Kebanyakkan ibu bekerja menghadapi masalah yang hampir sama
iaitu kekhuatiran tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif. Jangan khuatir
wahai ibu. Ketahui dulu cabaran yang mungkin anda hadapi dan temui
penyelesaiannya.
Cabaran 1
Pekerjaan menuntut anda untuk seharian berada di luar
pejabat, bekerja lebih masa atau memerlukan anda bergerak lebih aktif. Ini
tentunya menyukarkan anda untuk memerah susu ibu.
Penyelesaian:
1. Manfaatkan teknologi komunikasi untuk menggantikan
pertemuan wajah dengan rakan sekerja.
2. Jika anda tetap perlu keluar pejabat, bawa kelengkapan pam
dan cari tempat khusus untuk menjayakan sesi pemerahan.
3. Bekerja lebih efisien supaya anda tidak perlu bekerja
lebih masa.
4. Jika terpaksa, siapkan tugas anda di rumah sahaja.
Cabaran 2
Anda harus berada di luar kawasan (outstation)
Penyelesaian:
1. Melakukan pertukaran tugas dengan rakan sekerja. Ini
memerlukan persefahaman daripada mereka.
2. Bawa bayi beserta pembantu.
3. Pilihan terakhir ialah anda meninggalkan bayi tetapi harus
memastikan stok susu anda mencukupi selama anda berada di luar kawasan. Anda
harus tetap memerah susu dan simpan di dalam beg penyejuk atau peti sejuk.
Cabaran 3
Tekanan di tempat kerja. Banyak perkara yang boleh menjadi
pencetus tekanan di tempat kerja. Jika anda ibu yang menyusu bayi, tekanan akan
memberi kesan kepada penghasilan susu.
Penyelesaian:
1. Jangan terlalu melibatkan emosi dalam pekerjaan. Jika
sensitif terhadap kata-kata atau sikap orang lain, sebaliknya terus fokus
bekerja.
2. Berfikiran positif dan berdisiplin agar pekerjaan dapat
diuruskan dengan segera.
3. Cipta suasana yang membuatkan anda selesa seperti
meletakkan tanaman, ikan hiasan dan juga gambar baby anda.
Cabaran 4
Di tempat kerja anda tidak mempunyai ruang menyusu yang
sesuai.
Penyelesaian:
1. Jadikan ruang kerja anda sebagai tempat mengepam. Jika
terdapat ramai pekerja lelaki, gunakan kain sebagai pelindung. Paling utama
anda berasa selesa.
2. Minta kebenaran ketua untuk menggunakan bilik kecil, stor
atau surau untuk tujuan tersebut. Bersihkan ruang tersebut dari kotoran.
Cabaran 5
Jarak rumah/ rumah pengasuh dengan tempat kerja yang terlalu
jauh dan memakan masa yang lama dalam perjalanan. Bagaimana jika payudara anda
bengkak ketika itu? Mungkin juga anda bimbang susu perahan rosak.
Penyelesaian:
1. Berhenti di tempat yang sesuai untuk anda melakukan sesi
pemerahan.
2. Dapatkan beg penyejuk yang sesuai, bergantung pada
bilangan botol yang di gunakan.
Walau apa pun halangan dan kesulitan yang anda hadapi,
jangan pernah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi. Fokus dan
dapatkan sokongan daripada insan-insan terdekat.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Betul..banyak cabaran bila ibu bekerja tp stil nak berikan baby susu ibu.sy lihat sendiri rakan2 sekerja lain berhempas pulas nak bg yang terbaik pada bayi.jika ada masa je,trus mengepam. Memang kena curi2 masa dan kena ada kerjasama dr rakan sepejabat
BalasPadamSaya juga seorg ibu bekerja.. dan masih menyusukan... anak berumur setahun 11 bulan... set shaklee sgt membantu...
BalasPadammental kena kuat. set nyusu dari shaklee in sya Allah dapat membantu
BalasPadamJommSihatDanCantik -> LUAHAN HATI SEORANG BAYI
mmg banyak cabaran..tetapi hendak seribu daya..alah tegal biasa
BalasPadamSusu ibu adalah terbaik untuk bayi kita..elakkan kan alasan bekerja untuk tidak memberikan susu ibu kepada bayi.ramai juga ibu yang bekerja, tapi masih dapat menyediakan stok susu ibu untuk anak.Kenapa kita tidak?
BalasPadamalhamdulillah saya boleh menyususkan baby tanpa harus memerah atau pump susu sebab saya adalah suri rumah sepenuh masa. Berikanlah susu yang terbaik seperti susu ibu kepda anak-anak anda, walaupun bekerja anda masih boleh memberikannya.
BalasPadamResepi Mee Bandung Resepi Turun Temurun
Kawan saya memeng akan bawa kelengkapan pam ke tempat kerja sehingga la dia terpaksa outsation ke austarlia jadi semua tu dia angkut pergi..kos untuk bwa balik susu terpaksa ditanggug demi susu untuk anak...
BalasPadamTips Awet Muda
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDengan adanya ilmu dan gadjet yang sesuai, ibu-ibu bekerjaya juga mampu menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Yang penting adalah niat dan keazaman serta disiplin yang kuat untuk mengepam secara sistematik di tempat kerja.
BalasPadamPengedar Shaklee Semenyih