Tubuh yang langsing sentiasa menjadi idaman wanita. Namun
bukan mudah untuk mendapatkannya apatah lagi tanpa usaha yang berterusan. Tanpa
kita sedari, terdapat beberapa perkara kecil seperti kalori yang menjadi punca
kepada kenaikkan berat badan.
1. Kurangkan Sos Salad
Secawan sos salad adalah bersamaan dengan 25 hingga 30 gram
lemak. Jika anda makan tiga hidangan sayur-sayuran segar dengan sos salad
seperti biasa, ia diibaratkan seperti anda telah makan sepotong mentega selama
setahun. 52 potong mentega adalah bersamaan dengan 5.5 kilogram peningkatan
berat badan.
2. Katakan Tidak Pada Keju Dan Mayonis
Satu sudu besar mayonis dan sekeping keju, jika diambil
selama lima hari seminggu, boleh meningkatkan berat badan sebanyak 6.8 kilogram
selama setahun. Jika anda masih menggemarinya, gantikannya dengan jenis yang
rendah lemak.
3. Kurangkan Jus Bergula
Meminum 473 ml minuman manis, ia bersamaan dengan 52 cawan
lebihan gula yang diambil untuk seminggu. Sebaik-baiknya amalkan meminum jus
buah-buahan yang segar tanpa gula tambahan.
4. Berhati-hati Dengan Gula Tersembunyi
Makanan seperti sarapan bijirin, yogurt berperisa
buah-buahan, smoothies malah sos spaghetti didalam botol sebenarnya
menyembunyikan lebih 20 sudu gula di dalamnya. Sebaiknya ambil sarapan bijirin
jenis biasa, oat atau muesli. Begitu juga dengan yogurt, ambil perisa asli
sahaja. Bagi smoothies dan sos spaghetti pula, adalah lebih baik anda
membuatnya sendiri dirumah.
5. Kurangkan Makanan Segera
Sandwich juga mengandungi lebih lima kali ganda lemak trans
berbanding tahap yang dibenarkan. Oleh itu kurangkan makanan segera kerana ia
dapat menyelamatkan anda daripada menelan beribu-ribu kalori, lemak trans dan
garam yang tidak diperlukan oleh tubuh.
6. Gabungkan Makanan Segar Dan Sejuk Beku
Makanan sejuk beku mungkin memudahkan tapi ia kaya dengan
garam sodium dan lemak trans. Lebih baik sekiranya anda mengambil kombinasi di
antara makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga makanan
sejuk beku.
7. Ambil Kekacang
Mereka yang sedang berdiet sering mengelak makanan kekacang
dalam hidangan. Sebenarnya kekacang adalah pilihan yang bijak kerana ia rendah
kalori selain kaya dengan khasiat dan menyihatkan tubuh badan. Cuma pastikan
jumlah yang diambil adalah terkawal dan tidak berlebihan.
8. Tingkatkan Pengambilan Serat
Makanan seperti roti bijirin penuh, oat, kekacang dan
bijirin rendah gula adalah pilihan tepat untuk mendapatkan pengambilan serat
yang mencukupi untuk tubuh badan.
9. Campurkan Rempah Dalam Masakan
Masakan yang mengandungi rempah ratus bukan saja
menjadikannya lebih sedap tapi juga turut membantu menurunkan berat badan. Cili
dapat meningkatkan metabolisma dalam tubuh badan, manakala kulit kayu manis
pula dapat mengawal gula dalam darah dan serbuk kari dapat menentang kanser
dalam tubuh badan secara semulajadi.
10. Makan Coklat Gelap
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan coklat gelap boleh
mengurangkan kalori dalam tubuh badan dan mengawal keinginan makan makanan
ringan atau mengunyah.
11. Minum Teh Hijau
Meminum teh hijau tiga cawan sehari boleh membantu
meningkatkan metabolisma dan membakar lemak dalam tubuh. Petua kuruskan badan
dengan cepat dan ini telah lama diamalkan di Negara Jepun.
12. Makan Protein Rendah Lemak
Mengambil makanan berprotein rendah lemak berupaya mengawal
rasa lapar dengan lebih baik berbanding karbohidrat atau lemak. Ia juga dapat
mengawal paras gula dalam darah, meningkatkan metabolisma dan juga membantu
menurunkan berat badan. Sumber utama protein rendah lemak, termasuklah ayam, telur,
keju, kotej, tuna dan yogurt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan