APA ITU PMS?
Premenstrual syndrome (PMS) ini adalah sindrom yang dihadapi oleh wanita yang belum mencecah menopause. Dalam bahasa secara literalnya boleh diterjemahkan sabagai Sindrom Premenstruasi. Pendek ceritanya, dalam kitaran normal yang dihadapi wanita (kira-kira 21-35 hari), sebelum mencecah genapnya kitaran itu (kira-kira seminggu atau beberapa hari sebelumnya), hampir 80% wanita akan menghadapi PMS.
Antara yang dialami adalah emosi yang tidak stabil, berpeluh, muka dinaiki jerawat, tertekan, keletihan yang ketara, insomnia, lebih banyak berdiam diri dan yang paling ketara ialah meningkatnya selera makan. Semua ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang berlaku mengikut fasa kitaran wanita.
PMS bukan senggugut. PMS ialah tanda-tanda yang dirasai oleh wanita sebelum kitaran tiba. Senggugut pula ialah permasalahan yang dihadapi ketika sedang menghadapi menstruasi terutama pada 3 hari pertama. Antara yang dialami ialah sakit dan rasa tidak selesa di bahagian pinggang dan ke bawah, kurang selera makan, sakit belakang, betis dan tumit kaki, insomnia dan tertekan.
Wanita yang menghadapi senggugut juga biasanya dikaitkan dengan beberapa masalah lain seperti anemia disebabkan kehilangan banyak darah ketika menstruasi itu. Kebiasaannya senggugut bergantung pada kitaran normal yang dilalui oleh seseorang itu dan juga keturunannya.

Pengedar Shaklee Negeri Perak Cod Area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18. Penghantaran Ke Seluruh MALAYSIA. wassapp/telegram 019 5959640 Saya Pengedar Shaklee ingin berkongsi dengan anda apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan supplement Shaklee untuk kebaikkan, kesihatan dan kecantikkan kita bersama.
Sabtu, 21 Jun 2014
Jumaat, 20 Jun 2014
Khasiat Buah Kurma
Di dalam Quran terdapat satu kisah yg berhubung kait dengan
pemakanan buah tamar semasa mengandung
iaitu didalam surah Marryam ayat 23 hingga 26. Ia berkaitan dengan kisah
marryam yg menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa. Allah
menjelaskan, ‘’Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar
pada pangkal pohon kurma.
Dia berkata, ‘’ Aduhai alangkah baiknya jika aku mati
sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yg tidak bererti lagi di lupakan. Maka
‘’Jibril menyeru dari tempat yg rendah dengan berkata, ‘’Janganlah kamu
bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawah mu. Dan
goncanglah pangkal pohon kurma yg masak
kepada mu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah.’’
Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai
nilai kandungan makanan yg tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih
kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan
gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gulanya di dalam
telah di tukar secara semula jadi. Bermakna
apabila kita memakan kurma, tenaga yg diserap tubuh adalah serta merta.
Sebaliknya gula di dalam kebanyakkan buah buahan dikenali sebagai fraktosa dan
gula tebu atau gula pasir yg biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap
terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar
menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Khamis, 19 Jun 2014
DTX COMPLEX
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex: ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari
biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi
bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik: ekstrak daripada
schizandra dan cendawan reishi (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak
daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran
hempedu)
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organ sendiri. Hati boleh di anggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal utk membaiki dan memulihkan hati.
Fungsi Hati
1.Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu utk di
keluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu utk pencernaan
lemak; Ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil. Hempedu juga membantu
dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan
kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
2.Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisma protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus
menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism
protin. Utk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan
toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan
kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.
3.Mengawal paras gula dalam darah
Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, kedalam bentuk
yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan
hipotiroidisme. Gula yang berlebihan akan disinpan dalam badan sebagai glikogen
dan kemudian di tukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati
juga memecahkan hormone seperti estrogen adrenalin dan insulin.
4.Penting dalam metabolism lemak
Penting didalam sintesis asid lemak dari asid amino dan
gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid, dan
ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Ekstrak Biji Benih Pokok Susu
* Melindungi hati daripada toksin,
termasuklah dadah, racun, dan bahan kimia.
* Merawat masalah hati seperti
hepatitis dan sirosis.
* Mengurangkan kadar kerosakkan
hati akibat berlebihan alcohol.
* Membantu mencegah batu karang
* Membantu masalah kulit seperti
psoriasis dan eczema
Dandelion
* Membantu fungsi hati, sangat
berguna ketika berlaku kebengkakkan hati
* Membantu penghadaman dengan
merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu
* Membantu merawat endometriosis,
bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
* Meningkatkan keupayaan tubuh
menyerap zat besi melawan anemia
* Melawan tumor dan kanser
* Merendahkan paras gula dalam darah,
baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
Reishi Mushrooms
* Membantu imun – membantu dalam
mencegah atau merawat kanser
* Mengurangkan masalah bronchitis,
sinusitis
* Merawat sindrom keletihan yang
kronik
* Membantu mencegah penyakit
jantung
Articok (Artichoke)
* Membina semula sel-sel hati
* Merangsang pengaliran hempedu
Kunyit (Turmeric)
* Mengandungi curcumin; bahan
antioksida
* Meningkatkan kesan anti-
keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
* Mempunyai kesan anti- viral
terhadap HIV
Schizandra
* Ekstrak biji benih dari
schizandra mempunyai bahan anti oksida
* Ia juga berkait dalam merangsang
sintesis protin
* Meningkatkan jumlah enzim dalam
hati untuk tujuan detoksifikasi
* Memperlahankan pembentukkan
toksin
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengemposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
Rabu, 18 Jun 2014
Elak Loya/Morning Sickness
Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan
adalah normal. Ada yg dipanggil morning – sickness…apa yg pasti, rasa itu
adalah rasa yg sangat tak selesa.
Sebenarnya hamper tiada satu pun yg boleh menghilangkan rasa
mabuk/loya diawal kehamilan, Cuma kita boleh meredakan perasaan yg kurang
selesa. Ini adalah kerana di awal kehamilan, badan menghasilkan hormone yg
menyebabkan kita merasa loya. Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang
mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yg akan
menghapuskan dosa-dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda yg
bermaksud: “Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan
menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yg menggugurkan
daun-daunnya.’’ (Hadis riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW,’’ Sesungguhnya
orang mukmin akan menerima tekanan hidup, kerana tidak ada satu bencana sama
ada kerana terkena duri atau yg lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan
Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan
dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.’’ (Hadis riwayat
al-Hakim)
Morning sickness tidak akan mengancam bayi anda selagi
anda mampu utk menyimpan dalam perut
sebahagian daripada apa yg dimakan, makan makanan yg seimbang, jika anda boleh,
tetapi jika anda merasa amat loya, makan apa saja yg anda mampu makan. Bayi
anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutrient pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam
kehamilan apabila anda merasa lebih sihat.
Peppermint Ginger Plus & Vitamin B Complex dari Shaklee
sangat efektif utk menghilangkan rasa loya ketika hamil. Jadi pada ibu hamil yg
ada masalah ini bolehlah cuba produk dari Shaklee ni.
Fungsi:
Peppermint Ginger Plus
>membantu dalam merawat/mencegah loya, gastrik, mabuk
lauk, sendawa atau penghadaman
B Complex
>mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3,
B6, B12, ASID FOLIK, BIOTIN dan PANTOTHENIC ASID. Asid folik sangat bagus utk
mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf
tunjang.
APA ITU CYST
CYST adalah sejenis tumbuhan, ia bukan kanser kerana CYST
tidak merebak secara merbahaya. Ketumbuhan ini membesar secara perlahan-lahan
tanpa merebak ke tempat lain seperti paru-paru dan hati.
Ovarian CYST sebenarnya adalah kantung yg mengandungi cecair
berada dalam kilang telur ovary. Cecair ini boleh jadi cair seperti air, pekat
likat da nada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga
mempunyai saiz yg berbeza-beza.
Ovarian CYST yg normal akan membesar dan pecah utk
mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. CYST yg pecah ini dinamakan follicle.
Jika CYST ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakanfunctional
ovarian CYST. Jika saiznya terlalu besar, ia akan menjadi bahaya.
Walau tidak semua ovarian CYST mesti dibuang, namun semua
kes ovarian kanser mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovary. Bagi ovarian
CYST yg bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah pada pesakit, doctor akan
menimbang antara risiko dan kebaikkan pembedahan itu.
BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU
MENGECUTKAN CYST?
Secara amnya, CYST ini disebabkan
oleh ketidak stabilan hormone. Gla Complex membantu mengawal masalah ketidak seimbangan hormone.
GLA merupakan asid lemak omega-6 yg
digunakan oleh badan kita utk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa
hormone yg membantu badan mengawal atur proses badan yg normal.
Minyak benih bunga matahari adalah
satu lagi sumber asid lemak omega-6. Ia mengandungi vitamin E yg membantu
melindungi dinding arteri dan menyokong system imun dengan memelihara integrity
sel. Supplement omega-6 dan vitamin E mempunyai anti keradangan yg tinggi yg
membantu penyembuhan.
Dapatkan GLA COMPLEX anda hari
ini!!! Teman terbaik khas utk wanita
testimony selepas menggunakan GLA Complex
Selasa, 17 Jun 2014
Perbezaan Vitamin E Shaklee
Dibuat dari minyak soya organic dan minyak biji gandum, yg
kaya dengan vitamin E. Ianya adalah
vitamin e yg paling lengkap di pasaran.
Mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita
menyerap vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu
otot. Ianya juga adalah penyahtoksin semulajadi logam berat seperti raksa,
cadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
pengguna setia Vitamin E
Manfaat Utama
>melindungi jantung – pengambilan
harian 800IU vitamin E utk jantung yg sihat,
melindungi sel darah merah utk mengelakkan pengasidan lipid,
meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet
darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung
dll.
>mempertingkatkan kemampuan
reproduktif – kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan
kemampuan reproduktif. Para lelaki yg mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari
mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
>anti penuaan – 1 kapsul vitamin
E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus,
parut,akne, dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan tun
muka, dada dan otot paha.
>anti – oksidan yg kuat –
pengambilan lebih dari 1,200IU sehari utk anti oksidan yg kuat dan berkesan utk
melawan kanser, mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan
pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal
bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah
penglihatan.
>kelestarian tenaga – meningkatkan kelestarian seksual dan
tenaga dengan membekalkan oksigen yg
lebih.
>memperbaiki arthritis –
meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu
kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
>menghalang keguguran – merawat
musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous
seperti hotflush. Digunakan pada ujian klinikal utk menghalang kematian janin,
keguguran.
>memperbaiki parut – memperbaiki
bengkan dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka utk mengurangkan kesan
parut.
Isnin, 16 Jun 2014
SELAMAT HARI BAPA
KASIH SEORANG AYAH…KERINDUAN SEORANG ANAK
Puisi Utk Ayah
Ayah…disaat aku dilahirkan kaulah
insan pertama yg paling gembira…kau peluk ku dengan kasih sayang…azan dan
ikhomat dibisikkan ditelinga ku…oh ayah betapa merdunya suara mu...
Ayah…dari kecil kau menjaga
ku…melindungi ku….membesarkan aku dengan sabra…kau bekerja siang dan malam
mengalir keringat mencari rezeki demi memberi ku sesuap nasi…di depanku kau
sentiasa mengukir senyuman…tapi ku tahu dalam hati tersimpan beribu
kesengsaraan.
Ayah…
Setiap hari ketika fajar hendak
melabuhkan tirainya….aku menunggu kepulangan mu….mungkin ada sedikit buah
tangan yg akan di bawa pulang oleh mu…tetapi harapan ku tak pernah hampa…kau
tetap membawa buah tangan walaupun ianya sedikit kuih yg di beri orang…tetapi
aku tetap gembira.
Ayah….
Disaat aku terlantar sakit di landa
musibah…kaulah orang yg sentiasa disisi ku…aku dapat rasakan jari jemari mu
membelai lembut rambur ku membuatkan aku lebih bersemangat utk sembuh…tetapi
ayah…maafkan aku…aku telah banyak melakukan khilaf…
Ketika kau sedang terbaring menahan
kesakitan aku tiada disisi mu…tiada jari jemari ku yg membelai rambut mu…ada
sesekali kau menyebut memanggil nama ku tapi tidak aku endahkan dan aku hanya
bertanya kan khabar melalui corong talian…sekian lama kau terbaring menahan
kesakitan kerana menahan segala ujian dari ALLAH…Tetapi kau tetap sabar….
Ayah…
Kini kau telah tiada lagi…telah
pergi mengadap ilahi…bulan 6/2006 sejak dari tanggal itutidak dapat aku
mendengar lagi suara…senyuman mu…sentuhan jari jemari mu serta panggilan buat
mu…
Ayah…maafkan aku anak berdosa ini….
Ya Tuhan ku…ampunilah segala dosa
ayah ku…tempatkanlah dia disamping orang-orang yg beriman…masukkanlah ayah ku
ke dalam syurga mu…kasihanilah dia yg telah menjagaku sehingga aku dewasa…Ya
Tuhan ku…amin…
Langgan:
Catatan (Atom)