Lazimnya bayi tersedak akibat diberikan susu formula dari
botol. Namun begitu, tidak bererti bayi yang mendapat susu ibu tidak tersedak.
Kerap kali bayi yang berumur 50 hari akan menghisap susu ibu dengan lahap
hingga menyebabkan ianya tersedak.
Oleh itu, para ibu harus tahu cara mencegah agar bayi tidak
tersedak, sesuai dengan factor penyebabnya. Antara punca tersedak:
1.
Susu Ibu Melimpah
Ibu harus mengepam keluar susu dan
kemudiannya diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu atau cawan kecil.
Dengan cara ini, jumlah susu yang masuk ke dalam mulut si kecil dapat
disesuaikan dengan kemampuannya menelan. Berikan dengan posisi bayi duduk atau
bersandar dengan sudut 45 darjah.
2.
Susu Ibu Keluar Terlalu Laju
Hentikan dulu pemberian susu kepada anak.
Ini membuatkan aliran susu ibu semakin perlahan dan akhirnya keluar secara
titisan. Ketika inilah susui kembali bayi anda.
3.
Salah Posisi Menyusu
Perhatikan posisi tubuh anak ketika
disusukan. Perut bayi dan perut ibu harus saling bertemu dan dagu bayi berada
pada payu dara anda. Dengan posisi menyusu seperti ini, sekalipun anda
menyusukannya sambil berbaring dapat mengelakkan bayi tersedak.
Bagi bayi yang sudah berusia enam bulan tidak lagi
bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. Bayi ketika ini telah bersedia untuk
menerima makanan dan minuman lain. Berikut antara factor si kecil tersedak
ketika makan dan minum.
1.
Peralatan Minum Yang Tidak Sesuai
Gunakan peralatan yang khusus sesuai dengan
perkembangan kemampuan makan atau minum si kecil.
2.
Bergurau
Jangan memberikan minum kepada anak sambil
mengajaknya bergurau. Apabila anak diberi minum sambil ketawa atau bercakap,
injap pada saluran pernafasannya akan terbuka.
3.
Jumlah Cecair Yang Terlalu Banyak
Aturkan agar jumlah air yang masuk kedalam
mulut anak sesuai dengan kemampuannya untuk menelan.
Segera Bertindak
Jika bayi tiba-tiba tidak menangis atau batuk, mungkin ada
sesuatu yang menghalang pernafasannya. Tanda lain, pernafasannya berbunyi atau
tidak mengeluarkan suara ketika membuka mulut. Kulit wajahnya berubah kebiruan
atau kemerahan.
Tindakan yang boleh anda lakukan. Segera baringkan bayi
dengan kedudukan mengiring atau meniarap untuk mengeluarkan cecair. Jangan
sesekali mengangkat atau mendukung bayi kerana akan menyebabkan cecair didalam
kerongkong masuk kedalam saluran paru-paru.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Baatu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Memang bahaya jika bayi tersedak. Pemberian susu perlu diberikan dalam posisi yang betul. Jangan sesekali berikan susu yang disendal dengan bantal kerana ia amat merbahaya.
BalasPadamPerlu berhati-hati semasa menberi minum kepada bayi..tersedak adalah meembahayakan bagi bayi...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian menarik ni... Ibu2 harus berhati semamsa memberikan anak minum susu. Jangan kerana kelekaan kita, anak menjadi mangsa,,,
BalasPadamFungsi Dan Khasiat Kayu Manis Dalam Masakan Harian
Penah tengok bayi 3 bulan hisap botol sambil baring. YaAllah bunyi kerongkong kuat sangat macam nak tersedak. Tapi mak ayah dia rileks je
BalasPadamTerima kasih atas info yang sangat bermanfaat sekali. Tersedak susu ni memang amat berbahaya....dan boleh memudaratkan kesihatan bayi.
BalasPadamkurus dengan teknik yang mudah dan berkesan tanpa bahan terlarang
Kerap kali kita dengar baby tersedak susu. Moga info ini bermanfaat..buat ibu termasuk saya
BalasPadambahaya kalau baby tersedak susu.. dah banyak kemalangan seperti ini yang meragut nyawa baby.. ibu2 yang baru ataupun dah lama bergelar ibu patut tahu tentang info cara hendak mencegah bayi tersedak susu..
BalasPadamMAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT
Tersedak susu sgt merbahaya kpd kanak-kanak. Sbgai ibu, kita kena lebih peka ketika memberi susu kpd si manja.
BalasPadamNOV '14 CLEARENCE SALES! NUK BOTTLES JUST RM39
Ramai ibubapa yg masih lagi tak tahu tentang hal nie. Dan ada jugak yg tahu tapi masih biat benda yg sama.jangan biarkan ia mengundang bahaya pada anak2. Nanti nangis tak berlagu..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??
Ramai ibubapa yg masih lagi tak tahu tentang hal nie. Dan ada jugak yg tahu tapi masih biat benda yg sama.jangan biarkan ia mengundang bahaya pada anak2. Nanti nangis tak berlagu..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??
Perkongsian yang menarik. .kadang2 jadi takut bila kuar dlm paper baby tersedak susu
BalasPadamIDAMAN SETIAP WANITA
Tersedak susu bhya bg bayi..Ketika bayi Menyusu perlulah pantau jgn biarkan bayi bersendirian..
BalasPadamSelalu kita dengar kes bayi tersedak susu.Bahaya bila bayi bila tersedak susu boleh myebabkan kematian.terima kasih atas perkongsian...info yg bermanfaat.
BalasPadamSatu habit buruk yg saya sering perhatikan, malah selalu tgk di shopping complex, sambil stroller baby disorong, bayi disumbat dgn susu botol yang disangga dgn tuala atau bantal kecil di dada. Bahaya betul
BalasPadamBanyak dah kes pasal bayi tersedak ni..tolong la ambik perhatian wahai ibu bapa..
BalasPadamInfo baru utk sy ni..kurang baca mengenai hal ni.pengalaman pun takde lagi.insyallah soon
BalasPadamMohon berlindung Allah dari berlaku kes sebegini kepada kita.
BalasPadamBerat Badan Naik Ketika Hamil
Bnyk kes skrg bayi meniggal akibat tersedak., semoga Allah lindungi anak2 kita
BalasPadam