengawalnya.
Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan diantara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
>semasa hamil, faraj mengandungi gula yg tinggi yg di panggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
>memakai pakaian yg ketat atau yg di perbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jean atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angina, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
>anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yg mungkin menyebabkan ketidak selesaan.
>mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro organisma baik dan jahat yg tinggal di dalam perut anda.
>mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yg tidak di kawal dengan baik.
Tidak membahayakan bayi
Keputihan tidak membahayakan bayi keran terlindung di dalam uterus (Rahim) dan tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan bayi akan di jangkiti apabila melalui faraj ketika keluar daripada Rahim.
Jika bayi yg baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak kepayudara anda juga.
Rawatan
Doctor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yg sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penug selama tujuh hari utk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimana pun, jika anda dalam trimester pertama, doctor mungkin tidak mahu mempreskripsikan apa-apa ubat.
Mitos tentang keputihan
*makanan seperti timun atau nanas sering kali di anggap penyebab keputihan.
Keputihan bukan di sebabkan oleh makanan, tentu sekali bukan nanas kerana ia kaya dengan vitamin C
*penggunaan pembersih vagina atau anti septic di sangka dapat mencegah keputihan.
Penggunaan antiseptic sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan gangguan kepada flora normal yg ada dalam vagina. Walhal, flora normal ini amat di perlukan tubuh utk mengawal vagina pada pH seimbang.

Selasa, 2 September 2014

Promosi Istimewa Bulan September


Assalamualaikum….salam sejahtera pada semua rakyat Malaysia terutama sekali kaum Hawa yg saya hormati…amboiiii protokol lah pulak cara cakapnya…hihihi.
Sedar tak sedar dah masuk bulan September dah kita ya…baru je kita sambut Hari Kemerdekaan yg ke 57 bagi  Negara kita Malaysia pada 31 ogos yg lepas, ewah…ewah cara cakap macam buat karangan zaman sekolah menengah lah pulak ya…hihihi. Pada bulan September jugalah ada promosi istimewa dari Shaklee “Double Promotion “ lagi, nak tahu tak promosinya apa? Selama saya jadi ahli Shaklee,  inilah kali pertama Shaklee buat double promosi macam ni, bukan selalu Shaklee buat macam ni kan.
Bagi kaum hawa memang perkara yg di tunggu-tunggu oleh kita semua, orang perempuan kalau dengar pasal promosi memang tak senang duduk dibuatnya, tak kiralah promosi apa barang sekali pun, baju ke, barangan rumah ke, perhiasan ke, bag ke haaaa tak pun barangan kesihatan dan kecantikkan lagilah mengujakan.
Bulan ni pihak Shaklee terlalu baik hati sampai bagi ‘’ double promotion’’ sekaligus bukan senang nak dapat keistimewaan macam ni tau, tapi bukan saja utk kesihatan dan kecantikkan utk ibu ataupun wanita tapi juga termasuk utk kesihatan anak-anak kita, itu sebab saya cakap Shaklee bagi double promotion….hihihi terkena tak…jeng jeng jeng….amboiiii.
SHAKLEE COLLAGEN POWDER dan MEAL SHAKES.
Kejap lagi saya cerita satu-satu apa keistimewaan dua produk ni…ya. Nak pegi antar anak sekolah jap. Secara ringkas je saya cerita pasal dua produk yg istimewa ni.
SHAKLEE COLLAGEN POWDER:

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, megakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yg semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu factor yg menyebabkan kekurangan kolagen didalam tubuh kita. Kerosakkan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan factor luaran seperti matahari, radikal bebas diudara, air dan nutrisi. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan mempertahankan kehadiran kedut -kedut.
Kolagen Dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yg premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yg tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.
Keistimewaan/Kebaikkan Collagen Powder
Anti penuaan > mengurangkan kedutan dan menutup liang roma
Melembap > melembap dan mengurangkan kekeringan kulit
Mencerah >mencerah pigmentasi dan memudarkan jeragat serta parut jerawat
Menegang > menegangkan payudara dan pinggul
Menyubur > menyuburkan rambut, kuku serta kulit
Meningkatkan Pergerakkan > badan lebih bertenaga dan aktif
Mengembalikan Keanjalan > kulit lebih muda dan bermaya
                            Antara Testimoni  Collagen
 
 
 

Sekarang kita bercerita pula pasal Meal Shakes

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap utk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
 
Meal Shakes dihasilkan utk semua golongan bayi, pelajar, kanak-kanak yg sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran, orang sakit, orang yg sibuk bekerja atau orang yg selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yg penuh berkhasiat, Meal Shakes Shaklee merupakan pilihan yg bijak. Meal Shakes tidak sesuai utk mereka yg pengidap kencing manis kerana Meal Shake semestinya manis.
Kebaikkan Meal Shakes
*mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting bagus utk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
*sangat sesuai utk anak-anak yg tak suka makan sayur
*meningkatkan sistem imun anak-anak
*membantu mengurangkan masalah eczema
*membantu mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak
*menjadikan anak-anak lebih sihat, bertenaga dan aktif sepanjang hari
*mengatasi alahan semasa hamil dan membuka selera bagi ibu yg tiada selera utk makan
*minuman berperisa vanilla yg lazat dan disukai oleh kanak-kanak
                                                 Testimoni Meal Shakes
 
 

Sebarang pertanyaan  berkaitan produk atau tempahan utk beli produk Shaklee…
Boleh hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Msj/wassapp/telegram ditalian
019 5959640
FB Rohani Husna Nazir
#sayapengedarshaklee
#sayamakanshaklee

Ahad, 31 Ogos 2014

Shaklee boleh bantu masalah sembelit


MASALAH SEMBELIT
Ramai tidak mahu membincangkan masalah sembelit kerana rasa malu. Tetapi ini adalah masalah biasa dan ramai mengalami masalah pembuangan air besar. Ada yg membuang air besar sekali dalam tiga hari sekali.
Namun jika anda tidak membuang air besar lebih dari tiga hari ia memberi kesan kepada kesihatan. Adalah digalakkan utk membuang air besar setiap hari kerana ia membuang  bahan toksik selepas makanan yg kita makan dicernakan oleh badan.
PEMBUANGAN AIR BESAR MUNGKIN DISEBABKAN OLEH BEBERAPA PERKARA:
>kurang minum air
> kurang pelawas dalam makanan seperti buah-buahan
>mengambil zat besi
>terlebih mengambil susu atau produk tenusu
>tekanan hidup
>penyakit lain yg mula hadir seperti kanser
CARA MENGATASI SEMBELIT:
*minum dua hingga empat gelas air
*makan sayur-sayuran dan buah-buahan
*masukkan minyak saapi dalam makanan
*makan prun atau betik
*minum minuman panas terutamanya pada waktu pagi
Berjumpa dengan doctor sekiranya terdapat darah ketika membuang air besar, susut berat badan walaupun tidak berdiet, masalah sakit yg teruk bila membuang air dan sembelit selama beberapa hari.
Atasi sembelit dengan supplement Shaklee…
Bagi orang dewasa:
Herb Lax
>melegakan  sembelit
>utk detoks yg mencuci dalaman kita secara lembut
>melawaskan proses pencernaan
>membantu proses detoksifikasi
Bagi kanak-kanak pula:
Meal Shakes
 
 
>mengatasi masalah sembelit anak2
>utk anak2 yg kurang selera makan
>yg ingin tambah berat badan
Hubungi saya utk malumat lanjut
Siti Rohani Mamat
019 5959640

Usus manusia


ADAKAH ANDA TAHU USUS BESAR KITA PANJANGNYA KIRA-KIRA 5 KAKI DAN USUS KECIL KIRA-KIRA 22 KAKI?

Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan dimana semua makanan yg kita makan akan diproses utk membekal nutrisi yg diperlukan oleh badan. Usus kecil berfungsi utk menyerap nutrisi, manakala usus besar menyerap mineral dan air.
Apabila membrane atau lapisan dinding usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi utk membekal zat makanan kepada tubuh badan. Najis yg terlekat pada bahagian dinding yg tidak disingkirkan lama kelamaan akan menjadi toksin yg boleh mengundang perbagai jenis penyakit.
MENGAPA DETOKS PENTING
Detoks ialah proses pembersihan system percernaan iaitu segala bahan yg tidak diperlukan yg melekat di dinding usus di keluarkan melalui proses pembuangan air besar.
Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Proses detoksifikasi amat penting sebelum mengembil vitamin, supplement, kolagen atau apa saja produk tablet atau minuman kecantikkan dan kesihatan kerana tanpa proses detoks, tahap penyerapan adalah pada tahap minimum. Maka, kesan pengambilan produk tersebut mengambil masa yg lama.
POTONG SELERA DAN BAKAR LEMAK DENGAN SHAKLEE IAITU
HERB LAX

>Pembersihan najis yg tersekat
>Merangsang usus utk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yg tersekat
>Membantu masalah sembelit
>Mengempiskan perut
>Memudahkan fungsi usus
>Membantu proses detoksifikasi
ALFALFA COMPLEX

>Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat
>Mencuci usus bagi membuang toksin
>Melegakan sembelit
>Membuang angin dalam badan
>Membantu masalah penghadaman
>Meningkatkan hubungan suami isteri
>Memperbanyakkan susu badan
*PRODUK INI BUKAN BERTUJUAN UTK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUHKAN ATAU MENCEGAH SEBARANG PENYAKIT
Hubungi saya Siti Rohani Mamat di 019 5959640 utk dapatkan harga setiap set dan sebarang tempahan.
Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk Shaklee dari saya pada bila-bila masa saja anda perlukan.