Sabtu, 13 Disember 2014

Amaran Pengambilan Supplement Ketika Hamil Adalah Sangat Penting




Menjaga kesihatan bagi ibu hamil sangat penting. Wanita hamil ini memerlukan nutrient yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum.

Sudah pasti zat dan nutrient yang diperlukan bertambah kerana, kini pengambilannya bukan untuk diri-sendiri sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan.

Tapi sangat penting juga bagi ibu hamil untuk mengetahui supplement mana yang boleh di ambil dan harus dielakkan, serta waktu paling sesuai untuk mengambilnya.

Keperluan pengambilan vitamin

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pra natal ini sama penting untuk menampung nutrient yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.

Supplement seperti asid folik, zat besi dan kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu. Multivitamin ini dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang anda ambil dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Pengambilan vitamin ini tidak menyebabkan ibu hamil gemuk atau saiz bayi menjadi besar. Ia penting sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat penting ketika hamil.

Supplement minyak ikan terbaik untuk anak

* Minyak ikan mampu merangsang minda dengan mengambil asid lemak seperti omega 3, omega 6, DHA,EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal empat bulan pertama kehamilan. Sejak dalam kandungan lagi bayi bijak dan hebat.

* Ia digalakkan diambil kerana badan tidak dapat mengambil asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan.

* Pembentukkan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

 
Dalam produk Shaklee terdapat Omega Guard yang mengandungi minyak ikan dan juga kaya dengan EPA dan DHA, yang sangat sesuai diambil oleh ibu hamil untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepentingan omega guard untuk ibu hamil ialah:

*membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
*mengurangkan risiko bayi lahir pramatang
*mengurangkan risiko kemurungan ibu hamil
*mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi


Supplement yang dilarang diambil ketika hamil

* GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleh diambil kerana dikuatiri akan mengakibatkan kecacatan dan berbahaya kepada kandungan.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
 Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod Area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Jumaat, 12 Disember 2014

Penyusuan Secara Eksklusif Cabaran Buat Ibu Bekerja




Kebanyakkan ibu bekerja menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kekhuatiran tidak dapat menyusukan bayi secara eksklusif. Jangan khuatir wahai ibu. Ketahui dulu cabaran yang mungkin anda hadapi dan temui penyelesaiannya.

Cabaran 1
Pekerjaan menuntut anda untuk seharian berada di luar pejabat, bekerja lebih masa atau memerlukan anda bergerak lebih aktif. Ini tentunya menyukarkan anda untuk memerah susu ibu.
Penyelesaian:
1. Manfaatkan teknologi komunikasi untuk menggantikan pertemuan wajah dengan rakan sekerja.
2. Jika anda tetap perlu keluar pejabat, bawa kelengkapan pam dan cari tempat khusus untuk menjayakan sesi pemerahan.
3. Bekerja lebih efisien supaya anda tidak perlu bekerja lebih masa.
4. Jika terpaksa, siapkan tugas anda di rumah sahaja.

Cabaran 2
Anda harus berada di luar kawasan (outstation)
Penyelesaian:
1. Melakukan pertukaran tugas dengan rakan sekerja. Ini memerlukan persefahaman daripada mereka.
2. Bawa bayi beserta pembantu.
3. Pilihan terakhir ialah anda meninggalkan bayi tetapi harus memastikan stok susu anda mencukupi selama anda berada di luar kawasan. Anda harus tetap memerah susu dan simpan di dalam beg penyejuk atau peti sejuk.

Cabaran 3
Tekanan di tempat kerja. Banyak perkara yang boleh menjadi pencetus tekanan di tempat kerja. Jika anda ibu yang menyusu bayi, tekanan akan memberi kesan kepada penghasilan susu.
Penyelesaian:
1. Jangan terlalu melibatkan emosi dalam pekerjaan. Jika sensitif terhadap kata-kata atau sikap orang lain, sebaliknya terus fokus bekerja.
2. Berfikiran positif dan berdisiplin agar pekerjaan dapat diuruskan dengan segera.
3. Cipta suasana yang membuatkan anda selesa seperti meletakkan tanaman, ikan hiasan dan juga gambar baby anda.

Cabaran 4
Di tempat kerja anda tidak mempunyai ruang menyusu yang sesuai.
Penyelesaian:
1. Jadikan ruang kerja anda sebagai tempat mengepam. Jika terdapat ramai pekerja lelaki, gunakan kain sebagai pelindung. Paling utama anda berasa selesa.
2. Minta kebenaran ketua untuk menggunakan bilik kecil, stor atau surau untuk tujuan tersebut. Bersihkan ruang tersebut dari kotoran.

Cabaran 5
Jarak rumah/ rumah pengasuh dengan tempat kerja yang terlalu jauh dan memakan masa yang lama dalam perjalanan. Bagaimana jika payudara anda bengkak ketika itu? Mungkin juga anda bimbang susu perahan rosak.
Penyelesaian:
1. Berhenti di tempat yang sesuai untuk anda melakukan sesi pemerahan.
2. Dapatkan beg penyejuk yang sesuai, bergantung pada bilangan botol yang di gunakan.

Walau apa pun halangan dan kesulitan yang anda hadapi, jangan pernah mengalah untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi. Fokus dan dapatkan sokongan daripada insan-insan terdekat.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Khamis, 11 Disember 2014

Sayangilah Jantung Anda Dengan Sebaik Mungkin




Setiap individu atau keluarga sentiasa inginkan suasana ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan social. Namun, semasa kita berada dalam keadaan riang gembira, suasana yang tidak terduga boleh berlaku secara tiba-tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa sajaha walau dimana kita berada. 

Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimana pun penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan. Jantung adalah organ yang terdapat di dalam dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui system peredaran darah.


Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalan saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolestrol. Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi, ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada.

Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak dan mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung.


Di antara tanda-tanda sakit jantung ialah:
* Pesakit akan berasa sesak nafas
* Berdebar
* Letih lesu
* Berpeluh dingin
* Rasa pitam dan pengsan

Kandungan lemak yang tinggi dalam badan juga akan mempertingkatkan risiko kepada penyakit jantung. Seseorang yang kurang menjalani aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan risiko sakit jantung.

Seseorang yang berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan berlebihan adalah berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung. Seseorang yang mempunyai keturunan  yang menghidapi penyakit jantung juga berisiko tinggi untuk turut sama menghidapinya.
Langkah-langkah kawalan adalah perlu bagi mengelakkan komplikasi penyakit jantung. Ia boleh dilakukan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, kawal pemakanan, kurangkan makanan yang mengandungi kolestrol, berminyak dan berlemak serta elakkan memakan makanan yang terlalu manis dan masin.

Tingkatkan pengambilan dalam makanan harian kita yang banyak mengandungi serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Makan pada kadar yang sederhana untuk mengekalkan berat badan yang unggul dan ideal.

Perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa bersenam adalah:
1. Senaman perlu dilakukan mengikut kesesuaian, keperluan dan kelapangan diri anda.
2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali semimggu 20 minit setiap kali.
3. Mulakan aktiviti regangan sebelum senaman dan rehatkan diri anda selepas bersenam.
4. Lakukan senaman dengan beransur-ansur dan kemudian tingkatkan dari masa ke semasa.
5. Pelajari teknik senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan .
6. Dapatkan nasihat doctor sebelum melakukan senaman jika anda belum pernah bersenam.

Bagaimana pula supplement Shaklee boleh bantu mencegah serangan sakit jantung dan membantu mengawal paras gula dalam darah?


Omega Guard
Omega 3 di dalam omega guard Shaklee amat berkesan dalam menurunkan kolestrol dalam darah yang menyebabkan saluran darah sempit. Ianya juga membantu melancarkan peredaran darah ke dalam jantung dan kawasan lainnya, seterusnya menghalang tekanan darah tinggi.

CoQ Health
Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung. CoQ 10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung, menambah kekuatan mengepamnya. Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakkan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol “tidak baik” dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.

Phytocol-st
Phytocol-st adalah formulasi proprietary dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL.


Vivix
Melindungi sel jantung dari penuaan, membaik pulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah untuk fungsi jantung yang sihat dan dapat mengelakkan serangan sakit jantung.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan pegoh
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Rabu, 10 Disember 2014

Panduan Dan Tips Mudah Hamil Bersama Set Kesuburan Shaklee



Adakah saat ini yang anda tertunggu-tunggu selama ini.

 
Anda ingin hamil? Sudah tentu, itulah persoalan yang sering bermain di setiap fikiran seorang ibu. Setiap pasangan  suami isteri memang tidak sabar untuk memiliki anak namun kadang-kadang harapan tersebut hanyalah tinggal harapan saja kerana isteri anda tidak hamil.


Tips Untuk Mudah Hamil (JIKA DI IZINKAN ALLAH)

1.Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui  tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam, sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan  untuk hamil. Ada wanita yang hamil dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap’’ anda melakukan hubungan pada ‘’waktu subur’’.  Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa wanita itu subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahin – lebih tinggi.

4. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda bergerak-gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi utk hamil. Kerana sebenarnya sperma sudah  berada di dalam servik – Rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang di terangkan sebelumnya. Anda juga di ingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina  adalah bersifat toksik untuk sperma.

5. Buat Para Suami
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan dalam proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

6. Relaks
Setiap pasangan perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana ia stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan utk hamil.

Bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan inginkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga anda? Apa kata, saya cadangkan anda ambil supplement Shaklee iaitu SET KESUBURAN untuk membantu anda yang inginkan cahaya mata. Kita sebagai hambaAllah, hanya boleh berusaha dan berdoa, tapi kuasa Allah yang tentu kan.

Set Kesuburan Shaklee


GLA COMPLEX
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra haid) – abdominal pain, brest pain
*Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti

ALFALFA
*Menguatkan Rahim
*Mengurangkan simptom menopos
*Menurunkan kolestrol
*Merupakan makanan alkali bagi mengelakkan jangkitan dalaman
*Membanyakkan susu badan
*Merawat keputihan bagi wanita
*Mengetatkan faraj

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
*Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukkan sel
*Protein adalah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan kepekatan telur
*ESP boleh membantu menguatkan Rahim 

B COMPLEX
*Lengkap dengan vitamin B6, B12, dan asid folic
*Mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural

VITAMIN E
*Mencegah masalah kelenjar prostat
*Meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki

ZINC COMPLEX
*Menjada fungsi organ seksual
*Menjaga penghasilan hormone testosterone
*Meningkatkan bilangan sperma
*Meningkatkan pergerakkan sperma
*Meningkatkan kesihatan sperma





Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir