Ramai yang gemar menjadikan petai sebagai penyedap makanan.
Walaupun sedikit berbau namun rasanya tetap ‘menyengat’. Buah jenis kekacang,
leper dan berbentuk biji jelas kelihatan pada kulit buah yang berwarna hijau
ini.
Di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Semenanjung Thailand,
petai merupakan tumbuhan asli. Biasanya petai ditanam menggunakan biji yang
mana pokoknya kemudian akan mengeluarkan bunga ketika berusia lima tahun. Dalam
tempoh 60 hingga 70 hari, buah petai mulai masak selepas ia berbunga. Oleh itu
gangguan serangga yang gemar menebuk batang pokok petai, ia mudah rosak. Malah,
daun petai juga mudah dimakan serangga sekalupun berada di tempat yang tinggi.
Hidangan
Enak
Biji petai yang muda atau tua boleh dimakan mentah,
digoreng, dipanggang, dibakar dan dibuat sambal tumis. Ada kalanya, biji petai
tidak dikupas dari kulitnya tetapi dipotong bersama kulit seterusnya dimasak.
Biji petai juga sesuai dijadikan jeruk dengan cara merendamnya di dalam air
garam selama beberapa hari.
Petai juga boleh dijemur sehingga cukup kering untuk
disimpan bagi kegunaan di kemudian hari. Setelah kering, goreng atau boleh juga
merendamnya di dalam air selama 24 jam, sebelum dimasak mengikut cita rasa.
Sementara bahagian daun dan tangkai bunganya yang muda pula
sesuai dimasak atau dimakan sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan.
Bagusnya buah petai ini dipercayai boleh mengurangkan
masalah kurang darah atau anemia. Berhadapan dengan simptom tubuh lemah, letih
dan kurang bersemangat adalah tanda-tanda awal penyakit berkenaan yang
disebabkan kandungan zat besi mulai berkurangan didalam tubuh.
Khasiat
Ubatan
Biji petai di makan untuk merawat masalah hati, busung,
bengkak ginjal, diabetes dan membunuh cacing di dalam perut atau usus. Sementara
daunnya pula boleh direbus seterusnya diminum bagi merawat masalah demam
kuning. Bahagian kulit akarnya pula dikatakan mampu merawat kencing manis
dengan cara merebus kemudian diminum.
Info Lain
Tentang Buah Petai
Petai mengandungi bahan anti nutrisi seperti tanin. Kesan
ubatnya pula berpunca dari alkaloid tertentu. Selain itu, petai turut
mengandungi sumber vitamin A, B dan C. Terdapat juga kajian yang menunjukkan
bahawa buah petai kaya dengan sukrosa, fruktosa dan glukosa. Ketiga-tiga zat
ini merupakan sumber gula semulajadi yang berupaya menghasilkan tenaga segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan