Sabtu, 8 November 2014

Kulit Wajah Cantik Dan Berseri



Hai kawan-kawan semua assalamualaikum… sejuk dan dingin je hari ni, hujan dari malam tadi sampailah ke petang ni…mataku mulalah kelayuan. Hari ni entry ku berkaitan dengan set asas untuk kulit cantik.

Kecantikkan adalah sangat penting bagi setiap wanita didunia ini, jadi ia amat penting untuk dijaga. Tetapi dengan gaya hidup moden yang serba pantas dan sentiasa sibuk kadangkala kecantikkan diri terabai juga.

Ini adalah antara testimoni yang berjaya mendapatkan kulit yang cantik hanya dengan dua produk sahaja.

ESP

Menjadikan kulit kita anjal, gebu dan lebih cerah. Sentiasa kelihatan lebih muda berbanding usia, tak perlu make-up tebal-tebal pun dah nampak cantik.
20 asid amino dalam ESP menjadikan kulit lebih anjal, menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan mengurangkan kedutan. Membantu mengurangkan parut jerawat dan tona kulit lebih sekata.

Vitamin C
Mengekalkan kulit yang cantik, malah ia juga boleh merangsang pengeluaran kolagen untuk kulit. Vitamin C juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tak di ingini.
Vitamin C bukan saja untuk cantik tapi memelihara kesihatan tulang dan gigi dan juga merawat luka dalam badan.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Jumaat, 7 November 2014

5 Jenis Makanan Redakan Migrain



Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang dihidapi oleh ramai orang. Punca migrain ada pelbagai, mungkin hanya kerana bunyi bising maka migrain akan menyerang, boleh juga kerana cahaya. Migrain dikategorikan sebagai sakit kepala sebelah, berdenyut dan paling dasyat apabila membawa kepada mual, dan muntah yang teruk.

Teringat masa mula-mula kahwin 12 tahun yang lalu suami seorang pengidap sakit migrain, migrain suami datang dengan tiba-tiba mulalah episod duka buat suami dalam masa satu hari. Apa yang dia makan semua akan keluar,langsung tak nak bersembang, tidur sepanjang hari.


Tidak dinafikan migrain menyebabkan pengidapnya tertekan terutama jika ia kerap menyerang dan sekaligus boleh menjejaskan rutin harian kerana rasa sakit. Sekiranya anda pengidap migrain dan mahu mencari kaedah semulajadi mengurangkan masalah ini makanan berikut boleh diamalkan.

Brokoli
Biasanya migrain akan menyerang apabila tubuh mula mengalami kekurangan magnesium dalam tubuh. Ketika ini sel-sel migrain akan mula aktif. Brokoli mampu membantu menyeimbangkan kekurangan magnesium dalam badan sekali gus menghindari serangan migrain.

Yogurt
Yogurt ataupun susu masam diakui mempunyai khasiat vitamin B yang bermanfaat untuk kesihatan dan fungsi tubuh agar berfungsi dengan baik. Vitamin yang dikenali sebagai riboflavin ini berperanan untuk menambah tenaga dan dapat meredakan rasa sakit dibahagian kepala.

Telur
Kandungan protein yang terdapat dalam telur dapat membantu mengawal kadar glukosa dalam darah dan seterusnya memberikan tenaga kepada tubuh untuk menjalankan  aktiviti sepanjang hari tanpa gangguan sakit kepala. Mengambil telur separuh masak untuk bersarapan dikatakan amat baik untuk memberikan tenaga kepada tubuh.

Bayam
Bagi wanita kedatangan haid biasanya  menyebabkan tubuh kehilangan banyak magnesium. Bayam dikenali sebagai makanan yang mengandungi kadar magnesium yang tinggi dan juga kaya dengan mineral yang akan membantu anda mengatasi masalah ini.

Susu rendah lemak
Minuman yang kaya dengan kalsium ini dapat membantu mengatasi ketegangan pembuluh darah yang akan mempengaruhi transmisi implus saraf. Apabila berlaku gangguan ia mengakibatkan kepala menjadi berat dan dada akan berdebar-debar, jadi jangan lupa dalam setiap hidangan selitkan juga pengambilan susu rendah lemak ini.

Selain dari makanan yang saya jelaskan diatas untuk merawat migrain yang anda hadapi. Anda juga boleh cuba supplement dari Shaklee untuk menghilangkan migrain anda.


Set migrain Shaklee
Ostematrix
Jika anda tidak suka pada susu boleh diganti dengan ostematrix ni

Vitamin C
Memperbaiki masalah insomnia dan stress yang berkaitan dengan mental

B Complex
Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur yang selesa dan memperbaiki jantung yang berdebar.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Khamis, 6 November 2014

Kurma Dan Kismis Atasi Alahan



Kehamilan dan masalah alahan tidak dapat dipisahkan. Alahan ‘’morning sickness’’ itu dikaitkan dengan muntah, loya, pening kepala serta perut rasa sebu selain kurang selesa.
Ada yang tidak dapat menghidu bau makanan yang dimasak, bauan minyak wangi atau lebih teruk, alah kepada makanan tertentu. Masalah berkenaan dikatakan berlaku pada awal kehamilan dan dianggap beruntung bagi bakal ibu yang tidak mengalaminya.


Begitupun, terdapat banyak cara atau petua bagi mengurangkan alahan berkenaan dan ia sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri untuk mengatasinya.

Antara yang boleh diamalkan adalah pengambilan kurma dan kismis mengikut sekadar yang terdaya. Kurma adalah makanan mengikut sunnah Nabi SAW dan ia dapat membantu memberi kenaga kepada badan. Kurma dan kismis ini juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan badan.


Elak daripada mengambil terlalu banyak makanan jeruk atau masam, sebaiknya jika teringin , ambil sedikit saja. Selain itu ambil makanan secara kerap supaya perut tidak dibiarkan kosong. Contoh terbaik makan sedikit setiap dua jam meskipun tidak berasa lapar.

Paling mustahak, elak makanan pedas, berlemak atau bergoreng yang menyebabkan perut tidak selesa. Malah, bakal ibu juga perlu mengelak daripada minum ketika sedang makan. Sebaiknya minum selepas makan dalam kuantiti berpada.


Jangan lupa minum air masak secukupnya kerana ia dapat menggantikan bendalir badan yang hilang dan mengelakkan sembelit. Paling penting dapatkan tidur yang secukupnya. Bakal ibu perlu mendapatkan waktu rehat yang cukup kerana alahan bertambah buruk apabila kepenatan.

Selain kurma dan kismis, anda juga digalakkan mengambil supplement untuk mengelak dari ‘’morning sickness’’ ni iaitu:

B Complex
* Membantu pengeluaran antibody badan
* Membantu meredakan tekanan
* Dapat mengurangkan rasa letih

Peppermint Ginger Plus
* Memelihara saluran penghadaman
* Rasa yang sangat nyaman
* Dapat melegakan senak perut

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Rabu, 5 November 2014

Senaman Menjaga Kesihatan



Assalamualaikum semua…selamat pagi, hari rabu yang damai. Bangun pagi-pagi perut ni asyik bergendang aje, kejap lagi bancuh ESP Shaklee bagi perut ni minum dulu senyaplah dia hahaha. Hari ini nak cakap pasal suami saya boleh tak…???

Dalam seminggu berapa kali anda bersenam ya? Dua kali, tiga kali, atau langsung tidak melakukannya? Bersenam amat penting untuk menjaga kesihatan agar tubuh badan sentiasa sihat dan dijauhi segala penyakit.


Suami saya, huhuhu…sejak amalkan set kurus dari Shaklee dengan konsisten kalau boleh setiap hari dia akan ajak pergi Taman Botani temankan dia bersenam yang jadi mangsanya si pemilik blog ni lah…nasib baik taman tu dekat dengan rumah. Walaupun sibuk dengan kerja macammana sekalipun suami akan cari juga masa untuk pergi bersenam, suami sekarang memang betul-betul konsisten dengan set kurus dan senaman tak boleh nak dipisahkan.

Rasanya dah masuk empat bulan suami amalkan set kurus Shaklee, baju yang dulu macam barut nangka…hihi tapi baju barut nangka tu dah jadi longgar. Dia gembira…saya berkali-kali ganda gembiranya sebab sebagai pengedar Shaklee saya berjaya mengkuruskan suami sendiri, walaupun tak sepenuhnya lagi. Bila suami dah berjaya menurunkan berat badan yang beliau inginkan saya akan update gambar terbaru satu hari nanti.

ESP

Satu hari tak minum ESP hidup suami ku tak lengkap, gundah gulana, gelisah segala bagai ada.
* Sarapan pagi dengan ESP perut jadi kenyang
* Bertenaga sepanjang hari
* Sebagai protein untuk mengawal kolestrol
* Meningkatkan metabolisma badan

HERB LAX

* Untuk detok yang mencuci dalaman kita secara lembut
 * Boleh mengempiskan perut
* Membantu masalah sembelit
* Memberi kepejalan pada perut

LECITHIN

* Memecahkan lemak
* Elak kolestrol terkumpul dalam badan
* Mempercepatkan pembakaran lemak
* Menghalang tekanan darah tinggi
* Memperbaiki prostat lelaki
* Menghalang kejadian batu karang

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod Area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Selasa, 4 November 2014

10 sebab kepentingan meal shake untuk anak-anak



Assalamualaikum  wahai pembaca blog yang di hormati… macam mana kehidupan anda hari ini adakah sedih, muram, gembira, ceria…??? Kalau boleh tak nak sedih-sedih kan… semoga hidup anda dan saya lebih baik dari semalam…aaaminnn. Hari ini saya nak cerita sikit pasal meal shake supplement terbaik untuk anak-anak kita, semoga blog saya ini boleh memberi anda sedikit manfaat.

Kenapa nutrisi penting masa awal kanak-kanak? 

Masa ini lah perkembangan anak-anak paling pesat, beberapa tahun pertama sangat penting jadi kena ambil tahu pemakanan anak-anak.
Kita lebih kepada hendak mencegah. Sebenarnya supplement ini bukan untuk anak yang sakit sahaja, tapi anak yang sihat pun kita boleh berikan supplement kerana ianya bukan ubat.

 
   10   sebab  kenapa meal shake patut diberikan kepada anak anda.

1.    Meal shake tidak akan menggemukkan kerana ia mengandungi karbohidrat iaitu kategori glisemik rendah.

                  Apa itu Glisemik Rendah?
                  Karbo ini bekalkan tenaga, energy utk kanak-kanak, tenaga ini akan dilepaskan sedikit                        demi sedikit.
                   Meal shake didatangkan dengan GI rendah, oleh sebab itu anak yang obesiti digalakkan 
                    mengambil meal shake.


2.  Meal shake ada 9 asid amino lengkap, kalau kurang asid amino boleh menyebabkan keguguran rambut dan sel baru tidak boleh terbentuk.


3.  Meal shake juga ada antioksidan, tujuan antioksidan adalah untuk mengelakkan radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan kulit.


4.   Meal shake juga ada fiber yang boleh bantu anak lawas jadi tidak ada lagi sembelit.


5.  Dalam meal shake ada vitamin B yang boleh tingkatkan fokus dan perhatian dalam pelajaran.

6.   Meal shake membantu mengurangkan rasa letih.


7.   Meal shake juga ada vitamin C untuk menentang infeksi kuman. Makanan sel darah putih adalah vitamin C, sel darah putih ini adalah bala tentera untuk melawan kuman.


8.   Mata yang sihat merupakan impian semua orang begitu juga pada anak-anak, jadi meal shake dapat membantu mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh mata.


9.    Meal shake juga ada vitamin D, fungsinya adalah untuk menolong kalsium ini menyerap dan juga membantu tulang menjadi lebih mampat.


10.   Kenapa sel darah merah sangat penting?

Sel darah merah boleh bantu angkut oksigen keseluruh badan termasuklah ke otak. Bila tidak cukup oksigen ke otak apa akan jadi ya…menakutkan


Inilah pentingnya supplement untuk kanak-kanak tapi sebenarnya bukan kanak-kanak je termasuk juga orang dewasa dan orang yang dah berumur dan tidak berapa nak tua ni…hihihi.
Meal shake ni sesiapa saja boleh minum dari bayi berumur setahun sampailah yang berumur berpuluh-puluh tahun, sebab meal shake memberikan  kita kesihatan yang terbaik.

Berminat  untuk pertanyaan @ tempahan produk
Hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee negeri perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir