Isnin, 19 Januari 2015

Waspada Kehamilan Tanpa Janin




Saya nak kongsikan sedikit dengan anda apa yang saya baca dalam majalah tentang kehamilan tanpa janin. Siapa yang pernah mengalami masalah ini tentu dia saja yang tahu, apa perasaan hamil tapi kosong tak ada janin….sudah tentu sedih kan…semuanya Takdir Dari Yang Maha Esa.

Pemeriksaan teratur mengenai perkembangan janin dari awal kehamilan hingga menjelang persalinan sangat penting untuk menghindari risiko denyut jantung janin hilang atau janin tidak mengalami perkembangan.

Kehamilan kosong terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin. Embrio hanya membentuk kantung kehamilan iaitu uri dan cairan ketuban tetapi tidak membentuk janin. Digambarkan dengan gambaran hitam berisi cairan yang tidak ada bayangan sama sekali kehadiran janin.

Pengakhiran Hanya keguguran

* Doctor akan memberi masa untuk bayi mengikut takdir yang telah ditetapkan.

* Jika ia Blighted Ovum, kehamilan akan berakhir dengan keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat perkara ini berlaku melainkan dengan kuasa Ilahi.

* Keguguran akan berlaku dengan sendirinya pada trimester pertama kehamilan dan tidak lebih dari 20 minggu.

Penyebab

* Berkait dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen.

* Kualiti sperma atau sel telur yang buruk yang disebabkan oleh pembahagian sel yang abnormal sehingga tubuh menghentikan kehamilan kerana menyedari keabnormalan ini.

* Infeksi oleh mikro organisma seperti cito megalo virul (CMV), rubella atau Toksoplasma dan sebagainya menyerang imulasi dalam tubuh…(semuanya bahasa perubatan, hanya doctor dan nurse saja yang tahu…huhu)

* Anticardiolipin (ACA) atau pembekuan atau penyumbatan pembuluh darah yang akan menyebabkan pertumbuhan janin terhenti dan tidak berkembang. Masalah ini membuatkan janin tidak mendapat zat makanan, minuman dan oksigen.

Tanda-tanda

* Walaupun mengalami Blighted Ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya anda tidak datang bulan dan hasil ujian kehamilan yang positif.

* Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak dari biasa.

* Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya gerakkan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester pertama tidak menutup kemungkinan terjadi trimester kedua dan ketiga.

* Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama.

* Namun tidak semua perdarahan pada trimester pertama berakhir dengan keguguran. Ada juga kes di mana, doctor akan menasihatkan untuk datang selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat di kesan baru berkembang.

Banyakkan berdoa dan pengambilan supplement serta makanan berkhasiat adalah perkara yang terbaik.

Haaa…itu dia yang saya baca dalam majalah tentang kehamilan tanpa janin…bahaya kan…



Bercakap pasal supplement pula…bakal-bakal ibu yang sekarang ini sedang hamil, anda boleh ambil supplement dari Shaklee iaitu set kehamilan untuk bantu anda lebih bertenaga dan sentiasa sihat, cergas sepanjang kehamilan.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Kenali 6 Makanan Punca Sakit Sendi Dan Set Kesihatan Sendi Sedia Membantu





Adakah anda pernah berhadapan masalah ngilu dibahagian sendi? Dalam istilah perubatan, ia disebut penyakit artritis. Mungkin ia nampak ringan, tetapi yang merasainya pasti mengetahui  bahawa deritanya menanggung penyakit ini.




Disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan juga perlu diambil kira, antara penyediaan makanan yang tidak sepatutnya diambil ialah:

Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana ia memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak dibahagian sendi.

Garam


Pertambahan kandungan garam didalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi. Oleh itu, segeralah hindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.

Daging


Ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai zat besi yang tinggi. Walaubagaimana pun pengidap artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan sehari-hari. Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat didalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun sekaligus memburukkan masalah radang  yang dirasai.

Gluten

Gluten adalah sejenis protein yang terdapat didalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi maka seeloknya perlu menghindari jenis makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung didalamnya.

Produk Berasaskan Susu

Kandungan protein didalam susu berupaya merosakkan system antibody yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh daripada masalah peradangan. Individu yang bertarung dengan penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.

Jika anda atau ibu ayah anda, keluarga anda atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah sakit sendi ini kami dari Shaklee ada set untuk merawat sakit sendi untuk membantu anda dari terus menderita sakit sendi.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan dating. Sama ada kita pengidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting untuk mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.

Set Kesihatan  Sakit Sendi Terdiri daripada:


ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

* Mengekalkan tulang rawang yang sihat
* Memberi manfaat kepada sendi dengan 3 cara terbaik iaitu:

      1. Menyokong keselesaan sendi
      2. Memelihara tisu penyambung yang sihat
      3. Meningkatkan kesan kusyen dengan baik

OMEGA GUARD

* Mengurangkan inflamasi, omega guard adalah omega 3 yang melambatkan dekradasi  tulang rawang
* Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
* Jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
* Omega juga bertindak sebagai pelincir, ia membantu kita bergerak dengan lebih bebas

OSTEMATRIK

* Mengekalkan sel tulang yang sihat
* Ostematrik kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligament
* Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukkan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Ahad, 18 Januari 2015

Tumit Halus Bak Seorang Puteri Diraja





Ramai wanita yang mengeluh tumit kaki kasar, merekah dan sakit. Terdapat banyak factor yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya kurang penjagaan diri, kulit terlalu kering, pertambahan berat badan, produk tidak bersesuaian dan pemilihan kasut yang salah. Kesemua factor ini akan menyebabkan kesan buruk kepada kaki anda terutamanya bahagian tumit.

Jom saya kongsikan dengan anda petua cara tradisional untuk merawat tumit merekah yang saya baca dalam majalah dan juga mengamalkan penggunaan HERBAL BLEND SHAKLEE untuk merawat tumit anda.

Getah Betik


Betik bukan saja enak dimakan malah buah ini juga mempunyai pelbagai khasiat untuk merawat kecantikkan wanita. Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil. Spukan getah betik pada tumit. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan secara konsisten, kulit tumit akan menjadi halus, lembut dan rekahan juga beransur hilang.

Asam Keping

Petua ini sangat mudah dan mujarab. Masukkan beberapa keeping asam didalam baldi atau besen berisi air suam, kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Air rendaman asam keeping dikatakan berkesan merawat tumit yang pecah. Selain itu , ia juga dapat menghilangkan bau kaki dan melembutkan kulit.

Avocado


Avocado mengandungi vitamin E yang tinggi. Ia sangat bermanfaat merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga halus dan gunakannya untuk menyental kaki anda terutama bahagian tumit. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Bilas hingga bersih.

Minyak Zaitun


Gosok tumit kaki ketika mandi menggunakan batu sungai. Keringkan dengan tuala. Selepas itu sapukan minyak zaitun pada tumit yang pecah dan kering. Pakai sarung kaki atau stoking. Sebaiknya dilakukan sebelum masuk tidur. Amalkan setiap hari dan hasilnya tumit anda akan kelihatan cantik.

Kelapa Parut


Campurkan garam bersama kelapa parut untuk dijadikan ramuan sebagai skrub. Gosok bahagian kaki dengan memberi tumpuan kepada tumit. Gosok secara perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit. Kemudian bilas hingga bersih, kelapa parut akan membantu melembap dan melicinkan kulit, manakala garam pula membbuang sel kulit mati.

Tapi orang zaman sekarang ni, mereka susah sangat nak ikut petua orang dulu-dulu…semuanya nak senang…betulkan

Bagi yang tak suka ikut cara lama, anda boleh cuba HERBAL BLEND dari Shaklee ni.


Herbal Blend dari Shaklee ni sebenarnya BERHANTU…nak tahu kena ia berhantu…huhu…sebab setiap kali sampai je stok mesti habis…sampai stok habis…sampai stok habis…tak tahu nak cakap apa dah…tersangat lah lakunya.



Fungsi Herbal Blend…RM27.50

* Boleh disapu pada ruam-ruam yang ada dibadan terutama anak-anak kecil dan baby
* Merawat dan menghaluskan tumit yang merekah @ pecah
* Menghilangkan gatal-gatal akibat gigitan serangga @ nyamuk
* Boleh juga disapu pada tubuh yang calar-calar atau luka kecil
* Menghilangkan perut akibat demam campak @ chicken pox
* Boleh juga digunakan sebagai losyen

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir