Selasa, 11 November 2014

Pengorbanan Seorang Ibu



Assalamualaikum hai kawan-kawan semua, hari ini rasa sayu sangat  bila baca news paper tajuk utama yang betul-betul menyayat hati ku kerana aku juga seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan anaknya dari dilanggar oleh motosikal.

Ibu adalah wanita yang paling berjasa dalam kehidupan seorang anak. Amat besar kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tak mungkin kita dapat bayangkan kasih sayang dan pengorbanan ibu kepada kita. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.

Seorang ibu tak mungkin boleh melihat anaknya menderita, mungkin jika diberi pilihan kepadanya antara hidup dan kematian yang memang ditentukan, ia akan memilih mati agar kita sebagai anak terus hidup.
Kasih sayang ibu tidak mungkin kita dapat bayar dengan wang ringgit, ia adalah hutang yang tak mungkin kita boleh bayar sampai kita mati sekali pun.

Benarkah Syurga Itu Dibawah Telapak Kaki Ibu

Sering kali kita mendengar ungkapan inikan “syurga itu dibawah tapak kaki ibu’’. Kaki adalah organ tubuh yang paling rendah bagi manusia, ertinya kita sentiasa merendahkan diri kita tatkala kita berdepan dengan ibu dan ayah kita. Melembutkan suara saat berbicara, dan jangan sesekali meninggikan suara dengan keduanya. Bahkan dalam Al Quran pun sudah dijelaskan, bahawa seorang anak tidak boleh memberontak kepada keduanya, bahkan ia tidak boleh mengucapkan perkataan ‘’ah’’ sekalipun tatkala disuruh membuat sesuatu.

Kalau baca kisah ibu rasa sedih sangat kerana diriku sudah ketiadaan ibu hampir 17 tahun lamanya, kerana terlalu sedia dengan arwah ibu, ayah sampai sekarang masih menduda. Untung dan bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki ibu, sayangilah ibu anda sebagai mana mereka menyayangi anda.

Saya rakan Shaklee anda
Berminat untuk tempahan @ pertanyaan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

27 ulasan:

  1. Sedih.. pengorbanan ibu takkan dapat dibalas walau diberi segunung intan sekalipun.. ♡ u ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pengorbanan ibu memang kita tak boleh balas...hanya kasih sayang yang kita boleh bagi.

      Padam
  2. Syurga dibawah telapak kaki ibu..andai sudah berkahwin pun anak lelaki ttp utamakan ibu..jadi si isteri harus memahami..moga kita semua menjadi anak yang berguna kepada kedua orang ibu bapa

    Tip Awet Muda

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu rose...tanggung jawab anak lelaki pada ibunya sampai bila-bila walaupun ianya sudah berumahtangga.

      Padam
  3. sedih klau dengar citer2 mcm ni...Pengorbanan ibu tiada galang gantinya..hargai laa ibu bapa selagi mereka ada di dunia ini...alfatihah utk arwah..smoga rohnya ditempatkn di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh...aamiin...

    jom baca: Rawat Keputihan Semasa Hamil

    BalasPadam
    Balasan
    1. bertuahnya bagi mereka yang masih ada ibu kan nor azimah..

      Padam
  4. Teringat pulak dgn mak di kg. Byk pengorbanan diorg untuk membesarkan kita

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. memang sedihkan ieda...tengok anak-anak kecik yang kehilangan ibu.

      Padam
  6. Sedihnya tajuk Sensitif sangat kalau berkaitan dengan mak-mak nie.huhuu...

    AKU TAK NAK STRESS

    BalasPadam
  7. kasih ibu bawa ke syurga... Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat arwah... Jom sedekahkan al fatihah...

    BalasPadam
  8. Rindu pulak saya dengan mama saya....kasih sayang seorang ibu memang tiada tolak bandingnya. Sayangilah ibu dan penuhi segala keperluan ibu anda.
    SanggupTinggalkan Mak Dirumah Hanya Kerana Mak Sakit Lutut

    BalasPadam
  9. Sedihnya..moga tabah adik tu... pengorbanan seorg ibu memang tak boleh dibandingkn dgn pengorbanan anak2

    BalasPadam
  10. Minggu ni nak balik kampung.. untung kerja sendiri, bebila nak balik pun tak kisah :)

    BalasPadam
  11. Pengorbanan seorg ibu tiada tandingannya..

    BalasPadam
  12. Pengorbanan, kasih sayang seorang ibu tiada tolak bandingnya

    BalasPadam
  13. Saya dah 9 tahun tanpa insan bergelar ibu..menumpang kasih dengan mak mertua..semoga arwah umi tenang di sana..al-fatihah

    BalasPadam