Protein merupakan punca zat yang sangat penting untuk tubuh
manusia. Protein adalah penggiat dan pendorong utama kepada metabolisma dalam
tubuh. Mereka yang tidak ataupun kurang mengambil protein dalam sehari bakal
berdepan dengan masalah kesihatan dan menyebabkan metabolisma tubuh semakin
menurun.
Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian
Amerika Syarikat, ramai yang mengetahui khasiat proten tetapi mereka mengambil
protein dalam kadar yang salah. Ini menyumbang kepada pelbagai masalah
kesihatan berkaitan dengan kekurangan protein dalam tubuh.
Protein Nutrisi Paling Banyak
Selain daripada air, protein merupakan khasiat yang paling
banyak didalam tubuh manusia. Ini kerana banyak khasiat yang diperlukan oleh
tubuh ada dalam khasiat protein.
Stabil Kadar Gula
Pengambilan protein yang mencukupi untuk tubuh memberikan
manfaat yang sangat besar. Protein yang mencukupi mampu menstabilkan gula dalam
darah. Ibu hamil digalakkan mengambil protein yang mencukupi untuk mengelakkan
gula dalam darah yang tinggi. Seterusnya menyebabkan berlakunya diabetes.
Diet Yang Sempurna
Pengambilan diet yang sempurna dalam setiap hidangan seperti
kekacang dan bijirin dapat membekalkan asid amino yang sangat baik untuk tubuh.
Pengambilan diet yang sempurna ini sekali gus dalam mengekalkan kadar
metabolisma badan pada tahap yang lebih
baik ddan pastinya ia akan menjadi tubuh
langsing.
Tidak Melebihi Kalori
Dalam keghairahan untuk mendapatkan zat protein untuk
kesihatan, perlu diingat jangan berlebihan iaitu tidak melebihi 35 peratus
kalori sehari. Anda perlu dan mengambilnya dalam keadaan yang terkawal.
Sumber Telur
Protein memiliki manfaat yang sangat penting untuk tubuh.
Oleh itu disarankan agar mengambil 10 gram sumber protein daripada telur,
kacang-kacangan dan juga biji-bijian. Ini adalah protein yang terbaik untuk
tubuh.
Sumber Protein
Dada Ayam
Potongan daging rendah lemak yang dimakan dengan roti
gandum, mustard dan bayam merupakan pilihan makan yang sihat.
Susu
Susu dan sejenisnya merupakan sumber protein yang terbaik.
Protein daripada sumber ini mudah dicernakan dan diserap oleh tubuh. Susu
mengandungi protein yang baik serta mengandungi kalsium yang baik untuk
anak-anak yang sedang membesar.
Daging
Daging juga merupakan sumber lain bagi protein. Didalamnya
terdapat pula banyak zat besi, fosforus dan beberapa vitamin B complex.
Ikan
Pastikan anda selalu menyediakan ikan segar dalam peti ais.
Ikan kod merupakan sumber protein terbaik untuk dinikmati. Selain membekalkan
kandungan protein yang tinggi, ikan kod juga rendah kalori. Ia juga membekalkan
beberapa khasiat penting yang lain dan amat bermanfaat kepada kesihatan
kardiovaskular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan