Serai sejenis tumbuhan yang cukup popular di seluruh dunia.
Jika sebelum ini ia banyak digunakan dalam masakan namun khasiatnya yang
terdapat di dalamnya memang tidak boleh dinafikan lagi.
Di katogeri sebagai rumput tropika yang tumbuh merimbun,
batang dan daunnya yang segar mengeluarkan mengeluarkan bauan segar seperti
lemon. Boleh di katakana hamper seluruh bahagian serai seperti daun, batang,
akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan ubatan.
Kegunaan Di Dalam Masakan
Di Malaysia,Sri Lanka dan India, serai adalah bahan wajib
yang kerap digunakan terutamanya dalam masakan rendang, gulai lemak, masakan
lauk dan juga sayur-sayuran. Di Thailand dan Sri Lanka pula mengeksploitasikan
kombinasi masakan bersantan dan serai agar lebih di terima serta di gemari.
Sementara itu, batang serai pula boleh dicampurkan ke dalam
teh atau dijadikan jeruk selain dicampurkan ke dalam bahan perapan.
Kegunaan Untuk Kesihatan
Serai juga dianggap sebagai diuretic, bahan tonik dan
perangsang. Ia turut berfungsi untuk menggalakkan penghadaman yang baik. Kaedah
mencampurkan serai dan lada dikatakan berkesan untuk mengurangkan rasa loya dan
masaalah haid.
Apabila peluh banyak dikeluarkan maka secara tidak langsung
tubuh akan merasa sejuk seterusnya mengurangkan demam. Selain itu, serai juga
terkenal sebagai bahan penghalau serangga sementara pati minyaknya pula mampu
menghasilkan minyak wangi.
Manfaat Serai Terhadap Kesihatan
* Membantu mencegah pelbagai penyakit berkaitan pencernaan
seperti sneak, hilang selera makan, angin, kembung perut.
* Merangsang peredaran darah sekaligus merendahkan tekanannya.
* Merendahkan paras kolestrol LDL dalam darah.
* Merupakan salah satu remedy herba yang boleh digunakan untuk
mengurangkan demam. Pada masa yang sama, serai juga mampu merawat masalah batu,
selsema dan brokitis.
* Herba serai boleh digunakan untuk melegakan tekanan,
ketakutan, kebimbangan, kegelisahan dan sebagainya.
* Mengundang kesan positif terhadap kulit dimana ia mampu
mencegah masalah radang bintik, jerawat, meredakan eczema dan dermatitis.
Kegunaan Lain
Serai boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir pada daging
itik dan kambing. Selain itu, daun serai yang dibalut bersama besi atau batu
panas sesuai digunakan untuk menuam dan bertungku di kawasan-kawasan yang lemah
urat saraf, bias-bisa otot, mengecutkan Rahim yang bengkak serta memecahkan
lendir atau darah didalam tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan