Hubungan suami isteri adalah ikatan murni yang perlu dijaga
dengan baik supaya kekal bahagia sepanjang masa. Kebahagian membuatkan hubungan
ini nampak penuh dengan kasih sayang dan sangat romantik sekali.
Tidak dinafikan dalam kehidupan sepasang suami isteri ada
ketikanya dilanda cabaran dan dugaan. Cemburu, marah, geram dan perselisihan
faham antaranya., tetapi dengan cara menanganinya adalah factor utama untuk
mengelakkan perasan negative terus bercambah dan bersarang dalam hati.
Salah satu untuk cara menangani amsalah rumahtangga ialah
wujudkan suasana ceria melalui gurau senda. Jika terlalu tegas antara satu sama
lain, bimbang wujud suasana stress dalam rumahtangga serta membosankan.
Ia juga sebenarnya elok jika dimulakan sejak dari awal
perkahwinan. Biarlah nampak pelik pada awalnya namun jika dicuba setiap hari
lama kelamaan akan menjadi biasa.
Aspek Penting Ketika Bergurau
Walaupun bergurau senda kelihatan seperti perkara remeh
namun di sebalik hal itu tetap ada peraturannya. Jangan nanti dek kerana
bergurau keterlaluan, akan ada hati yang terguris.
Maklumlah ketika bergurau ada kala kita terlepas cakap atau
mentertawakan keadaan seseorang yang dianggap lucu. Hal ini boleh menyebabkan
ada hati yang terasa tanpa sedar.
Perkara Sensitif Perlu Dielak Ketika
Bergurau
Bentuk tubuh seperti gemuk, kulit gelap, pendek atau
kecacatan anggota badan. Tidak mustahil mereka menganggap gurauan itu sebagai
penghinaan.
Kisah rumahtangga seperti perceraian atau poligami. Jika suami
atau isteri yang pernah bercerai sebelum berkahwin dengan anda, usahlah
diungkit atau jadikan hal itu sebagai salah satu gurauan. Perceraian atau
poligami bukanlah isu yang boleh dijadikan bahan ketawa.
Hal dalam kelambu antara anda dan suami. Satu lagi isu
sensitif yang tidak boleh dijadikan bahan gurau gurauan ialah hal hubungan
intim antara kita dengan pasangan kita sahaja.
Biarlah anda berdua
sahaja yang tahu bagaimana hebat atau lemahnya pasangan anda ketika berasrama.
Hal ini boleh dibawa berbincang tetapi bukan dijadikan bahan bergutau apatah
lagi bersama rakan-rakan.
Semakin lama usia perkahwinan, mungkin tahap berasmara
pasangan anda semakin merosok. Jika dijadikan isu, hal ini boleh menyebabkan
pasangan terasa hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan