Boleh di katakana masih ramai enggan menurunkan berat badan
menerusi program diet. Mungkin ia dianggap sesuatu yang leceh untuk di
praktikkan lantaran terpaksa menghadkan jumlah makanan diambil setiap hari
termasuklah makanan yang digemari. Namun sebenarnya, anda masih mampu menikmati
makanan yang menjadi kesukaan biarpun terikat dalam proses menurunkan berat
badan.
1. Coklat Panas
Umum mengetahui bahawa coklat kaya dengan sumber koko yang
mengandungi zat antioksidan yang tinggi. Ia dikatakan membantu meningkatkan
hormon kortisol di dalam tubuh yang menyebabkan terkumpulnya lemak dibahagian
perut. Fokus zat antioksidan didalam coklat panas lima kali lebih tinggi
berbanding the pekat. Kombinasi protein dan karbohidrat di dalamnya juga
membantu untuk memulihkan rasa sengal otot kerana melakukan olahraga dalam
keadaan yang tergesa-gesa.
2. Sup Ayam
Individu yang gemar mengambil sup sebelum menjamah hidangan
utama sebenarnya cenderung mengambil lebih sedikit kalori. Ini kerana, kuah sup
berupaya mengalas perut yang kelaparan dan sekaligus mewujudkan rasa kenyang
hinggakan anda sendiri berasa tidak mampu makan secara berlebihan.
3. Kopi
Kopi merupakan sejenis minuman yang mampu meningkatkan
system kekebalan tubuh sekali gus membantu menurunkan berat badan. Hal ini di
sebabkan, kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai asam chlorogenic
antioksidan (CGA) di mana ia bertindak menukarkan lemak kepada tenaga.
Dalam kajian berasingan juga mendapati bahan kimia yang
telah sebati di dalamnya boleh melambatkan pelepasan glickosa ke dalam aliran
darah. Secara tidak langsung ia dapat menurunkan kemasukkan insulin seterusnya
meninggalkan kesan pencegahan dalam proses pertambahan berat badan. Walau
bagaimanapun, jangan mengambil kopi secara berlebihan kerana dibimbangkan
memudaratkan kesihatan.
4. Daging Panggang
Tidak ramai tahu bahawa protein yang terkandung di dalam
daging merah mampu menurunkan berat badan. Ini disebabkan ketika anda mengambil
protein maka tubuh akan bekerja lebih keras untuk memecahkan protein tersebut
sekali gus menukarnya kepada tenaga. Maksudnya disini, anda telah membakar
banyak kalori ketika mencerna daging berkenaan. Pada masa yang sama, protein
juga boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
5. Makanan Pedas
Makanan pedas bukan hanya enak malah menjadi pembangkit
selera untuk makan dengan lebih banyak. Mungkin sedikit mengejutkan mengatakan
jenis makanan yang dihasilkan dari cili mampu menurunkan berat badan. Semuanya
gara-gara kandungan capcaisin di dalam cili yang bertindak membakar timbunan
lemak di dalam tubuh.
6. Kentang Panggang
Kentang panggang bukan setakat lazat malah ia juga kaya
dengan nutrisi. Sama seperti makanan berwarna putih lainnya, kentang panggang
mengandungi zat semulajadi yang dikenali sebagai allicin. Zat tersebut
dikatakan berupaya melawan masalah radang sekali gus mengurangkan berat badan.
Malah, ukuran pinggang juga boleh mengecil sekiranya hidangan tengahhari hanya
menggabungkan nasi dan kentang panggang
sahaja.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan