Kebiasaannya wanita yang mempunyai bentuk pear cenderung
memiliki paha dan punggung besar. Namun masalah ini sering kali juga berlaku
kepada mana-mana wanita tanpa mengira bentuk tubuh. Terutama golongan ibu,
semasa hamil tubuh mengalami perubahan fizikal. Walaupun sudah melahirkan anak,
sukar untuk golongan ini mendapatkan bentuk badan asal khususnya di bahagian
paha.
Begitu juga wanita yang mengalami masalah berat badan,
bahagian paha lebih mudah menjadi besar. Sudah pasti paha besar membuatkan
wanita kurang selesa, sukar memilih pakaian dan bentuk badan tidak seimbang.
Kurangkan Makanan Berlemak
Adakah kita semua tahu, pengambilan makanan berlemak antara
factor penyebab berat berlebihan. Makanan ini juga menjadi punca bahagian paha
menjadi besar. Bagi yang ingin mengecilkan paha dan mendapatkan berat idea,
kurangkan pengambilan berlemak. Amalkan pemakanan yang sihat, lakukan amalan
ini secara berterusan. Lemak di dalam badan akan berkurangan, begitu juga
dengan saiz paha.
Tingkatkan Pengambilan Serat
Mulai hari ini, anda mesti meningkatkan pengambilan yang
mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan serta sayur-sayuran. Ia membantu
proses penghadaman, menurunkan berat badan seterusnya mengecilkan bahagian
badan yang bermasalah.
Jogging & Berjalan
Senaman yang paling sesuai dan efektif untuk mengatasi
masalah paha besar adalah berjoging dan berjalan. Dua jenis senaman ini akan
menguatkan otot kaki, paha akan menjadi lebih mantap dan tegang. Tiada lebihan
isi sebaliknya tubuh menjadi pejal dan stamina pula bertambah baik. Jika anda
tidak berkemampuan untuk jogging, cukuplah sekadar berjalan. Senaman ini
membakar kalori dan lemak, paling seronok tahap kesihatan anda juga bertambah
baik. Senaman berbasikal juga membantu mengecilkan paha.
Senaman Bangun Daripada Tidur
Sebaik saja bangun daripada tidur, lakukan senaman ringan.
Angkat kedua-dua kaki ke atas dank e bawah seperti mengayuh basikal. Lakukan
secara santai, jangan terlalu memaksa diri. Anda akan seronok melakukan
gerakkan ini, selain menyihatkan tubuh, paha dan betis juga menjadi lebih
menarik.
Krim Pembakar Lemak
Bagi mendapatkan kesan yang lebih memuaskan, anda juga boleh
menyapu bahagian tubuh yang bermasalah dengan krim pembakar lemak. Terdapat
banyak pilihan di pasaran antaranya pati halia. Sapukan krim pada bahagian
paha, kemudian tunggu sehingga krim itu kering dan menyerap ke dalam kulit.
Selepas itu, pakai bengkung agar dapat membentuk tubuh badan yang lebih kemas.
good info..mmg segan juga lebih-lebih lagi dgn husband bila paha lebih besar dari dulu
BalasPadamhihi...tak apa lia supplement shaklee kan ada...boleh bantu kita untuk nampak slim...
Padam