Sabtu, 25 Oktober 2014

Phytocol-St kawal kolestrol anda


Menurunkan Kolestrol Secara Semulajadi Dengan Phytocol-St

Kolestrol ialah bahan berlemak yg merupakan sebahagian daripada membrane luar sel dalam badan haiwan, ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolestrol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolestrol pemakanan datang  daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolestrol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan di selaputi oleh protein.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah.
Phytocol-st adalah formulasi proprietary dengan bahan-bahan yg terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL.
HDL Lawan LDL
 
Tidak semua kolestrol jahat. Jenis yg baik, kolestrol HDL, juga dikenali sebagai “high density lipoprotein’’ menawarkan banyak manfaat kesihatan.
Kolestrol LDL (jahat)  juga dikenali sebagai ‘’low density lipoprotein’’ adalah yg perlu kita awasi. Secara am nya kolestrol sejenis lemak memainkan peranan membantu struktur membrane sel dan penghasilan hormon. Walaubagaimanapun LDL yg berlebihan boleh terkumpul didalam salur darah dan meninggikan risiko penyakit jantung.
Ciri-ciri kolestrol tinggi
>Rasa berat di tengkuk
>Cepat mengantuk
>Mudah letih
>Sering sakit kepala
Diet sihat
Diet yg sihat dan seimbang akan membekalkan nutrient harian dan komponen makanan lain yg membolehkan anda memiliki minda serta tubuh yg sihat dan juga bertenaga utk menjalani aktiviti2 harian anda. Makanlah diet yg seimbang berasaskan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu yg rendah lemak serta kurangkan pengambilan lemak, gula dan garam.
Gaya hidup sihat
Aktiviti fizikal akan memperbaiki kesihatan kardiovaskular, kekuatan dan kefleksibilan membakar kalori utk menjadikan anda sentiasa sihat. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari cukuplah hanya dengan berjalan kaki.
Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi…
Saya Puan Siti Rohani Mamat
019 5959640
Wassapp/telegram
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee negeri perak
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Jumaat, 24 Oktober 2014

Hari Ini Punya Cerita


Assalamualaikum….Salam Maal Hijrah buat semua umat islam,
Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yg baik utk meneruskan kehidupan yg harian seperti biasa.
Hari yg cukup ceria, sambil tunggu suami balik dari solat jumaat apa lagi yg boleh isteri buat ya…selain kemas rumah, makan tengah hari sudah siap. Apakata kita buat agar-agar santan itu pencuci mulut kesukaan suami saya tu.
Utk hari ini saya nak kongsikan resepi agar-agar santan kesukaan suami dan anak-anak, resepi yg ringkas je. Utk buat agar-agar ni saya lebih sukakan agar-agar yg bertali tu, kalau yg serbuk tu saya tak pandai dan tak biasa buat.
Resepi agar-agar santan
>1 paket agar-agar
>4 cawan air
>2 senduk gula pasir
>1 cawan santan ( rm 1 santan)
>1 biji telur ayam ( dipecahkan dlm mangkuk dan kacau dgn garfu)
>secubit garam (utk rasa lemak )
>perasa vanilla
>pewarna hijau (@ warna kesukaan anda)
>2 helai daun pandan
Cara-cara:
1.masakkan air sampai mendidih bersama dengan gula, daun pandan dan agar-agar sampai hancur
2.kecikkan api dan masukkan esen vanilla, pewarna hijau, santan dan garam kemudian kacau lagi
3.kacaukan telur kemudian masukkan ke dalam periuk dan kacau lagi sampai dia betul-betul hancur, yg penting jangan bagi santan jadi berbintil-bintil dan dia akan naik membuak-buak sampai melimpah-limpah.
4.tuangkan adunan kedalam Loyang biarkan ia sejuk barulah di masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk baru sedap dimakan.

 

Rabu, 22 Oktober 2014

Istimewanya Vitamin E


Keajaiban Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin yg memiliki sifat larut lemak dan sifat larut antioksidan. Vitamin E sangat penting utk kesihatan kita dan umumnya membantu, mencegah dan mengatasi beberapa kondisi yg boleh terjadi pada kulit.
Saya nak share testimony dari seorang kawan yg tangannya terkena sup panas, selepas amalkan vitamin E tangan dia semakin hari semakin pulih dan kesan merah semakin pudar.

Kebaikkan Vitamin E:
*vitamin penting utk kecantikkan kulit
*bertindak sebagai anti penuaan dan antioksidan
*melindungi dan mencegah kerosakkan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
*mempercepat proses pemulihan luka dan menggantikan kulit baru
*bagus utk mereka yg mempunyai kulit kering
*berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
*berupaya mengurangkan kesan jeragat yg ada pada kulit serta menghilangkan kesan parut yg memalukan
*menjadikan kulit lebih muda
Sifat antioksidan vitamin E membantu menangkal radikal bebas dan menjaga kulit tetap segar bercahaya. Vitamin E juga menawarkan manfaat perlindungan kulit dari kerosakkan akibat sinar matahari.
Manfaat lain adalah utk menjaga jantung, hati dan ginjal agar tetap sihat.
Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
Saya Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Selasa, 21 Oktober 2014

Jangan menghalalkan perkara yang haram


ASSALAMUALAIKUM…selamat pagi wahai sahabat- sahabat seagama dengan ku dikala waktu matahari ingin memancarkan cahayanya utk memberi kita kehidupan yg lebih cerah…SUBHANALLAH  ENGKAU MAHA BERKUASA KE ATAS segalanya. Disaat otak ku berfikir utk buat ayat di entry ku, air mata ku mengalir kerana memikirkan lima tahun akan datang atau sepuluh tahun akan datang bagaimanakah nasib anak-anak ku atau anak-anak sesiapa sahaja ini.
Cekalkah hati mereka utk menempuh hari-hari yg penuh dengan liku dan ranjaunya?
Tanpa didikan agama yg cukup, aku risau takut-takut mereka mudah terpesong dengan ajaran yg tidak betul.
Semalam kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yg bagi saya memang tak masuk dek akal fikiran manusia yg beragama islam. Satu program yg telah berlaku Umat Islam boleh pegang anjing….SUBHANALLAH.
Adakah ini salah satu ajaran yg sesat lagi menyesatkan anak-anak muda di kala ini. Ya Allah selamatkanlah kami semua dari mala petaka, jauhkan kami  dari perkara-perkara yg ENGKAU larang...Aminnn.

Kenapa masih ramai umat islam dizaman ini mudah sangat percaya atau mudah sangat terpesong dengan perkara yg memang Allah swt larang…? Kenapa nak menghalalkan perkara yg sememangnya haram bagi kita umat Islam.
YA ALLAH YA TUHAN KU ENGKAU MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA-GALANYA, LINDUNGILAH ANAK-ANAK KU DARI SEGALA PERKARA YG TIDAK BAIK.
Saya pengedar Shaklee negeri perak
Anda diluar sana yg ingin cuba produk Shaklee @ ingin bertanya mengenai produk Shaklee
Hubungi saya Puan Siti Rohani Mamat
Wasapp/telegram 019 5959640
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Ahad, 19 Oktober 2014

Betul ke penyakit Beguk bahaya?


Beguk boleh sebabkan mandul
Beguk bukanlah satu penyakit yg bahaya namun ia masih memerlukan rawatan dan pencegahan. Ia adalah penyakit yg disebabkan oleh virus dengan menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid.

Walaupun sangat kurang terjadi, namun penyakit ini kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa. Selalunya dalam kalangan kanak-kanak, ia akan hilang namun bagi lelaki dewasa pula, ia boleh menyebabkan kemandulan.
Takrifan tentang penyakit beguk:
Beguk adalah penyakit yg mudah berjangkit dengan virusnya merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yg dijangkiti mengalami batuk atau bersin.

Gejala:
Ia bermula selepas 12 hingga 25 hari berhubungan dengan orang yg dijangkiti. Sesetengah orang yg dijangkiti beguk tiada simptom awal tetapi mengalami tanda seperti berikut:
>demam
>sakit kepala
>mulut kering dan hilang selera makan
>keletihan
>pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid
Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam masa 10-12 hari
Komplikasi:
Walaupun mereka yg dijangkiti akan pulih sepenuhnya, kadang kala berlaku juga komplikasi  seperti berikut:
*pembengkakan pada otak
*pembengkakan pada lapisan otak
*pembengkakan pada pancreas
*lebam pada testis dan selalu berlaku pada lelaki dewasa
*pekak
Rawatan:
Tiada ubat khusus tetapi ia boleh dilegakan dengan keadaan tersebut:
>paracetamol utk mengurangkan demam dan rasa sakit
>minum lebih banyak air dan elakkan minuman jus berasid
>letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis utk melegakan kesakitan
>perlu kuarantin di rumah utk elakkan jangkitan sehingga Sembilan hari atau sehingga bengkak hilang
Pencegahan:
Viksin perlu diberi pada usia 12 bulan dan tujuh  tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu Mumps, Measles dan Rubella.
Saya pengedar Shaklee yg sah
Ada sesiapa yg berminat  atau sedang mencari supplement utk masalah kesihatan anda
Insyaallah produk Shaklee boleh membantu anda
Hubungi saya utk maklumat lanjut…
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram
019 5959640
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir