ANEKA PETUA
Elak
anak kencing malam
Petuanya adalah dengan perahkan sedikit jus lemon di atas
sesudu kecil madu lebah dan minta anak menghirupnya. Amalkan pada sebelah pagi
dan sebelum masuk tidur. Cara ini mengelakkan anak kecil anda kencing malam
atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan kekerapan pembuangan air kecil.
Daun kucai
rawat darah tinggi
Jika anda menghidap darah tinggi. Ambil daun kucai lebih
kurang seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya,
letak di dalam mangkuk dan embunkan. Minum pada waktu pagi sebelum mengambil
makanan lain. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan putus asa. Boleh ambil
set darah tinggi dari Shaklee insyaallah boleh membantu anda.
Halia
ubati sakit dada
Bagi mengubati sakit dada amalkan petua ini. Ambil
beberapa ulas halia lalu tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil sebiji
telur ayam kampong tapi gunakan kuningnya sahaja. C ampurkan bersama madu lebah
tulen. Kacau rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan
Kulit
pisang berangan buat hilangkan jeragat
Sapukan wajah bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian
dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja
jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan