Jumaat, 14 November 2014

Kau Terlalu Istimewa



Assalamualaikum…hai kawan-kawan semua, dua tiga hari ni asyik buat entry pasal omega je kan…kenapalah omega ni terlalu istimewa dihati kita semua ya. Tambah-tambah lagi bagi mereka yang pernah mengamalkan omega dan kesan yang positif terhadap mereka.

Kalau sebut omega guard mungkin tidak ramai yang kenal, tapi kalau sebut DHA mungkin lebih popular,  kerana dalam omega guard ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Kita Berkenalan Dulu Dengan Omega 3

>omega 3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Kebaikkan Omega Guard Shaklee

>Melindungi Jantung Anda
*omega guard membekalkan asid lemak omega 3 yang berpotensi ultratulen dengan spectrum penuh bergred farmaseutikal

>Minyak Ikan Terbaik Didunia
*mengandungi satu rangkaian penuh 3 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA
*EPA menyifatkan jantung dan sendi anda
*DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak

Siapa Yang Perlukan Omega Guard

>IBU HAMIL
*membantu perkembangan otak bayi semasa dlm kandungan
*mengurangkan risiko bayi lahir pramatang
*mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
*mengawal kenaikkan berat badan ibu semasa hamil

>IBU MENYUSU
*membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak
*membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penghasilan susu dan kualiti susu

>KANAK-KANAK
*pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
*sesuai untuk anak-anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selsema dan asma
*memperkuat sistem imunisasi badan

>MEREKA YG MENGALAMI MASALAH BERAT BADAN
*omega 3 meningkatkan hormone leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang sepanjang hari.

>SERING DILANDA MASALAH KESIHATAN
*batuk berkahak, selsema berterusan
*sakit2 sendi, kolestrol tinggi
*sakit strok

Testimoni Pengguna Omega Guard
 




 
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Telegram/wassapp 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Khamis, 13 November 2014

Jana Minda Dengan Minyak Ikan



Hai Assalamualaikum….Hari ini saya nak bercakap pasal minda dan minyak ikan

Ikan sejak dahulu lagi dikatakan antara makanan terbaik untuk otak. Banyak kajian yang telah dilakukan dan hari ini berjaya membuktikan bahawa ikan kaya dengan khasiat dan kebaikkan untuk meningkatkan kuasa otak. Bukan saja ketika kanak-kanak tetapi berterusan sehingga dewasa.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh kesihatan Amerika Academy of Neurology mendapati mereka yang mengambil asid lemak omega 3 yang tinggi daripada ikan juga memiliki volum otak yang lebih besar ketika sudah tua sama seperti otak kanak-kanak sihat yang berusia 1 hingga 2 tahun.

Peningkatan usia menjadi punca kepada perubahan kepada saiz otak, vascular (pembunuh darah) dan kognisi. Ia juga membawa kepada pengecutan otak yang menyumbang kepada serangan strok, demensia, melemahkan ingatan dan penyakit Alzheimer.

Siapa Yang Perlukan Omega Guard

Penyelidikan juga mendapati wanita yang memiliki tahap EPA dan DHA yang tinggi dalam sel darah juga berkemungkinan mempunyai otak dan hippocampus yang lebih besar, yang memainkan peranan penting untuk ingatan.

Bagi pengidap Alzheimer pula, hippocampus mula lemah sebelum muncul simptom lagi. Hasil kajian mendapati bahawa asid lemak omega 3 yang tinggi juga akan membantu melewatkan penuaan dan dementia.

Selain itu, diet yang kurang pengambilan asid lemak omega 3 akan membantu mempercepatkan penuaan dan kehilangan memori dan kemampuan berfikir. Berikutan itu, untuk memastikan otak sihat sepanjang tahun, kita perlu mengekalkan kadar EPA dan DHA yang cukup dalam tubuh.

Tiada Lagi Sendawa Ikan

Walaupun menyedari akan kebaikkan dan khasiat minyak ikan, masih ramai yang tidak suka mengambilnya setiap hari kerana rasa hanyir ikan selepas memakannya atau tidak selesa dengan sendawa yang menghasilkan rasa ikan daripada kebanyakkan zat tambahan yang ada dipasaran.

Sesetengah orang tidak suka rasa hanyir dan baunya, sementara sebahagiannya rasa malu apabila mengeluarkan sendawa yang berbau ikan ketika berkumpul bersama teman-teman. Menyedari  dan memahami masalah itu, terdapat jenama zat tambahan yang menghasilkan minyak ikan tanpa bau dan rasa hanyir juga tidak menghasilkan sendawa yang kurang menyenangkan.

Pengambilan Omega Guard dari Shaklee setiap hari adalah cara yang terbaik untuk memastikan anda mendapat omega 3 yang cukup dalam sistem tubuh  tanpa perlu bimbang akan rasa hanyir ikan dalam mulut atau nafas atau sendawa selepas mengambilnya.

Berminat utk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
019 5959640 (wassapp/telegram)
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb Page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


Rabu, 12 November 2014

Set Kurus Shaklee Sihat,Selamat Dan Semulajadi


Assalamualaikum…hai semua apa khabar? Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini.

Hari ini saya nak cakap pasal set kurus Shaklee…set kurus ni sebenarnya pilihan hati suami saya. Suami saya juga dalam proses ingin turunkan berat badan. 


Ramai yang ingin turunkan berat badan tapi bila memikirkan masalah bajet semuanya berfikir dua tiga kali itu pun belum tentu lagi belikan. Disini saya sertakan set kurus Shaklee yang mengikut bajet anda,tapi anda perlu ingat pengambilannya perlu konsisten, jaga pemakanan, tapi yang paling penting kena ada senaman untuk melihat perubahan yang lebih ketara, jangan mengharapkan supplement semata-mata.

Makanlah produk apa pun yang paling canggih ke yang paling mahal ke, ataupun yang paling terhangat dipasaran sekalipun untuk menghilangkan berat badan, tapi kalau tidak jaga pemakanan dalam diet seharian dan tidak ada pula senaman tidak akan ke mana kurusnya tu.

Set kurus dari Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya membantu mereka menurunkan berat badan untuk kekal sihat. Shaklee bukan seperti produk pelangsingan  yang berada dipasaran sekarang ini yang menjanjikan penurunan yang terlalu cepat. Ia adalah produk semulajadi yang kaya dengan nutrisi dan yang paling penting  ianya adalah halal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini set kurus pilihan hati suami saya


  Testimoni  Alfalfa dan Lecithin
Testimoni Omega Guard

   
 Testimoni Omega, Alfalfa dan Cinch Mix

                                                     Testimoni Herb Lax dan Lecithin



  ESP (Soy Protein Isolate Powder) 850g RM150


#membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur, memberi ketahanan badan dan pelengkap nutrien dalam badan kita, bila semuanya cukup, seharusnya boleh melawan penyakit yang datang. ESP juga boleh mencantikkan kulit, memudarkan parut jerawat juga memberikan kita tenaga sepanjang hari tanpa merasa lapar.

 Cinch Shake Mix RM173

.

#merupakan minuman berasaskan sumber bukan GMO yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting dan membuatkan anda rasa kenyang dan puas sambil mengurangkan berat badan. Ia mengekalkan paras gula normal dalam darah dan memberi 35% atau lebih nilai bagi 21 jenis vitamin serta mineral penting. Terdapat dalam tiga perasa pengikut kehendak anda.
  Herb Lax 120 tablet RM52.50


#menggalak tindakan pembersihan dengan merangsang usus utk membuang najis (detoksifikasi) yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Dapat mengempiskan perut dan membantu masalah sembelit.
 Lecithin 180 tablet RM52.50


#membantu tubuh menyerap vitamin, melindungi hati, memecahkan lemak dan kolestrol, mencantikkan kulit dan otot, memperbaiki alergi, menghalang kejadian batu karang, menghalang tekanan darah tinggi, memperbaiki prostat lelaki dan meringankan sembelit.
  Alfalfa 330 tablet RM53.75, 700 tablet RM97.50


#mengandungi saponin yg bertindak seperti span utk menyerap lemak dan kolestrol terurai oleh lecithin dan di angkut keluar dari badan. Menyahtoksi n badan dan merupakan sumber fiber yg menyihatkan. Membantu juga dalam mengurangkan keputihan, bau badan dan menstabilkan paras gula dalam darah. Kaya dengan kalsium, vitamin dan mineral yg di perlukan oleh tubuh.

  Omega Guard 90 tablet RM136


#omega mengandungi leptin dimana dapat mengawal selera makan. Kunci kejayaan mereka yang dapat mengurangkan berat badan adalah dapat mengawal nafsu makan. Ternyata omega mempunyai kuasa pembakar lemak yang lebih pantas. Pengambilan omega juga membuatkan kita lebih kenyang untuk tempuh yang lebih lama.

Pengambilan air kosong 3 liter sehari adalah wajib untuk menurunkan berat badan, kebiasaannya orang yang selalu lapar ni mereka akan pergi cari makanan tapi sebenarnya badan mereka kekurangan air.

Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
 Puan Siti Rohani Mamat
019 5959640 wassapp/telegram
Fb: Rohani Husna Nazir
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya

Selasa, 11 November 2014

Pengorbanan Seorang Ibu



Assalamualaikum hai kawan-kawan semua, hari ini rasa sayu sangat  bila baca news paper tajuk utama yang betul-betul menyayat hati ku kerana aku juga seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan anaknya dari dilanggar oleh motosikal.

Ibu adalah wanita yang paling berjasa dalam kehidupan seorang anak. Amat besar kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tak mungkin kita dapat bayangkan kasih sayang dan pengorbanan ibu kepada kita. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.

Seorang ibu tak mungkin boleh melihat anaknya menderita, mungkin jika diberi pilihan kepadanya antara hidup dan kematian yang memang ditentukan, ia akan memilih mati agar kita sebagai anak terus hidup.
Kasih sayang ibu tidak mungkin kita dapat bayar dengan wang ringgit, ia adalah hutang yang tak mungkin kita boleh bayar sampai kita mati sekali pun.

Benarkah Syurga Itu Dibawah Telapak Kaki Ibu

Sering kali kita mendengar ungkapan inikan “syurga itu dibawah tapak kaki ibu’’. Kaki adalah organ tubuh yang paling rendah bagi manusia, ertinya kita sentiasa merendahkan diri kita tatkala kita berdepan dengan ibu dan ayah kita. Melembutkan suara saat berbicara, dan jangan sesekali meninggikan suara dengan keduanya. Bahkan dalam Al Quran pun sudah dijelaskan, bahawa seorang anak tidak boleh memberontak kepada keduanya, bahkan ia tidak boleh mengucapkan perkataan ‘’ah’’ sekalipun tatkala disuruh membuat sesuatu.

Kalau baca kisah ibu rasa sedih sangat kerana diriku sudah ketiadaan ibu hampir 17 tahun lamanya, kerana terlalu sedia dengan arwah ibu, ayah sampai sekarang masih menduda. Untung dan bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki ibu, sayangilah ibu anda sebagai mana mereka menyayangi anda.

Saya rakan Shaklee anda
Berminat untuk tempahan @ pertanyaan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Isnin, 10 November 2014

Rahsia Gout Terbongkar

Sering dihidapi oleh golongan lelaki dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun, gout adalah penyakit
popular yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Pemakanan dikenal pasti antara punca membawa kepada penyakit ini. Justeru, lelaki perlu kawal pemakanan dan masalah kesihatan lain.



Takrifan
>gout adalah sejenis penyakit disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
>badan membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
>pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan. Kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Gejala
>lazimnya akan menyerang ibu jari kaki, menjadi merah , panas, bengkak, dan tersangatlah sakitnya.
>serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba dan kerap kali.
>sendi yang diserang menjadi bisa sehingga geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
>kesakitan mungkin berlarutan sehingga berhari-hari atau sekurang-kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika tidak dirawat.
>kesakitan mungkin akan menyerang kembali selepas berminggu dan bulan.
>gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Faktor risiko
>berat badan – kegemukkan boleh mengganggu keupayaan badan  untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
>pemakanan – pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi seperti makanan laut dan kekacang

Komplikasi
>asid urik boleh berkumpul dibawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘’tophi’’
>dalam saluran ‘’urinari’’ (air kencing) ia boelh berkumpul membentuk ‘’batu karang’’
>pengidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
1. kegemukkan
2. darah tinggi
3. diabetes

Rawatan serangan gout
>rehatkan sendi semasa serangan gout
>ubat-ubatan anti radang berkesan mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika diguna dalam masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
>ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia berkesan , ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit birit.




Selain dari mendapat rawatan dari doktor yang bertauliah, pesakit gout juga boleh cuba set gout dari Shaklee:

Alfalfa

*menyah toksin dari badan secara semula jadi, ia turut menyinkirkan asid urid dari badan
*kaya dengan nutrisi dan mineral
*melegakan rasa kebas dan sakit sendi serta mengurangkan alergi

Omega guard

                                        

*memberi keselesaan pada sendi
 *meredakan keradangan/kesakitan

performance Drink

*memastikan tubuh pesakit mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak berlaku hidrasi.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Ahad, 9 November 2014

Keegoan Seorang Lelaki



Hari ini saya nak bercakap pasal kemandulan lelaki, bila seseorang itu berkahwin dan ingin menimang cahaya mata, tapi setelah sekian lama menunggu si isteri belum juga hamil. Mula lah si suami nak menyalahkan isteri kerana tidak boleh memberikan mereka zuriat.

Memang Allah SWT mencipta orang wanita utk melahirkan zuriat, tapi bukan orang lelaki. Orang perempuan bila mana tidak melahirkan zuriat, tidak semestinya orang perempuan yg bermasalah, mungkin juga berpunca dari orang lelaki. Kerana ego lah orang lelaki tak akan mengaku yang mereka ada masalah.
Kesuburan seseorang lelaki biasanya diukur dari segi keupayaan benih-benihnya mempersenyawakan ovum (telur) perempuan. Keupayaan itu bergantung atas beberapa factor seperti  hitungan benih yang cukup, kebolehan benih bergerak-gerak dan bentuk benih normal.

Seseorang lelaki itu boleh subur jika telah membuktikan bahawa ia boleh menghamilkan pasangannya. Ia mandul langsung jika didapati air maninya tidak mengandungi benih-benih atau daya pergerakkan benih-benih dan bentuk normal  benih-benih itu kurang dari biasa. Air mani lelaki yang tidak mengandungi benih langsung digelar azoospermia, manakala air mani yg rendah hitungan benih digelar oligoospermia.

Punca Kemandulan Lelaki

>Merokok
Merokok merupakan salah satu tabiat buruk yang berkaitan dengan kemandulan lelaki. Nikotin dan tembakau boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlahnya.

>Obesiti
Berat badan juga salah satu unsur yang mempengaruhi kesuburan. Obesiti menyebabkan perubahan hormon menjadi abnormal, hingga mencetuskan timbulnya kemandulan.

>Stress
Stress boleh disebabkan oleh gaya hidup atau tekanan kerja. Ia merupakan salah satu pencetus utama ketidaksuburan lelaki. Dalam beberapa kes stress juga mengakibatkan disfungsi erektil dan kurangnya pengeluaran sperma.

>Alkohol
Alkohol mengurangkan pengeluaran testosterone, yang akhirnya mengurangkan jumlah sperma. Lama-kelaman, hal ini boleh mencetuskan kemandulan.

>Hubungan terlarang
Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman sifilis, HIV dan sebagainya.

>Mati pucuk dan dingin terhadap hubungan seks
Mengalami mati pucuk, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, zakar mengecil, atau hilang gairah terhadap nafsu seks (maaf… kalau bahasa kurang enak dibaca).

Set Kesihatan Lelaki mengandungi 3 produk dan mempunyai kelebihan tersendiri

Omega Guard

>mempunyai rangkaian penug 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA dan DHA
>membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
>memelihara kesihatan otak, system saraf dan fungsi mata
>mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah

Zinc Complex

>membantu meningkatkan kualiti sperma
>membantu dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein
>mengawal masalah keguguran rambut
>menjaga kesihatan prostat untuk kaum lelaki

Vitamin E

>dapat menghasilkan sperma yang berkualiti
>mengandungi vitamin E asli dari minyak ikan
>antioksidan dan menghalang kerosakkan sel oleh radikal bebas

Hadiahkan kepada suami tersayang @ untuk ayah anda…kerana kesihatan lebih penting dari segala-galanya. Apa guna wang yang banyak kalau kesihatan pun tak boleh dijaga.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir