Assalamualaikum…selamat pagi hari ini dah akhir tahun ya dan
hari ini juga adalah hari lahir suami saya.
Selamat Hari Lahir Cik Nazir Yusoff semoga panjang umur, dimurahkan
rezeki, dan hidup sentiasa di lindungi oleh Allah Yang Maha Esa. Semoga rumahtangga yang kita bina bahagia sampai ke jannah...amin.
Sempena hari lahir suami saya ingin kongsikan resepi dengan
anda semua iaitu nasi minyak yang ringkas tapi sedap (bagi keluarga saya sedap
lah kan…hihi)
Resepi untuk nasi
3 cawan beras (beras biasa pun boleh)
4 cawan air
Minyak zaitun (majerin pun boleh)
Daun pandan (bagi wangi nasi)
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Bunga cengkih
Bunga lawing
Kulit kayu manis
Secubit garam
Cara masak nasi
Panaskan periuk eletrik, bubuhkan minyak zaitun @ majerin,
tumiskan bawang merah, bawang putih, bunga lawing, bunga cengkih, kulit kayu
manis, daun pandan masak sampai bahan tadi naik bau atau wangi.
Masukkan beras, air dan garam kacau rata kemudian tunggu
nasi sampai masak.
Resepi untuk daging
½ kg daging
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili merah
Kicap
Minyak
Garam
Gula
Daun kari
Cara masak daging
Masak daging dahulu dengan air hingga daging tadi menjadi
lembut masukkan garam. Bila air daging tadi dah kering, asingkan daging tadi,
dalam kuali yang sama masukkan sedikit minyak masak dan tumis bawang merah,
bawang putih yang dihiris goreng hingga bawang layu kemudian masukkan daging
kacau lagi, masukkan kicap, air dan
sedikit gula masak hingga daging jadi empuk dan pekat.
Acar timun dan lobak merah
Lobak merah
Timun
Garam
Gula
Cuka
Air
Bawang merah/bawang besar kuning
Cili merah dan hijau
Semoga resepi yang saya kongsikan ini boleh membantu anda
semua terutama surirumah tangga untuk masak sempena hari lahir suami ke
anak-anak ke atau siapa saja yang anda sayang.
SELAMAT MENCUBA…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan