Baru sekejap tadi suami begitu ghairah membelai tanda ingin
dilayani. Tapi saat anda sudah pun bersedia untuk memenuhi tuntutan batin
suami, dia dengan tiba-tiba hilang mood lantas bangkid meninggalkan ranjang.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
Ada banyak sebab keinginan atau mood untuk bersama dengan pasangan hilang begitu saja, namun
menurut pakar seksologi, mood seks jarang sekali merudum pada saat-saat
hubungan intim hendak dimulakan. Bagaimana pun ia tetap boleh berlaku lantaran
beberapa factor?
Bau Yang Kurang Enak
Bayangkan ketika mendekati pasangan pada saat ghairah sedang
membara tiba-tiba anda tercium bau mulut pasangan ataupun badannya yang berbau
kurang enak, sudah tentu ghairah terbantut bukan?
Bagi pasangan perkara ini mungkin sesuatu perkara yang
menjijikkan sehingga boleh memadamkan nafsu seks. Jadi ada baiknya sebelum
hubungan intim pastikan tubuh badan dalam keadaan bersih dan segar.
Tidak Bersedia
Sebagai contoh, isteri yang baru saja habis pantang.
Kebimbangan terhadap luka di vagina yang belum sembuh sepenuhnya menyebabkan si
isteri ini belum bersedia untuk melayani si suami di ranjang.
Ketidaksediaan ini jelas akan mempengaruhi responsnya
terhadap ransangan suami. Akibatnya ghairah suami yang sedang meluap hilang
bila tidak mendapat respons yang diharapkan.
Tiada Mood
Bagi suami, keinginan untuk hubungan seks boleh muncul
bila-bila masa sahaja, namun tidak bagi kaum hawa. Ghairah seks untuk kaum hawa
di pengaruhi oleh mood akibat pusingan hormonnya. Menjelang haid misalnya,
isteri mungkin tiada selera untuk seks malah kalau di rangsang sekalipun si dia
akan menghindar. Agar perkara sebegini tidak merosakkan suasana hubungan intim,
suami harus mengenali dan memahami keadaan perubahan hormon sang isteri. Namun
begitu, tidak semua isteri mengalami hal seperti ini.
Persekitaran
Persekitaran sebelum suami isteri melakukan hubungan intim
juga memberi pengaruh terhadap mood seks seseorang. Ada baiknya masing-masing
mengetahui apa kebiasaan dan kesukaan suami atau isteri sebelum melakukan
aktiviti seksual.
Sebagai contoh isteri suka keadaan yang tenang semasa
melakukan seks pastikan anda mengajaknya berhubungan intim ketika anak-anak
sudah tidur dan bukan tatkala anak-anak sedang sibuk bermain dan menjerit
diluar bilik. Ini sudah tentunya mematikan mood si isteri.
Wangian Yang Berlebihan
Semburan minyak wangi yang harum memang boleh merangsang
ghairah seks tapi pastikan ia tidak berlebihan. Penggunaan minyak wangi yang
berlebihan sebelum hubungan seks berlaku, boleh menyebabkan pasangan mual
ataupun pening kepala. Jadi bagaimana hendak melakukan seks dalam keadaan yang
sedemikian rupa.
Bagi memastikan aroma wangian yang dipakai tidak mengganggu
pasangan dan disukainya ada baiknya ketika membeli wangian ini and meminta
pasangan membantu memilihnya.
Bagi pasangan yang ada masalah dalam hubungan kelamin atau
hubungan seksual, seharusnya pasangan perlu cari jalan penyelesaian agar
kehangatan hubungan seksual suami isteri
akan kembali berseri dengan adanya Set Vitamin Cinta dari Shaklee iaitu
Vitamin E untuk suami dan Alfalfa Complex untuk isteri.
Peranan Vitamin E Untuk Si Suami
* Lebih tenaga seksual
* Lebih mudah terangsang
* Mempertingkatkan kebolehan reproduktif & meningkatkan
nafsu seks
* Antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yang
merosakkan sel
* Melindungi sperma lelaki
* Boleh mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular
* Meningkatkan sistem imun badan
* Menyokong kesihatan jantung, otak, prostat dan paru-paru
Peranan Alfalfa Untuk Si Isteri
* Bertindak sebagai kacip Fatimah
* Merawat masalah keputihan bagi kaum wanita
* Menghilangkan kelesuan dan tekanan
* Memberi keselesaan ketika haid
* Membesar dan menegangkan payudara
* Membuang angin dalam badan
* Melegakan sembelit
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan