Bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang
banyak. Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu
bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan
menjadi kesalahan jika ingin mencuba
pelbagai supplement yang di percayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tips Tambah Susu Badan
* Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
* Sentiasa kosongkan payudara sama ada menyusu bayi
sekerap mungkin ataupun sentiasa mengepam payudara 3 jam sekali, jika anda berada di tempat kerja.
* Jangan tunggu payudara penuh baru ingin menyusu bayi
anda kerana semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu akan di
hasilkan.
* Amalkan memakan makanan kering seperti buah longan
kering, kurma merah, sengkuang cina, dan kismis.
* Makan makanan berasaskan kacang soya seperti air soya,
tempe atau tauhu.
* Banyakkan makan ulam ulaman seperti jantung pisang,
pucuk betik muda, daun cekur manis, pucuk manis, kucai, peria dan alfalfa.
* Herba seperti habatusauda, halba dan jintam hitam.
* Sentiasa amalkan urutan, tuam dan pemilihan pam yang
betul.
* Elakkan stress dan sentiasa positif.
* Sentiasa berdoa dan tawakal kepada Allah.
DOA MEMPERBANYAKKAN SUSU
Doa dan zikir membanyakkan susu ibu
Maksud ayat: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya
di beri air kepada kaumnya, maka Kami berfirman, “ pukullah batu itu dengan
tongkatmu, ‘’(ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata
air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (diantara mereka) telah mengetahui tempat
minumnya masing-masing (Dan Kami berfirman). ‘’makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakkan di muka
bumi.
* Berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha sempurna
kekuatannya) 70 kali setiap hari, waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam
dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam
segelas air lalu minum.
* Baca doa untuk ibu-ibu ‘’ Ya Allah permudahkanlah segala
urusan kehidupanku, banyakkanlah susu ku untuk bayiku, dan permudahkanlah
perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau
syariatkan,’’ ‘’Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini,
penuhilah dengan rahmat Mu dan keberkatan di sisi Mu, susu yang sedikit menjadi
banyak dan kenyang buat anakku…amin..
* Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
* Baca surah al-baqarah ayat 60, letakkan tangan pada
payudara, usap dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan
supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga
sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…Insyaallah.
Kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk si manja kita
kan…set penyusuan dari Shaklee juga boleh membantu anda untuk pengeluaran susu
yang baik…
Vita Lea, Vitamin C, ESP dan Alfalfa
Bergantung pada bajet dan kemampuan kita, set menyusu dari
Shaklee ni ada banyak kegunaannya.
1.Vita Lea
* Kesemua vitamin dan mineral yang di perlukan oleh badan
bagi kegunaan tubuh untuk ibu yang sihat
dan susu yang berkhasiat.
* Menjadikan tubuh lebih cergas bertenaga dengan
penghasilan sel darah merah.
* Membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang
berkualiti.
2.Vitamin C
* Membantu kuatkan daya tahan badan melawan penyakit.
* Bagus untuk kesihatan gigi dan gusi, kurang vitamin C
akan menyebabkan gusi senang berdarah.
3. ESP
* Asid amino amat penting untuk membina kuku, otot,rambut,
darah, organ kulit. Pengambilan yang konsisten adalah kunci kepada awet muda.
* Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko
osteoporosis dan sakit jantung.
* Merangsang pembentukkan semula kulit dan otot,
mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan kelembapan kulit.
4. Alfalfa
* Mencuci hati, darah dan usus – merupakan makanan yang
sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid.
* Melawan alahan, alergik – memperbaiki keadaan kulit dan
hidung yang sensitive, kurap, bau badan dan kaki yang berbau.
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol – Alfalfa mengandungi saponin,
serat yang bertindak seperti spam untuk menyerap lemak dan kolestrol, melegakan
keletihan.
* Alfalfa dapat membantu memperbanyakkan susu ibu.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Memberikan bayi kita dengan susu badan, membuatkan kita dan bayi bertambah erat dengan kasih sayang yang lebih berharga.
BalasPadamset menyusu shaklee memang terbaik untuk ibu dan bayi, jangan lupa berdoa kepada Allah agar senantiasa dikaruniakan air susu yng banyak dan anak yang sihat.
BalasPadamLepas 7 Tahun Muka Berjerawat Teruk Inilah Kesudahannya
Seorang ibu mesti nak yang terbaikkan untuk si manja...
PadamSet mnyusu shaklee set yang terbaik untuk ibu & anak..
BalasPadamBakal ibu dan ibu-ibu perlu mempunyai pengetahuan tentang cara penyusuan dan supplement yang perlu diambil
BalasPadamSupplement perlu bagi say untuk ibu ynag mneyusu badan..dengan pola hidup yang terlalu sibuk kadang2 ibu menyusu tidak cukup nutrien jadi makanan tambahan memnag membantu..
BalasPadamMasalah Kesuburan
Set penyusuan shaklee memang terbaik untuk ibu menyusu yang bekerja macam niny ni.
PadamSet Penyusuan ni sangat bagus bagi mengekalkan kesihatan ibu + bertindak sebagai milkbooster, bila badan sihat tentulah ibu dapat menyusukan anaknya dengan baik, InsyaAllah.
BalasPadamKisah Liat Bayar Hutang
Betul tu ila...supplement yg mcm ni sangatlah sesuai untuk ibu yg bekerja utk memastikan tubuh sentiasa bertenaga.
PadamSangat membantu tak kiralah untuk ibu ataupun anak
BalasPadamJommSihatDanCantik -> VITAMIN C DAN BIOFLAVONOIDS
dah rasai sendiri bagaimana tiba-tiba susu merudum.. tapi bila diteliti balik puncanya, ialah sebab kurang pengambilan air putih, pengambilan pil perancang yg mengganggu pengeluaran susu, tak ikut konsep supply anda demand, nak tunggu bengkak susu dulu baru nak bagi.. banyak la sebenarnya punca itu yg dtg dr diri kita yg tak ambil perhatian.. selepas ikut semua konsep yg betul, dan ditambah dengan pengambilan set menyusu shaklee, alhamdulillah berjaya menyusu anak secara eksklusif..
BalasPadamMAKANAN TERBAIK UNTUK PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK