Setelah lahirkan bayi ke dunia, terdapat pelbagai keanehan
kepada diri si kecil ini. Ini menyebabkan para ibu terutamanya ibu baru akan
berasa pelik dan tertanya-tanya punca kelainan tersebut.
Ubun-Ubun Berdenyut
Bahagian tulang tengkoraknya belum bersatu dan mengeras
dengan sempurna. Ia mengambil masa kira-kira dua tahun untuk menghilangkan
denyut di kepala bayi.
Tips: Bersihkan rambut dan kulit kepala bayi dengan syampu
dan segera keringkan. Hindari menyentuh dan menekan kepalanya yang
berdenyut-denyut itu.
Wajah Sembam
Ini berlaku kerana tekanan kuat yang dilalui ketika proses
kelahiran. Selain wajah, mata bayi juga boleh kelihatan bengkak. Jangan risau
kerana dalam tempoh satu hingga dua hari, bengkak di wajahnya akan hilang.
Tips: Hindari posisi tidur telungkup untuk mengurangi
tekanan pada wajah bayi. Jika ada benjol atau bekas tekanan alat forsep pada
kepala, elakkan menyentuh bahagian tersebut hingga bengkaknya hilang. Temui
doctor jika tiada perubahan setelah sebulan.
Berbulu
Rambut janin belum luruh sepenuhnya. Selain bulu halus, bayi
perempuan juga sering kelihatan berambut pada bahu dan belakangnya. Dalam
beberapa minggu, kulit bayi akan bersih dari rambut halus tersebut.
Tips: Mandikan bayi untuk menjaga kebersihan dan kesihatan
kulitnya. Tidak perlu mencukurnya kerana rambut tersebut akan gugur dengan
sendirinya.
Alat Kelamin Bengkak
Hormon ibu mempengaruhi perkembangan organ seksual. Kantung
buah zakar bayi lelaki atau bibir luar kemaluan bayi perempuan yang kelihatan besar
ini akan kelihatan normal sekitar seminggu.
Tips: Bersihkan alat kelaminnya setiap kali mandi, kemudian
keringkan secara perlahan dan lembut. Jika menggunakan lampin pakai buang,
ganti segera setelah penuh.
Payudara Besar
Ia akibat pengaruh kadar hormon estrogen ibu. Payudara akan
mengempis dalam beberapa hari atau minggu.
Tips: Jangan memicit payudara bayi kerana hanya akan
menimbulkan rasa tidak selesa.
Kulit Berlemak
Terdapat lapisan lemak yang melindungi kulit bayi sejak
dalam Rahim lagi. Lapisan ini akan mengelupas dalam masa beberapa hari.
Tips: Bersihkan kulit bayi dengan air suam dan sabun khusus
untuk bayi. Jangan menggosok kulit bayi dengan kuat. Jika perlu, bersihkan
perlahan dengan kapas dan minyak bayi.
Kaki, Tangan Pucat Dan Sejuk
Sistem peredaran darah belum berkembang sepenuhnya untuk
mengalirkan darah ke organ-organ tubuh yang penting seperti otak, paru-paru dan
jantung. Tangan dan kaki adalah organ tubuh yang paling akhir dialiri darah.
Keadaan ini berakhir dengan sendirinya secara bertahap sehingga usia bayi
berusia satu tahun.
Tips: Susui bayi untuk menghangatkan tubuhnya. Sarungkan
stoking kaki dan sarung tangan khusus untuk bayi atau selimutkan bayi sehingga
tangan dan kakinya terasa hangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan