Assalamualaikum...hari ini saya nak berkongsi dengan anda sedikit info tentang penjagaan vagina yang saya baca dalam majalah mingguan wanita...dan juga tentang supplement yang sesuai untuk penjagaan dalaman kita sebagai wanita. Apatah lagi bagi wanita yang sudah bergelar isteri demi untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Sememangnya ramai wanita lupa tentang penjagaan organ intim atau
vagina. Malah ada suami yang terpaksa menegur isteri tentang organ intimnya
yang tidak dirawat gara-gara tidak tahan dengan bau.
Jangan tunggu suami
menegur kerana ia sesungguhnya sesuatu yang cukup memalukan kaum wanita.
Seharusnya bahagian inilah yang perlu dijaga. Malah
orang-orang tua dulu pun selalu berpesan kepada anak perempuan mereka supaya
menjaga bahagian ini sebaiknya selepas berkahwin dan melahirkan anak kerana
fungsinya yang penting untuk kebahagian suami isteri. Jika diabaikan tak
mustahil salah satu kenikmatan suami isteri terlepas.
Penekanan terhadap penjagaan organ intim ini dari dulu lagi
sebenarnya ada sebabnya. Vagina memiliki potensi menjadi punca penyakit
bersarang dalam tubuh kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan
bahagian dubur. Maka cukup perlu menjaga kebersihan vagina dengan perawatan
yang sebaiknya. Jadi bagi kaum wanita berilah perhatian khusus kepada bahagian
sensitif ini.
Penjagaan Ketika Haid
* Ganti tuala wanita sekerap
yang mungkin semasa haid. Darah yang keluar dan melekat pada pembalut, jika
dibiarkan lama akan menjadi medium subur pertumbuhan kuman.
* Pilih tuala wanita yang sesuai agar
dapat mengurangkan iritasi atau kegatalan pada bahagian kulit vagina. Hindari
juga tuala wanita yang mengandungi pewangi kerana bagi yang berkulit sensitif,
bahan kimia yang digunakan di dalamnya akan membuatkan vagina menjadi gatal.
* Penggunaan pantyliner setiap
hari sangat tidak digalakkan kerana selain dapat menyebabkan jangkitan kulat ia
juga menghalang peredaran udara pada bahagian vagina. Sekiranya terpaksa
menggunakannya ganti pantyliner sebaik membuang air kecil dan membuang air
besar.
* Jangan lakukan hubungan seks ketika
haid kerana saat ini dinding Rahim cukup lembut hingga boleh menyebabkan luka.
Amalan Setiap Hari
* Semasa membersihkan vagina bilas dari arah depan ke
belakang, bukan sebaliknya. Amalan ini wajib dilakukan untuk menghindari kuman.
* Jaga organ intim agar tidak lembap. Setelah buang air kecil
basuh dan lapkan dengan tisu sehingga kering. Selain itu pakai seluar dalam
yang serap peluh seperti seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas.
* Ganti seluar dalam sekurang-kurangnya dua atau tiga kali
sehari apatah lagi jika cuaca panas. Hindari mengenakan seluar dalam yang
lembap kerana ia memberi peluang pertumbuhan kulat.
* Bagi yang bertubuh besar, perhatian lebih harus diberikan
pada bahagian ini agar tidak lembap. Kuman mudah hidup di lipatan kulit yang
lembap sehingga berpotensi menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
* Semasa menjemur seluar dalam yang dibasuh, jemurlah dibawah
sinar matahari untuk membunuh kuman. Jangan hanya diangin-anginkan.
* Hindari memakai bedak pada vagina kerana partikel halus yang
terkandung dalam bedak mudah sekali terselit di dalam vagina dan boleh
mengakibatkan timbulnya kulat dibahagian sensitif itu.
* Jangan memakai seluar dalam atau jean yang terlalu ketat.
Peluh adalah ‘santapan’ bagi kulat di bahagian vagina. Jika anda ingin juga
mengenakannya, pastikan anda tidak memakainya seharian. Segera ganti pakaian
yang longgar setibanya di rumah.
* Hindari stress berlebihan dan beralihlah ke gaya hidup aktif
dengan bersenam secara teratur dan mengambil pemakanan yang seimbang.
Pemeriksaan Tahunan Dan Rutin
* Bagi wanita yang pernah melahirkan atau melakukan hubungan
seks, lakukan pap smear setahun sekali.
* Pemeriksaan rutin juga perlu dilakukan setiap waktu supaya
apabila berlakunya jangkitan di bahagian ini ia dapat dirawat dengan segera.
* Tanda-tanda jangkitan yang perlu diberi perhatian
adalah terjadi perubahan warna di sekitar vagina (menjadi lebih merah) dan di
sertai bau yang kurang menyenangkan serta rasa gatal. Jika hal ini di alami
segera dapatkan rawatan daripada pakar.
Vagina seharusnya perlukan rawatan dan penjagaan yang rapi.
Rawatan ada banyak cara, tradisional pun boleh, tapi orang zaman sekarang ini
lebih senang ambil supplement sahaja.
GLA COMPLEX
Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan (bagi yang inginkan zuriat)
Mengawal ketidakseimbangan hormone
Berkesan sebagai bahan antikulat
Mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan
prostaglandin
Penting untuk penghasilan estrogen
Meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
Membantu masalah kencing tidak lawas
Melegakan PMS (sindrom prahaid)
Membantu dalam menangani menopous
Menjadikan kulit lebih sihat
ALFALFA COMPLEX
Detoks, anti flamasi, anti kulat
Mengawal keputihan
Mengetatkan faraj
Melegakan sakit sendi dan belakang
Menghilangkan kelesuan dan tekanan
Memberi keselesaan semasa haid (bagi wanita)
Mencuci usus bagi membuang taksin
Bertindak sebagai kacip Fatimah (bagi wanita yang dah
berkahwin)
Membuang angin dalam badan
Milk booster (bagi wanita sedang menyusukan bayi)
GARLIC
Antibiotik semulajadi & membunuh kulat
Bekalan oksigen & mengurangkan kesakitan
Anti-inflamasi & agen antiviral
Antibiotik semulajadi
Mengandungi bahan semulajadi melawan fungus/kulat
Merendahkan tekanan darah
Menurunkan kolestrol
Membunuh bakteria dan parasit
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Itu adalah tanda kebahagiaan rumahtangga kita...jagailah dan semailah dengan sebaiknya...jangan sampai suami cari yang lain...supplement shaklee sedia membantu wanita yang bermasalah.
BalasPadamKalau nama wanita itu sangat penting untk dijaga..
BalasPadamTips Awet Muda