Bersenam semasa hamil mempunyai banyak faedah. Otot-otot
anda kekal kuat dan fleksibel, menenang dan melegakan ketidakselesaan serta
memudahkan anda kembali semula ke bentuk anda badan asal sebaik bayi di lahirkan.
Namun, anda tidak
boleh memaksa diri. Keseluruhan badan anda sedang mengalami perubahan. Pusat
graviti anda berubah, berat badan sudah bertambah dan juga cepat rasa letih.
Berikut adalah tanda bahaya ketika bersenam:
Pening
Pening berlarutan lebih daripada beberapa ketika. Jika ibu
hamil mengalami sakit kepala atau jantung berdebar-debar pada masa yang sama
pening, ia bermaksud yang anda tidak mempunyai zat besi yang cukup didalam
darah (anemia).
Jantung Berdebar
Jika ibu hamil berasa janggal, rasa bergetar-getar di dalam
dada, anda mungkin bersenam terlalu kuat. Perlahankan secara beransur-ansur dan
kemudian berhenti.
Keluar Cecair Daripada Faraj
Ada kemungkinan membrane anda telah pecah. Sesetengan cecair
amnion (air ketuban) yang mengelilingi bayi anda di dalam uterus (Rahim)
mungkin bocor. Mungkin mudah untuk terkeliru di antara cecair ini ataupun air
kencing yang keluar semasa anda bersenam, apapun dapatkan pemeriksaan dari
doctor.
Loya Dan Muntah
Jika anda berasa loya atau muntah semasa bersenam, ini
menandakan anda bersenam terlalu kuat, juga bermaksuk kandungan gula dalam
darah menjadi rendah atau mungkin anda mengalami tekanan darah rendah.
Perubahan Suhu Badan
Jika tangan anda menjadi melekit atau berasa panas atau
sejuk, ini mungkin badan anda mengalami kesukaran mengawal suhu dalaman, ini
boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Bada ibu hamil dengan sendirinya cuba
menurunkan suhu badan dengan mengalihkan peredaran darah yang sepatutnya
mengalir ke permukaan kulit tapi sebaliknya mengalir ke uterus.
Bengkak
Kaki dan tangan menjadi bengkak sedikit selepas bersenam
tapi jika ia lebih teruk daripada biasa di wajibkan berjumpa doctor. Ia boleh
menjadi tanda preaklampsia. Keadaan ini berlaku apabila tekanan darah meningkat
dan badan menyimpan banyak cecair. Ia menghalang bekalan darah ke plasenta jika
tidak di rawat ia mungkin membahayakan kandungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan