Ingin makan banyak tapi tetap nampak langsing? Caranya
pilihlah makanan yang tinggi serat, mengandungi protein dan lemak sihat serta
tinggi kadar airnya.
Kebanyakkan makanan ini mengandungi vitamin dan mineral yang
diperlukan oleh tubuh. Mari baca mengenai 10 makanan yang dapat menjaga berat
badan ideal anda:
Epal
Epal merupakan contoh serat yang mudah dicerna untuk
memerangi kolestrol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C. Epal mengandungi
quecertin dan plavanoid yang boleh mencegah penyakit kanser. Bagi mendapat
hasil yang maksimum, makan epal berserta kulitnya setelah dibersihkan.
Kacang merah
Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi,
fosfor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang
merah dalam salad dan sup untuk menambah kelazatan dan kebaikkan dalam makanan
anda.
Salmon
Sebahagian besar jenis ikan dan makanan lauk merupakan
pilihan yang sihat. Namun, salmon adalah ikan yang paling baik dengan kandungan
protein serta asid amino dan tinggi omega 3. Selain itu, salmon juga rendah
kolestrol.
Badam
Badam kaya dengan serat dan protein, juga bagus untuk sumber
zat besi, magnesium, dan vitamin E. makanlah badam mentah atau yang sudah
diolah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Hindari badam yang sudah
diletakkan garam dengan banyak atau diolah dalam bentuk makanan manis kerana ia
tidak elok untuk proses diet anda.
Blueberi
Blueberi kaya dengan serat, vitamin C dan antioksidan. Jenis
beri lain juga boleh dijadikan pilihan kerana ia mempunyai kelebihan yang sama.
Ia perlu dimakan ketika masih segar atau ditambahkan dengan yogurt, bijirin dan
salad.
Brokoli
Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium serta vitamin A
dan C. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, jangan terlebih masak dan hindari
memakai sos serta keju berlebihan.
Gandum
Gandum kaya dengan vitamin B3, thiamine atau vitamin B1, zat
besi serat dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda.
Bayam
Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat
besi, megnasium serta vitamin A dan C.
Ubi
Ubi kaya dengan vitamin. Dalam ubi terkandung vitamin A, B,
C, dan E. Selain itu, ubi rendah kalori, khususnya jika dipanggang atau dimasak
tanpa gula.
Soya
Soya mengandungi omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini
popular untuk vegetarian. Selain dimasak biasa, soya juga boleh dinikmati dalam
bentuk tauhu, susu atau tempe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan