Ada pendapat menyatakan wanita hamil tidak sepatutnya
mengenakan tali pinggang keledar. Alasannya, boleh membahayakan bayi dalam
kandungan. Kebanyakkan bimbang penggunaan tali pinggang keledar akan menghalang
bahagian abdomen lantas menimbulkan masalah berkaitan kehamilan.
Anggapan lain, boleh memberi tekanan berlebihan keatas perut
dan juga bayi. Malah keadaan akan menjadi lebih teruk jika kemalangan berlaku.
Fakta Memakai Tali Pinggang Keledar
* Kajian membuktikan lebih selamat untuk ibu hamil memakai
tali pinggang keledar kerana bahaya sedia menanti jika tidak mengambil langkah
keselamatan awal.
* Pemakaian tali pinggang keledar semasa hamil mungkin tidak
begitu selesa. Namun berpeganglah kepada kenyataan bahawa ia menjanjikan
keselamatan untuk anda dan bayi.
* Tali pinggang keledar bukan factor menjadi komplikasi kehamilan, sebaliknya bakal menjadi
penyelamat anda dan kandungan sekiranya terjadi kejadian yang tidak diigini
sepanjang pemanduan.
* Sehingga kini belum terbukti bahawa penggunaan tali
pinggang keledar meningkatkan risiko bayi mengalami kecederaan.
* Bayi dilindungi dengan air ketuban secara tidak langsung
berupaya melindungi daripada hentakan sewaktu kejadian kemalangan berlaku.
* Salah disisi undang-undang jika tidak memakai tali pinggang
keledar melainkan anda memiliki surat yang disahkan oleh pakar perubatan,
mengecualikan atas sebab perubatan.
Panduan Guna Tali Pinggang Keledar
* Tempatkan tali bahagian riba ke bawah bahagian abdomen
dan melintangi bahagian atas paha. Jadi, ia sendat tetapi masih membuatkan anda
selesa. Tali bahagian riba seharusnya tidak ditempatkan diatas perut.
* Laraskan posisi duduk anda. Tali bahagian atas akan
melintangi bahu tanpa mengganggu leher.
* Tali bahagian atas seharusnya melintang tulang kolar dan
berada di antara celah payudara. Ia sepatutnya berada di posisi sebegitu agar
tidak mencekik leher.
* Jangan sesekali tempatkan tali bahagian atas ke belakang
atau selitkannya di bawah lengan.
* Jika menggunakan kenderaan yang di sertakan dengan beg
udara, kerusi tempat duduk hadapan (bahagian penumpang mahupun pemandu) perlu
di tolak ke belakang agar tidak berada terlalu hampir dengan bahagian yang
menempatkan beg udara.
* Tali keledar sepatutnya dipakai seketat mungkin. Oleh
itu, apabila berlaku kemalangan, daya hentakkan boleh diserap oleh susuk tubuh.
* Elakkan daripada memakai pakaian tebal agar tali keledar
benar-benar rapat dengan tubuh.
* Semasa memandu, pastikan anda menyesuaikan tempat duduk
pemandu dan stereng dengan betul agar dapat mengawal kereta sepenuhnya.
* Pastikan anda berada dalam lingkungan selesa antara
stereng dan pedal, dengan memberikan sebanyak mungkin ruang antara stereng dan
bahagian atas tubuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan