Jumaat, 12 September 2014

Yong Tau Foo resepi sendiri


Petang jumaat yg damai…dengan cuaca yg redup…angin yg kuat itu menandakan hari nak hujan…otak fikiran melayang-layang tengah memikirkan susunan ayat yg indat pada entry ku kali ini.
Tapi sedih sangatttt…perut ku memalu gendang suruh di carinya makanan kat dapur…itu tandanya apa ya…? Hahaha…lapar lah tu.
Tanpa ku sedar hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Allah s.w.t…Hebatnya Kuasa Mu Ya Allah…tak sampai 15 minit hujan pun berhenti, damainya rasa hati dapat merasai Kebesaran Allah Taala.
Perut ku tak habis-habis memanggil. Nak makan apa ya petang ni…buat yong tau foo lah, barang semua dah ada…jom kita ke dapur….sabar ya wahai perut ku.
Yong Tau Foo buatan sendiri yg sangat simple.
Bahan-bahan utk kuah
*cili kering (di goreng dahulu dgn minyak)
*belacan
*sos cili
*sos tiram
*gula
*gula merah
*air
*kacang tanah (di goreng tanpa minyak)
*tepung jagung
Cara buat
>masak air dengan gula merah hingga gula merah tadi betul-betul hancur
>cili kering dengan belacan di blend hingga halus kemudian masuk kan ke dalam air yg mendidih tadi tapi sebelum tu air tu di tapis dulu ya.
>masak sampai air itu mendidih kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kalau nak manis sikit bubuh lah gula.
>bila kuah tadi betul-betul dah sebati , nak pekatkan kuah masukkan air bancuhan tepung jagung. Bila dah mendidih tutup api.
Semasa nak menghidang celurkan semua bahan seperti  bebola ikan , bebola ketam, bebola ayam, sosej, jejari ketam dan semua barang yg berkaitan dengannya (beli yg dah siap) dan tabor dengan kacang Tanah.
Taa daa…siap

Jemput makan ya kawan-kawan…

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan