Pernahkah ibu-ibu hamil atau sesiapa saja melihat bahagian
betis dan belakang paha, urat atau vena (saluran darah) berwarna biru
terpintal, di mana ramai wanita mengalaminya ketika kehamilan?
Usah risau dengan perubahan ini. Ia berlaku kerana tekanan
bertambah ke atas rangkaian pembuluh darah di bahagian bawah tubuh yang
berpunca daripada pembesaran bayi dan Rahim.
Penyebab
* Pembuluh utama yang mengalirkan darah daripada bahagian
bawah tubuh kembali ke jantung adalah inferior vena kava. Tekanan tambahan
melewatkan aliran darah daripada bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
* Pengaliran darah yang lambat dengan peningkatan isi padu
darah menyebabkan kecenderungan untuk darah berkumpul di bahagian bawah. Ini
menyebabkan saluran darah vena menggelembung.
* Ketika kehamilan, hormon progesteron meningkat. Hormon ini
menyebabkan dinding saluran darah rileks dan mengembang. Ini juga mengakibatkan
penipisan dan pengembangan vena, berserta dengan tekanan tambahan daripada pembesaran
bayi menyebabkan urat gelembung.
Gejala
* Kaki terasa berat
* Kaki berkeadaan bengkak
* Keadaan sekeliling vena
membengkak terasa gatal
* Kaki berasa berdenyut, sakit
atau lenguh
Ibu Hamil Yang Berisiko
* Ada sejarah sama dengan keluarga
* Berat berlebihan
* Mengandung bayi besar
* Anak kembar
Cara Mengelak
* Kekalkan berat badan ideal.
* Melakukan senaman untuk
memastikan kitaran darah yang baik.
* Amalkan pemakanan yang kaya
dengan buah-buahan, sayuran dan serat yang merupakan pemakanan sihat seimbang.
* Minum sekurang-kurangnya lapan
gelas air sehari.
* Pakai seluar sokongan ketat
* Amalkan meletakkan kaki anda di
atas bantal atau bangku pada siang hari.
* Tidur dengan mengiring di
sebelah kiri. Letakkan bantal di belakang anda untuk mengelak dari berpusing ke
belakang.
* Jangan berdiri terlalu lama.
* Jangan duduk bersilang kaki.
* Elakkan memakai pakaian yang
mencerut pada bahagian perut, kaki atau kelengkang. Juga jauhkan dari memakai
kasut bertumit tinggi.
Rawatan
* Usah risau kerana urat verikos cuma terbentuk ketika
mengandung dan beransur pulih selepas melahirkan bayi. Namun,gejala ini akan
berulang setiap kali kehamilan seterusnya dan akan bertambah teruk.
* Doctor akan mengesyorkan pemakaian seluar sokongan ketat
ketika mengandung. Pemakaian ini boleh mengurangkan dari gejalanya bertambah
teruk.
* Setelah melahirkan jika di dapati urat verikos atau
penampilannya mengganggu anda berbincanglaah dengan pakar bedah vaskular untuk
mendapatkan pembedahan urat verikos. Namun, pembedahan ini hanya akan
seharusnya dilakukan sekiranya anda pasti tidak mahu hamil lagi.
Tips Legakan Kaki Kejang
Sering kali ibu hamil berdepan dengam masalah kejang kaki
ataupun cramps. Keadaan yang berpunca dari kekurangan nutrient dan garam,
pembesaran Rahim serta perubahan hormon
ini memang menyakitkan. Ia boleh terjadi tak kira masa, sekiranya anda
mengalaminya lakukan langkah berikut untuk melegakannya.
* Buat regangan kaki dengan cara meluruskan kaki dan gerakkan
perlahan-lahan tapak kaki. Rasa sakit akan beransur-ansur kurang ketika anda
melakukan regangan ini.
* Minta bantuan suami atau rakan untuk mengurut pada otot yang
kejang.
* Berjalan perlahan-lahan sehingga rasa kesakitan itu hilang
dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimana pula dengan supplement dari Shaklee boleh membantu
menangani gejala urat verikos ketika hamil iaitu dengan OSTEMATRIX?
Ostematrix membekalkan kalsium yang dapat membantu dalam
pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi. Membantu pengecutan otot dan saraf
juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink.
Manfaat Utama Ostematrix
* Menguatkan tulang
* Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
* Meringankan stress
* Memperbaiki masalah haid
* Pengalkalian tubuh
* Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
Siapa Pula Yang Perlukan Ostematrix
* Mereka yang mengidap penyakit asthma
* Mereka yang mengalami masalah pencernaan
* Mereka yang ketagih alkohol
* Mereka yang ada penyakit jantung
* Mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah
* Mereka yang mengalami masalah batu karang
* Mereka yang mempunyai penyakit diabetes
* Mereka yang mempunyai masalah otot,tulang dan sendi
* Ibu hamil
* Ibu yang sedang menyusukan bayi
* Ibu yang dalam pantang
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan