Mengelak makan terlalu banyak atau berlebihan pada waktu
malam patut anda amalkan jika ingin menurunkan berat badan. Ini kerana pada
waktu malam tubuh tidak aktif dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Memadai
jika hanya mengambil makanan dalam kuantiti sedikit dan sederhana.
Makan Waktu Yang Sama
Salah satu cara untuk tidak mengambil makanan secara
berlebihan adalah dengan makan hidangan utama pada masa yang sama setiap hari. Sebaiknya makan
sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu tidur agar makanan yang dimakan
dapat dihadam terlebih dahulu.
Ambil Makanan Berserat
Pada waktu makan malam, ambil lebih makanan berserat dan
berasaskan air. Makanan yang disyorkan adalah seperti sayur-sayuran,
buah-buahan dan kurangkan makanan yang tinggi lemak serta karbohidrat. Masih
boleh ambil nasi dan pasta tapi pastikan dalam kuantiti sedikit.
Minum Air Putih
Jika masih berasa lapar sebelum waktu tidur, adalah amat
disyorkan minum air putih secukupnya. Kadang kala tubuh kekurangan air dan
memberi isyarat lapar. Jika rasa lapar, minumlah air putih terlebih dahulu.
Jika masih rasa lapar selepas itu bolehlah minum segelas susu, makan yogurt
atau sebiji epal.
Atasi Tekanan
Sesetengah individu bila mengalami masalah tekanan atau
stress akan cenderung untuk makan berlebihan. Petua menguruskan badan adalah
jangan makan masa waktu kita tertekan.makanan mungkin dijadikan sebagai salah
satu cara melepaskan tekanan setelah seharian berhadapan dengan pelbagai
masalah di tempat kerja.
Jangan Makan Sambil Menonton TV
Beberapa kajian menunjukkan berkait rapat antara masalah
kegemukkan dengan makan sambil menonton tv adalah benar. Ramai individu gemar
menonton sambil mengunyah snek dan makanan yang tinggi lemak serta berkalori
seperti kerepek, coklat, keropok dan aiskrim. Anda akan makan tanpa sedar.
Begitu juga jika anda gemar makan hidangan makan malam sambil menonton tv,
perkara yang sama akan berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan