Saya nak kongsikan sedikit dengan anda apa yang saya baca
dalam majalah tentang kehamilan tanpa janin. Siapa yang pernah mengalami
masalah ini tentu dia saja yang tahu, apa perasaan hamil tapi kosong tak ada
janin….sudah tentu sedih kan…semuanya Takdir Dari Yang Maha Esa.
Pemeriksaan teratur mengenai perkembangan janin dari awal
kehamilan hingga menjelang persalinan sangat penting untuk menghindari risiko
denyut jantung janin hilang atau janin tidak mengalami perkembangan.
Kehamilan kosong terjadi apabila persenyawaan antara sperma
dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin.
Embrio hanya membentuk kantung kehamilan iaitu uri dan cairan ketuban tetapi
tidak membentuk janin. Digambarkan dengan gambaran hitam berisi cairan yang
tidak ada bayangan sama sekali kehadiran janin.
Pengakhiran Hanya keguguran
* Doctor akan memberi masa untuk bayi mengikut takdir yang
telah ditetapkan.
* Jika ia Blighted Ovum, kehamilan akan berakhir dengan
keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat perkara ini berlaku melainkan
dengan kuasa Ilahi.
* Keguguran akan berlaku dengan sendirinya pada trimester
pertama kehamilan dan tidak lebih dari 20 minggu.
Penyebab
* Berkait dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen.
* Kualiti sperma atau sel telur yang buruk yang disebabkan
oleh pembahagian sel yang abnormal sehingga tubuh menghentikan kehamilan kerana
menyedari keabnormalan ini.
* Infeksi oleh mikro organisma seperti cito megalo virul
(CMV), rubella atau Toksoplasma dan sebagainya menyerang imulasi dalam
tubuh…(semuanya bahasa perubatan, hanya doctor dan nurse saja yang tahu…huhu)
* Anticardiolipin (ACA) atau pembekuan atau penyumbatan
pembuluh darah yang akan menyebabkan pertumbuhan janin terhenti dan tidak
berkembang. Masalah ini membuatkan janin tidak mendapat zat makanan, minuman
dan oksigen.
Tanda-tanda
* Walaupun mengalami Blighted Ovum, anda mungkin akan
mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya anda tidak datang bulan dan hasil
ujian kehamilan yang positif.
* Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti
kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak
dari biasa.
* Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya
gerakkan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester
pertama tidak menutup kemungkinan terjadi trimester kedua dan ketiga.
* Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi
mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama.
* Namun tidak semua perdarahan pada trimester pertama berakhir
dengan keguguran. Ada juga kes di mana, doctor akan menasihatkan untuk datang
selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal
scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat di kesan baru berkembang.
Banyakkan berdoa dan pengambilan supplement serta makanan
berkhasiat adalah perkara yang terbaik.
Haaa…itu dia yang saya baca dalam majalah tentang kehamilan
tanpa janin…bahaya kan…
Bercakap pasal supplement pula…bakal-bakal ibu yang sekarang
ini sedang hamil, anda boleh ambil supplement dari Shaklee iaitu set kehamilan
untuk bantu anda lebih bertenaga dan sentiasa sihat, cergas sepanjang
kehamilan.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan