Ahad, 14 September 2014

Keistimewaan Solat Di Malam Hari


Fadhilat kebaikkan dan keistimewaan solat malam

Solat malam atau solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia utk mengeratkan hubungan kita dengan Allah.
Kesusahan yg dirasai mereka yg jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yg biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yg dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakkan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas utk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yg sedia menanti utk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ‘’ Allah s.w.t sayang kepada lelaki yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakal kalau isterinya enggan, di percitkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, di percitkan air di wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya di amalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia di amalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah di khususkan kepada umat Nabi Muhammad semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya akan di anugerahkan Allah Sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan didunia ialah:-

*jauh daripada segala penyakit
*lahir kesan taqwa pada wajahnya
*dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
*percakapannya mengandungi hikmah (kibijaksanaan)
*dikurniakan kekuatan dan di beri rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara diakhirat:-
*dibangkaitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
*dipermudahkan hisab
*cepat melalui sirat al- Mustakim seperti kilat
*diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Solat malam adalah solat yg penting antara solat-solat sunat yg lain. Rasulullah s.a.w pernah ditanya, “Solat apakah yg paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yg diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1.Tercatat sebagai orang yg baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15-18)
2.Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yg terpuji (Surah al- Israk ayat 79)
3.Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63-64)
4.Dilihat sebagai orang yg beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5.Darjatnya dibezakan dengan orang yg malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-Ash yg berbunyi, Rasulullah s.a.w berkata kepadaku, Abdullah, jangan jadi seperti polan yg pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,’’ (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah s.a.w berkata, Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang solat sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, menebus kesalahan, pencegah dosa, serta menhindar penyakit,”.
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah s.a.w, ketika Rasulullah masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia mencerikan mimpinya itu kepada Rasulullah s.a.w. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat mencerikan kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yg dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Didalam perigi itu ada beberapa orang yg saya kenal. Saya lalu berkata,” Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan Malaikat lain yg berkata kepada ku, “jangan takut, mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah dan Beliau berkata,” sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja dimalam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yg tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, “Bagimu malam yg panjang, maka tidurlah.” Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.’’
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga  malam terakhir, dan menyatakan,’’Siapa yg berdoa kepadaKu, pasti aku kabulkan. Sesiapa yg memohon kepada ku, pasti aku beri, dan sesiapa yg memohon ampun kepadaKu, pasti aku ampuni,’’ (Hadis Riwayat Al-Jama ah)
Amr bin Al-Ash meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yg terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yg berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukan lah.’’ ( Hadis Riwayat Al-Hakim)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yg selalu berzikir.’’ (Hadis Riwayat Abu Daud).

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan