Jumaat, 2 Januari 2015

Tingkatkan Tenaga Anda Dengan Cinch Energy Tea Mix Hari Ini




Setelah sekian lama Cinch Energy Tea Mix ni kehabisan stok, kini pada tahun baru 2015 ia kembali lagi…!!!

Anda seorang penggemar teh?...satu hari tak minum teh mesti gelisahkan…

Anda ingin menukar selera…? Dari teh biasa kepada teh yang luar biasa sedapnya…hihi



Teh dari Shaklee sangat istimewa kerana ianya adalah rendah kalori, sangat sesuai untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, boleh memberikan kita tenaga sepanjang masa dan juga sangat sesuai untuk mereka yang selalu dalam kepenatan.



Kebaikkan Cinch Energy Tea Mix

* Selamat dan penggalak tenaga semulajadi.

* Ditambah dengan taurina – meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

* Pilihan altenatif terbaik yang menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengelakan kecergasan tubuh.

* Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Shaklee Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan juga teh putih. Bahan-bahannya secara keseluruhannya adalah:

* Taurina

> Menggalakkan metabolisma, memberi lebih tenaga, melarutkan lemak dan juga membantu menghasilkan otot badan.

* Maltodextrin  - bahan daripada jagung


* Rooibos Red Tea Extract – tumbuhan herba dari Afrika dikenali sebagai ‘’The Miracle Tea’’ atau ‘’Long Life Tea’’

* Green Tea Extract

* White Tea Extract – teh yang menjalani pemprosesan paling minimum

> Juga dikenali sebagai the hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau


* Matcha Green Tea  Powder – teh hijau gred tertinggi dari jepun 

> Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrient yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan.

Resepi Cara Bancuh Cinch Tea Mix ini

Testimoni Cinch Tea Mix






Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Khamis, 1 Januari 2015

Promosi Berganda-Ganda Permulaan Tahun Baru 2015



Assalamualaikum…salam sejahtera…selamat juga menyambut tahun baru bagi kita semua…

Diharap tahun baru ini membawa sinar yang lebih bahagia buat kita semua sebagai hamba Allah yang lebih kuat untuk menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa.

Permulaan tahun baru ini pihak Shaklee telah memberikan promosi berganda-ganda bagi peminat ataupun pengamal tegar supplement Shaklee.

Vita Lea Kids beli 3 free 1
Alfalfa Complex bel 6 free 1
Vivix beli 6 free 1
Secara ringkas saya akan ceritakan sedikit tentang 3 produk yang terbaik ini…sedikit ke…???


Vita Lea Kids

Multivitamin untuk kanak-kanak membesar dengan lebih sihat, aktif dan bijak. Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka.

Vita Lea for Children kerana ia dipenuhi  dengan kebaikan tulen, vita lea adalah multivitamin yang mudah dikunyah. Membantu melengkapkan zat dan nutrisi yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar terutama sekali kalsium. Tanda anak-anak kita sering demam, selsema dan batuk adalah tanda antibodinya lemah disebabkan kekurangan vitamin untuk menyokong keperluan antibody kanak-kanak seperti kalsium, vitamin C, dan sebagainya.



Kelebihan Vita Lea For Children

* Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat penting untuk keperluan tubuh
* Sumber kalsium untuk tulang, gigi dan otak
* Multivitamin yang kaya dengan antioksidan



Alfalfa Complex

Ia membekalkan nutrisi  yang mana kebanyakkannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahu pun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia, 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


Kebaikkan Alfalfa Complex

* Mencuci hati, darah dan usus
* Melawan alahan
* Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol
* Melawan tumor
* Melegakan keletihan
* Mencegah/merawat atritis


Vivix Shaklee

Ramuan vivix telah menunjukkan ia telah memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap selular:

* Melindungi dan membaiki selular DNA
* Memberi impak positif kepada pengawalan genetic
* Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria
* Melambatkan pembentukkan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Juga menolong membantu menjaga/memelihara:

* Kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan system imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap selular, kesihatan dan kesejahtaraan.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Rabu, 31 Disember 2014

Ikut Kehendak Anak Dara Nak Makan Kek



Setiap hari hujan sejuk dan dingin je rasa badan ni…

Anak dara sorang ni tak habis-habis minta buatkan kek, perutnya sentiasa lapar, mentang-mentanglah hari ni hari lahir abahnya.

Si ibu dengan terpaksanya mengikut kehendak anak. 

Jom ikut saya masuk dapur buatkan kek yang ringkas untuk anak dara sorang ni.

Bahan untuk kek
250gm mentega
250gm gula kastor
5 biji telur
½ sudu baking powder
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning, hijau dan merah

Cara buat kek

* Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati.
* Masukkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga sebati
* Sapukan Loyang dengan majerin supaya kek tidak melekat
* Bakar pada suhu 180os selama 60 minit atau sehingga masak.

Kek ringkas dan senang untuk buatnya…bagi anak-anak yang suka makan kek

Selamat mencuba…

Tips Cara Lepas Botol Susu Bagi Kanak-kanak Dan Meal Shake Boleh Membantu Mereka Melupakan Susu Ibu Dan Botol Susu



Tiga tahun merupakan umur yang palin tepat untuk kanak-kanak menggunakan cawan ketika minum. Namun memisahkannya dari botol susu kesayangannya bukan perkara yang mudah. Ini kerana  menghentikan atau mengganti suatu kebiasaan  tidak mudah. Kanak-kanak perlu diadaptasi dengan kebiasaan baru dan ini boleh membuatnya berasa tidak selesa.

1. Minta anak-anak kita memegang gelas sebagai perkenalan awal dengan objek yang akan digunakannya sehari-hari untuk minum.

2. Biarkan kanak-kanak memilih cawannya dengan sendiri, mengikut warna kesukaan mereka dan rekaan cawannya. Belikan beberapan buah cawan yang berbeza bentuk dan pastikan ianya tidak mudah pecah.

3. Ajak anak membancuh susu dengan menggunakan cawannya sendiri, jadika ia aktiviti yang menyeronokkan.

4. Pada hari-hari penyesuaian awal, anda masih berkompromi. Misalnya, hadkan penggunaan botol hanya pada malam hari. Pada siang harinya pula diwajibkan menggunakan cawan.

5. Letakkan cawan yang berisi air yang boleh dicapai oleh anak anda. Tanpa perlu memaksa mereka apabila dahaga, dia akan menggunakan minumannya tanpa perlu meminta kepada anda.

6. Ajak anak berkumpul dengan rakan-rakan yang sudah minum menggunakan cawan. Jadikan ia acara yang menyenangkan agar anak-anak anda terdorong minum daripada cawan seperti kawan-kawannya.

Bagi ibu-ibu yang anak-anak baru saja putus susu badan ke ataupun susu botol ke dan juga ibu yang sedang mengajar anak-anak minum menggunakan cawan boleh cuba meal shake untuk membantu anak-anak anda untuk melupakan susu badan ataupun botol susu.


Meal shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya yang mudah diserap untuk kegunaan seharian. Meal shake bukan saja untuk kanak-kanak tetapi juga sesuai untuk semua peringkat umur, pelajar, kanak-kanak yang sedang membesar, ibu mengandung, orang sakit, orang yang selalu sibuk dengan kerja.

Kebaikkan Meal Shake bagi kanak-kanak yang baru putus susu

* Untuk perkembangan minda
* Untuk tingkatkan selera makan anak-anak anda
* Sesuai untuk anak-anak yang baru putus susu
* Untuk kanak-kanak yang sentiasa kekal aktif
* Meningkatkan berat badan anak-anak
* Membantu anak fokus dalam pelajaran
* Mengatasi masalah sembelit dikalangan kanak-kanak
* Diambil sebagai sarapan pagi untuk meningkatkan kecergasan
* Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh
* Membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
* Rasa vanilla yang sangat sedap





Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Cungkil Rahsia Ubi Keledek





Keledek merupakan sejenis tumbuhan melata yang sering dijadikan bahan tambahan sama ada ketika membuat kuih, pengat atau hidangan lauk. Rasa lemak dan manisnya membuatkan ianya mempunyai pengikut yang tersendiri.

Dikatakan, tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah dan bahagian utara Amerika Selatan. Pada masa ini, keledek mempunyai taburan yang sangat luas di semua kawasan tropika, subtropika serta di kawasan yang bercuaca panas. 

Untuk menanam keledek hanya gunakan keratan ranting dan tanam di atas batas. Lazimnya di asia tenggara keledek memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan selepas di tanam sebelum ubinya dituai. Bagi keledek yang kerap dipetik pucuk serta daunnya, masa yang diperlukan lebih panjang untuk menghasilkan ubi. Malah, hasil ubi akan berkurangan di samping saiz yang lebih kecil sekiranya pucuk dan daunnya dipetik terlalu kerap.

Khasiat Makanan

Ubi keledek sesuai digoreng , dipanggang, dibakar, direbus, dikukus, kuih muih, dimasak lemak dan macam-macam lagi. Malah, ubi keledek juga sering digunakan sebagai bahan pemekat sos. Sementara pucuk dan daunnya pula boleh dimasak lemak dan sebagainya.

Khasiat Ubatan

Ubinya biasa direbus dan diminum sebagai tonik kesihatan perut, limpa, ginjal, lemah badan selain mengatasi rasa haus ketika demam panas. Sementara itu, bagi ubi keledek yang berwarna unggu pula elok direbus dan diminum airnya bagi merawat masalah diabetes. Kepada individu yang menderita sakit disenteri, sangat sesuai direbus ubi keledek jenis coklat merah.

Bahagian daunnya bolehlah ditumbuk lumat kemudian disapu pada kulit yang melecur serta sendi-sendi yang kaku. Begitu juga bahagian batangnya, ditumbuk kemudian diikat pada tempat yang mengalami sakit reumatisme. Ranting ubi keledek juga sesuai dicampur bahan lain sebelum direbus dan diminum untuk merawat masalah asma. Sementara cecair yang keluar pada ubi pula bolehlah disapu pada bahagian kulit yang terbakar.