Assalamualaikum hai kawan-kawan semua, hari ini rasa sayu
sangat bila baca news paper tajuk utama
yang betul-betul menyayat hati ku kerana aku juga seorang ibu. Besar sungguh
pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi
menyelamatkan anaknya dari dilanggar oleh motosikal.
Ibu adalah wanita yang paling berjasa dalam kehidupan
seorang anak. Amat besar kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tak mungkin
kita dapat bayangkan kasih sayang dan pengorbanan ibu kepada kita. Mereka
sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai
cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.
Seorang ibu tak mungkin boleh melihat anaknya menderita,
mungkin jika diberi pilihan kepadanya antara hidup dan kematian yang memang
ditentukan, ia akan memilih mati agar kita sebagai anak terus hidup.
Kasih sayang ibu tidak mungkin kita dapat bayar dengan wang
ringgit, ia adalah hutang yang tak mungkin kita boleh bayar sampai kita mati
sekali pun.
Benarkah Syurga Itu Dibawah Telapak Kaki Ibu
Sering kali kita mendengar ungkapan inikan “syurga itu
dibawah tapak kaki ibu’’. Kaki adalah organ tubuh yang paling rendah bagi
manusia, ertinya kita sentiasa merendahkan diri kita tatkala kita berdepan
dengan ibu dan ayah kita. Melembutkan suara saat berbicara, dan jangan sesekali
meninggikan suara dengan keduanya. Bahkan dalam Al Quran pun sudah dijelaskan,
bahawa seorang anak tidak boleh memberontak kepada keduanya, bahkan ia tidak
boleh mengucapkan perkataan ‘’ah’’ sekalipun tatkala disuruh membuat sesuatu.
Kalau baca kisah ibu rasa sedih sangat kerana diriku sudah
ketiadaan ibu hampir 17 tahun lamanya, kerana terlalu sedia dengan arwah ibu,
ayah sampai sekarang masih menduda. Untung dan bertuahnya bagi mereka yang
masih memiliki ibu, sayangilah ibu anda sebagai mana mereka menyayangi anda.
Saya rakan Shaklee anda
Berminat untuk tempahan @ pertanyaan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
kasih ibu tiada galang gantinya...
BalasPadamSedih.. pengorbanan ibu takkan dapat dibalas walau diberi segunung intan sekalipun.. ♡ u ibu..
BalasPadampengorbanan ibu memang kita tak boleh balas...hanya kasih sayang yang kita boleh bagi.
Padamibu...engkaulah ratu hatiku...
BalasPadamkasih sayang seorang ibu memang terbaik kan nik...
PadamSyurga dibawah telapak kaki ibu..andai sudah berkahwin pun anak lelaki ttp utamakan ibu..jadi si isteri harus memahami..moga kita semua menjadi anak yang berguna kepada kedua orang ibu bapa
BalasPadamTip Awet Muda
betul tu rose...tanggung jawab anak lelaki pada ibunya sampai bila-bila walaupun ianya sudah berumahtangga.
Padamsedih klau dengar citer2 mcm ni...Pengorbanan ibu tiada galang gantinya..hargai laa ibu bapa selagi mereka ada di dunia ini...alfatihah utk arwah..smoga rohnya ditempatkn di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh...aamiin...
BalasPadamjom baca: Rawat Keputihan Semasa Hamil
bertuahnya bagi mereka yang masih ada ibu kan nor azimah..
PadamTeringat pulak dgn mak di kg. Byk pengorbanan diorg untuk membesarkan kita
BalasPadampengorbanan seorang ibu memang besar kan nurul...
Padamsedih sangat tengok muka adik yang kehilangan ibunya tu..
BalasPadamKEPENTINGAN OMEGA GUARD KEPADA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
memang sedihkan ieda...tengok anak-anak kecik yang kehilangan ibu.
PadamSedihnya tajuk Sensitif sangat kalau berkaitan dengan mak-mak nie.huhuu...
BalasPadamAKU TAK NAK STRESS
Sedih baca berita ttg ni
BalasPadamSedihnya bila tahu berita ini. Apalah perasaan anak tu ye..
BalasPadamMakanan untuk tingkatkan kesuburan pesakit PCOS
Sedih baca berita nie.smg adik nie tabah...
BalasPadamkasih ibu bawa ke syurga... Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat arwah... Jom sedekahkan al fatihah...
BalasPadamRindu pulak saya dengan mama saya....kasih sayang seorang ibu memang tiada tolak bandingnya. Sayangilah ibu dan penuhi segala keperluan ibu anda.
BalasPadamSanggupTinggalkan Mak Dirumah Hanya Kerana Mak Sakit Lutut
Sedihnya..moga tabah adik tu... pengorbanan seorg ibu memang tak boleh dibandingkn dgn pengorbanan anak2
BalasPadamMinggu ni nak balik kampung.. untung kerja sendiri, bebila nak balik pun tak kisah :)
BalasPadamPengorbanan seorg ibu tiada tandingannya..
BalasPadamPengorbanan, kasih sayang seorang ibu tiada tolak bandingnya
BalasPadamItulah, sedih sangat bila bac acerita ni. Kasih ibu membawa ke syurga.
BalasPadamTips Hilangkan Angin Dalam Badan
Allahuakbar sedihnya..dah jadi ibu ni barula faham sebetul2nya perasaan seorg ibu thdp anak2.
BalasPadamJemput baca: Asalnya anak saya seorang yang 'picky eater' tetapi tidak lagi setelah makan kuih minum petang yang saya buat dengan penuh kasih sayang. Nak tahu resepi minum petang saya?
Saya dah 9 tahun tanpa insan bergelar ibu..menumpang kasih dengan mak mertua..semoga arwah umi tenang di sana..al-fatihah
BalasPadamKasihnya ibu membawa ke syurga
BalasPadamBoleh Ke Minum Air Sejuk Semasa Hamil