Sangat comel tatkala melihat telatah si manja yang menghisap
puting kosong. Biar pun berfungsi sebagai penenang ketika si manja menangis,
namun dalam masa yang sama ramai juga ibu bapa yang tidak suka bagi puting
kosong pada anak-anak mereka.
Bimbang anak-anak akan terikat terlalu lama sehingga tidak
mahu berpisah dengan puting kosong dan
juga bimbang gigi si manja akan rosak sekiranya terlalu lama menghisap puting
kosong. Bagi ibu bapa yang menggunakan puting kosong pada bayi mereka, pastikan
anda menekankan ciri-ciri keselamatan seperti:
1.Gunakan puting yang bersih
Dalam memastikan kebersihan yang maksimum, anda perlu
bersihkan puting kosong sama seperti puting botol, apatah lagi puting kosong
lagi kerap digunakan bayi anda.
2.Tukar puting sekerap yang mungkin
Sebaik-baiknya anda menggantikan puting kosong bayi dengan
kerap, dan sentiasa pastikan puting tidak mempunyai kesan pecah atau berlubang
yang boleh menjadi punca kuman merebak. Sekiranya berlaku tukarkan puting
dengan yang baru dengan cepat.
3. Hadkan penggunaan
Ibu bapa seharus hadkan penggunaan puting kosong pada masa yang
tertentu saja, takut nanti tak boleh nak dipisahkan bila si manja dah meningkat
umur satu tahun.
4 .Beri apabila perlu
Sebagai langkah berjaga-jaga, cuba beri puting kosong
apabila bayi anda betul-betul memerlukan puting kosong.
5. Ceraikan bila tiba masanya
Cuba pisahkan anak anda daripada puting kosong
kesayangannya sebaik-baiknya sebelum
usia si manja satu tahun. Seeloknya sebelum gigi kekal keluar dan jangan
biarkan penggunaan puting kosong menjadi tabiat.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
anak saya yang ketiga suka sangat hisap puting..lepas menyusu mesti nak hisap puting...
BalasPadamCARA BANCUHAN SHAKLEE COLOGEN POWDER
terima kasih atas perkongsian dear, memang kalau kita beri puting kosong akan berpengaruh pada gigi anak. Sebaiknya jangan berikan puting kosong pada anak.
BalasPadamPetua Melembabkan Kulit Kering Di Wajah Yang Patut Anda Ketahui
Puting x elok sebenarnya pada baby..
BalasPadamlau boleh ajar baby tak guna sebab suah nak berhenti nanti..
BalasPadamMemang tak elok.pengalaman anak pertama,kalau dah hisap puting tu..makan suma dia tolak.perut kosong tapi dia seronok hisap.last2 masuk angin.lagi la kuat meragam.gigi pun rosak..Anak kedua lansung tak bagi dah.. Tak elok
BalasPadamkeburukan dan kesan sampingan set kurus Shaklee
huda mmg xsuka bg puting kosong nie. kkdg boleh buatkan baby tersedak..
BalasPadamJommSihatDanCantik -> MASALAH KULIT: JAGA-JAGA SEBELUM TERKENA!
Betul ke orang kata kalau bayi hisap puting punca perut kembung?
BalasPadamkeempat-empat anak saya semuanya tak pakai puting kosong...dulu anak first pernah try bagi (masa tu xde ilmu breastfeeding sgt lagi), tapi anak tak mau...mujur juga
BalasPadamAnak2 saya tak suka puting tapi mak nya ni yg terlebih excited nk suruh ank isap puting.. last2 tersadai je puting tu. rugi je beli... hihihi
BalasPadamMasa arif dulu pernah guna puting, tapi Dr suruh stop sebab arif kena macam ulser di dalam mulut. Jadi untuk akmal, memang tak guna langsung puting ni.
BalasPadamPengedar Shaklee Semenyih
Anak saya xguna puting,.. gigindia pon tumbuh cantik jek...
BalasPadam