POSISI TIDUR ancam keselamatan bayi
Mencari posisi tidur yg selesa ketika sarat mengandung sudah
tentu menjadi masalah. Sudah tentu juga ketidakselesaan ini berkait dengan
kedududkan bayi. Hakikatnya, ramai ibu hamil tidak menyedari bahawa posisi
tidur yg salah boleh menancam keselamatan bayi dalam Rahim. Ini kerana apabila
Rahim semakin membesar, ia mengambil ruang abdomen yg sudah pasti mengganggu
pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar dan air kecil dan
mungkin memperlahankan peredaran darah.
Dalam hal ini ibu hamil harus tahu posisi tidur yg terbaik
utk diri dan juga bayi. Selai itu mereka juga harus menghindari posisi tidur yg
mungkin memjejaskan keselamatan bayi.
TERLENTANG
Diibaratkan seperti
seguni beras yg mempunyai berat hingga dua hingga tiga koligram diletakkan di bahagian abdomen, tentu rasa sneak dan
sukar bernafas jika ibu hamil tidur dalam posisi terlentang.
Posisi terlentang
juga akan menyebabkan Rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar
dan menghalang peredaran darah ke jantung. Ini mengganggu bekalan oksigen dan
nutrient pada bayi dalam Rahim.
MENGIRING
Ini posisi terbaik
utk seorang wanita hamil tidur. Mereka boleh mengiring ke sebelah kanan atau
kiri. Namun sebaliknya tidur mengiring ke sebelah kanan kerana ia lebih
menepati sunah Rasulullah s.a.w.
Tidur mengiring
tidak mengganggu peredaran darah dan akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan
oksigen di hantar pada bayi dalam Rahim. Selain dari mengiring, lipatkan paha
dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua-dua paha.
Bagi ibu hamil yg
mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah
belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat reflux gastritis boleh
juga tinggikan bahagian dada dengan bantal.
MENIARAP
Sudah tentu apabila
semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar, sukar utk tidur
meniarap. Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika pada awal kehamilan.
Banyak kajian
menunjukkan risiko utk bayi mati dalam Rahim bagi wanita hamil yg tidur
mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yg tidur dalam posisi yg
lain.
Kesan posisi yg
meniarap atau telentang menyebabkan darah yg membawa oksigen dan nutrient tidak
sampai kepada bayi dalam Rahim dan menyebabkan kematian dalam Rahim. Jadi
berhati-hatilah ketika memilih posisi utk tidur ketika hamil.
Tip ibu hamil tidur nyenyak
Mandi air panas
Mandi dengan air
panas (jangan terlalu panas). Gunakan sabun yg dapat menimbulkan kesan relaks,
seperti lavender atau melati. Rasa segar setelah mandi akan membantu ibu lebih
nyenyak tidur.
Minum segelas susu panas
Minum segelas susu
panas akan membantu tidur nyenyak. Susu mengandungi asid amino tryptophan yg
meningkatkan kadar serotonin dalam otak yg akan membantu utk tidur.
Hindari makan banyak
Ketika hamil sering
kali muncul keinginan utk makan pada waktu malam. Hindari makan terlalu banyak
kerana membuat rasa tidak selesa apabila tidur.
Menari nafas
Lakukan latihan
pernafasan dengan teratur. Ia dapat membantu ibu hamil mengurangi ketegangan
otot dan membantu utk tidur yg lebih baik. Carilah posisi yg nyaman dan selesa.
Kemudian tarik nafas melalui hidung secara perlahan, tahan nafas selama satu
hingga dua detik. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan, lakukan beberapa
kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan