Selasa, 16 September 2014

Tidur yg betul memberi keselesaan pada bayi dan ibu hamil


POSISI TIDUR ancam keselamatan bayi

Mencari posisi tidur yg selesa ketika sarat mengandung sudah tentu menjadi masalah. Sudah tentu juga ketidakselesaan ini berkait dengan kedududkan bayi. Hakikatnya, ramai ibu hamil tidak menyedari bahawa posisi tidur yg salah boleh menancam keselamatan bayi dalam Rahim. Ini kerana apabila Rahim semakin membesar, ia mengambil ruang abdomen yg sudah pasti mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar dan air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah.
Dalam hal ini ibu hamil harus tahu posisi tidur yg terbaik utk diri dan juga bayi. Selai itu mereka juga harus menghindari posisi tidur yg mungkin memjejaskan keselamatan bayi.
TERLENTANG
  Diibaratkan seperti seguni beras yg mempunyai berat hingga dua hingga tiga koligram diletakkan  di bahagian abdomen, tentu rasa sneak dan sukar bernafas jika ibu hamil tidur dalam posisi terlentang.
  Posisi terlentang juga akan menyebabkan Rahim memberi tekanan fizikal pada saluran darah besar dan menghalang peredaran darah ke jantung. Ini mengganggu bekalan oksigen dan nutrient pada bayi dalam Rahim.
MENGIRING
  Ini posisi terbaik utk seorang wanita hamil tidur. Mereka boleh mengiring ke sebelah kanan atau kiri. Namun sebaliknya tidur mengiring ke sebelah kanan kerana ia lebih menepati sunah Rasulullah s.a.w.
  Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah dan akan menyebabkan lebih banyak nutrient dan oksigen di hantar pada bayi dalam Rahim. Selain dari mengiring, lipatkan paha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal di antara kedua-dua paha.
  Bagi ibu hamil yg mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat reflux gastritis boleh juga tinggikan bahagian dada dengan bantal.
MENIARAP
  Sudah tentu apabila semakin mendekati kelahiran dan abdomen semakin membesar, sukar utk tidur meniarap. Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika pada awal kehamilan.
  Banyak kajian menunjukkan risiko utk bayi mati dalam Rahim bagi wanita hamil yg tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yg tidur dalam posisi yg lain.
  Kesan posisi yg meniarap atau telentang menyebabkan darah yg membawa oksigen dan nutrient tidak sampai kepada bayi dalam Rahim dan menyebabkan kematian dalam Rahim. Jadi berhati-hatilah ketika memilih posisi utk tidur ketika hamil.
Tip ibu hamil tidur nyenyak
Mandi air panas
  Mandi dengan air panas (jangan terlalu panas). Gunakan sabun yg dapat menimbulkan kesan relaks, seperti lavender atau melati. Rasa segar setelah mandi akan membantu ibu lebih nyenyak tidur.
Minum segelas susu panas
  Minum segelas susu panas akan membantu tidur nyenyak. Susu mengandungi asid amino tryptophan yg meningkatkan kadar serotonin dalam otak yg akan membantu utk tidur.
  Hindari makan banyak
  Ketika hamil sering kali muncul keinginan utk makan pada waktu malam. Hindari makan terlalu banyak kerana membuat rasa tidak selesa apabila tidur.
Menari nafas
  Lakukan latihan pernafasan dengan teratur. Ia dapat membantu ibu hamil mengurangi ketegangan otot dan membantu utk tidur yg lebih baik. Carilah posisi yg nyaman dan selesa. Kemudian tarik nafas melalui hidung secara perlahan, tahan nafas selama satu hingga dua detik. Keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan, lakukan beberapa kali.
 
 

Ahad, 14 September 2014

Keistimewaan Solat Di Malam Hari


Fadhilat kebaikkan dan keistimewaan solat malam

Solat malam atau solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia utk mengeratkan hubungan kita dengan Allah.
Kesusahan yg dirasai mereka yg jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yg biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yg dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakkan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas utk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yg sedia menanti utk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: ‘’ Allah s.w.t sayang kepada lelaki yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakal kalau isterinya enggan, di percitkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, di percitkan air di wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya di amalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia di amalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah di khususkan kepada umat Nabi Muhammad semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya akan di anugerahkan Allah Sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan didunia ialah:-

*jauh daripada segala penyakit
*lahir kesan taqwa pada wajahnya
*dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
*percakapannya mengandungi hikmah (kibijaksanaan)
*dikurniakan kekuatan dan di beri rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara diakhirat:-
*dibangkaitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
*dipermudahkan hisab
*cepat melalui sirat al- Mustakim seperti kilat
*diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
Solat malam adalah solat yg penting antara solat-solat sunat yg lain. Rasulullah s.a.w pernah ditanya, “Solat apakah yg paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yg diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1.Tercatat sebagai orang yg baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15-18)
2.Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yg terpuji (Surah al- Israk ayat 79)
3.Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63-64)
4.Dilihat sebagai orang yg beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5.Darjatnya dibezakan dengan orang yg malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-Ash yg berbunyi, Rasulullah s.a.w berkata kepadaku, Abdullah, jangan jadi seperti polan yg pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,’’ (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim)
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah s.a.w berkata, Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang solat sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, menebus kesalahan, pencegah dosa, serta menhindar penyakit,”.
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah s.a.w, ketika Rasulullah masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia mencerikan mimpinya itu kepada Rasulullah s.a.w. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat mencerikan kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yg dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Didalam perigi itu ada beberapa orang yg saya kenal. Saya lalu berkata,” Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan Malaikat lain yg berkata kepada ku, “jangan takut, mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah dan Beliau berkata,” sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja dimalam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yg tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, “Bagimu malam yg panjang, maka tidurlah.” Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.’’
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga  malam terakhir, dan menyatakan,’’Siapa yg berdoa kepadaKu, pasti aku kabulkan. Sesiapa yg memohon kepada ku, pasti aku beri, dan sesiapa yg memohon ampun kepadaKu, pasti aku ampuni,’’ (Hadis Riwayat Al-Jama ah)
Amr bin Al-Ash meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yg terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yg berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukan lah.’’ ( Hadis Riwayat Al-Hakim)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w berkata, ‘’Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yg selalu berzikir.’’ (Hadis Riwayat Abu Daud).