Tubuh beri isyarat bila penyakit menghampiri
Tahukah anda tubuh mempunyai mekanisme menarik yg memberi
tahu bahawa tahap kesihatan sedang tergangu. Ia bermula dengan isyarat2
tertentu yg melibatkan perubahan dari segi fizikal tatkala penyakit
menghampiri.
Namun malangnya masih ramai yg tidak mengendahkannya isyarat
itu dan menganggap diri masih sihat. Sekiranya anda diberi isyarat dibawah maka
berhati-hatilah.
DERIA BAU TERJEJAS
Deria bau mempunyai tahap sensitive yg amat tinggi.
Dikatakan, manusia berupya menghidu pelbagai jenis bau tetapi berhati-hatilah
sekiranya ia mulai terganggu. Besar kemungkinan ia gejala awal penyakit
Alzheimer. Penyakit Alzheimer disebabkan kegagalan sel saraf dibahagian hidung
berbanding keadaan yg normal.
Hal ini secara tidak langsung meninggalkan kesan terhadap
deria bau yg lazimnya sel saraf di hidung memberi tindak balas yg lebih cepat.
Kebiasaannya ia berlaku pada warga emas
usia 70 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berlaku pada usia yg muda maka
segera melakukan pemeriksaan kesihatan kerana bimbang berlakunya masalah lain
yg lebih berbahaya.
KUKU BERBEZA BENTUK DAN WARNA
Kuku tangan yg sihat biasanya halus dan tidak berkeluk.
Tetapi jika kuku anda kelihatan berbeza
bentuk dan warnanya maka segeralah ambil langkah berjaga-jaga. Warna merah yg
muncul dibawah kuku tangan merupakan tanda-tanda awal penyakit lupus di mana ia
mampu membuatkan system kekebalan tubuh berbalik seterusnya menyerang jantung
yg sihat.
Biasanya ia muncul dengan simptom gatal @ kemerahan di
bahagian punggung dan kuku. Sementara itu, jari-jari tangan pula akan bengkak
dan terasa lebih besar ketika ia menyerang.
RAMBUT ROSAK
Rambut juga merupakan tanda bahawa anda sedang berhadapan
dengan masalah kesihatan yg ia berkait rapat dengan penyakit tiroid. Ia merupakan
sejenis penyakit kelenjar berbentuk kupu-kupu berfungsi utk mengatur hormon
didalam tubuh. Apabila tiroid tidak berfungsi dengan baik maka kesannya
adalah pada seluruh hormon
tubuh terutama yg berkait dengan rambut. Berbeza sekiranya anda mengalami
kerosakkan rambut disebabkan hormon
kerana ia hanya akan kelihatan kering, rosak, patah @ gugur. Masalah
hormon yg di maksudkan juga boleh menyebabkan kening menjadi lebih nipis.
Jangan salah anggap mengenai penampilan. Ia bukan setakat
menunjukkan anda seorang yg menarik dari segi
fizikal sebaliknya
mampu`memberitahu` bahawa adanya masalah berkaitan organ yg paling
penting dalam tubuh iaitu jantung.
Terdapat juga beberapa tanda lain yg mana rambut ditumbuhi
uban, wajah berkedut, botak dan kolestrol yg berkumpul dikelompak
mata. Kajian ini juga memberi tahu individu yg kelihatan lebih tua
daripada usia sebenar juga berhadapan risiko sebanyak 40 peratus lebih tinggi utk mendapat penyakit jantung dan 57 peratus
utk kena serangan jantung. Sekiranya anda mengalami gejala ini maka lakukanlah
pemeriksaan jantung dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan