Sabtu, 20 Disember 2014

Daun Saderi Yang Penuh Dengan Khasiat





Bau daun saderi cukup harum apabila dicampurkan bersama dengan sup panas. Tidak kurang juga dengan rasanya yang enak. Dikatakan daun ini tumbuh liar di kawasan paya beriklim sederhana di benua Eropah dan Asia. Sementara di kawasan tropika, ia di tanam di kawasan tanah tinggi bertanah pamah.

Di Malaysia, daun ini lebih di kenali sebagai daun sup. Mempunyai tangkai yang tirus dan panjang, warna daun ini lazimnya mengikut jenis baka dan usia.

Khasiat Makanan

Daun saderi biasanya digunakan untuk memasak sup atau salad. Daun saderi mentah sering dijadikan sebagai penambah perisa sama ada untuk di tabur di atas nasi goreng atau dicampurkan ke dalam telur dadar. Walau bagaimana, ada juga yang rajin untuk mengeringkan daun tersebut sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Sementara itu, tangkai saderi pula mempunyai peminatnya yang tersendiri. Biasanya, bahagian tangkai ini akan dikisar kemudiannya diminum jus tersebut.

Khasiat Perubatan

Dipercayai, seluruh bahagian daun saderi boleh direbus lalu diminum airnya bagi merawat masalah demam denggi, tekanan darah tinggi, kekejangan otot dan reumatisme (sakit sendi). Selain itu, seikat saderi yang direbus kemudian diminum airnya dapat mengatasi masalah angi dalam perut dan sakit perut.

Saderi juga boleh dipotong kecil-kecil sebelum dituang ke dalam air mendidih, ditambah sedikit gula untuk mendapatkan rasa yang manis. Selepas itu bolehlah diminum satu sudu besar dengan kekerapan tiga kali sehari bagi merangsang pembuangan air kecil seterusnya melancarkan perjalanan darah haid. Cara seterusnya adalah dengan merebus daun saderi yang dicampurkan dengan sedikit susu kemudian diminum sewaktu perut masih kosong. Tujuannya adalah untuk merawat batuk, asma sekali gus menghilangkan kahak dalam paru-paru. Sementara saderi yang dimakan mentah pula dipercayai berupaya merangsang aktiviti sistem saraf.

Teh Biji Saderi (diminum) Atau Pil Biji Saderi (ditelan)

Kedua-dua jenis saderi ini dikatakan mampu menjadi penawar bagi penyakit reumatisme, artritis, membantu ginjal mengeluarkan bahan sisa dari tubuh dan mengatasi pelbagai masalah kulit. Di samping itu, ia juga membantu menyelesaikan derita yang ditanggung oleh pesakit-pesakit gout dengan cara mengeluarkan lebihan asid urik pada sendi melalui ginjal (buah pinggang). Biji saderi turut digunakan sebagai ubat untuk mengatasi jangkitan pada pundi-pundi kencing.

Daun Saderi

Perahan air daun saderi segar sesuai diminum bagi merawat masalah demam panas, busung, demam kuning dan bengkak hati sementara akarnya pula sesuai direbus dan diminum bagi mengubati penyakit gout, artritis sekali gus mendatangkan kebaikkan pada sistem saraf. Sebaiknya ambil air rebusan akar ini selepas bersarapan untuk tujuan melancarkan penghadaman.

Kegunaan Lain

Biasanya minyak biji saderi digunakan dalam industry pemprosesan minyak wangi yang mana ia dijadikan sebagai bahan penetap bau (menjadikan bau tahan lebih lama). Ia juga sesuai dijadikan sebagai perisa di dalam garam. Walaupun terdapat banyak manfaat dari biji saderi namun ia tidak boleh digunakan oleh ibu-ibu yang hamil.

Kebaikkan Bawang Putih Pada Kesihatan Kita




Terdapat pelbagai manfaat bawang putih bagi kesihatan , hal ini adalah kerana bawang putih mengandungi nutrisi meliputi vitamin C, Vitamin B6, kalium, kalsium, fosfor, selenium, seng dan mangan. Bawang putih memiliki berbagai sifat penyembuhan seperti antivirus, antijamur, antibaktiria dan analgesic.

Antioksidan
Salah satu manfaat bawang putih bagi kesihatan adalah kemampuannya untuk melawan dan melindungi terhadap perkembangan radikal bebas berbahaya.

Diabetes
Konsumsi bawang putih harian berguna untuk meningkatkan tingkat sekresi insulin yang membantu mengatur kadar gula dalam darah pada penderita diabetes.

Kolestrol dan tekanan darah
Salah satu manfaat bawang putih adalah membantu menurunkan kadar kolestrol dan tingkat tekanan darah kerana kandungan gizi dan mineral yang dikandungnya.

Efek terhadap bawang putih
Seseorang yang mempunyai elergi terhadap bawang putih bermaksud orang tersebut harus menjauhinya. Tanda-tanda orang-orang yang elergi terhadap bawang putih ialah:

Ruam kulit
* Ruam kulit dapat terjadi di mana saja pada tubuh yang dapat menyebabkan gatal-gatal yang teramat sangat. Bawang putih juga menyebabkan kulit ke merah-merahan.

Keradangan
* Pembengkakan dapat terjadi di sekitar mulut dan wajah, lidah dan bibir menjadi bengkak.

Gangguan pernafasan
* Mengkonsumsi bawang putih dalam bentuk murni atau melalui supplement dapat menyebabkan seseorang mengalami kesulitan bernafas, jika orang tersebut alergi terhadap bawang putih. Sesak nafas atau kesulitan bernafas adalah gejala dari alergi.


Bagi yang rasa tak mampu untuk makan garlic segar secara mentah macam tu boleh je ambil garlic Shaklee yang dalam bentuk tablet, untuk kesihatan kita bersama.


Berbanding pula dengan Garlic Shaklee yang dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organic di California, USA diwaktu musim panas. Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Allician aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan  perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary and spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.


Manfaat Utama Garlic Shaklee

Mengandungi Spearmint
Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.

Antibiotik Yang Selamat Dan Semulajadi
Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem  imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Menghalang Alergi
Mempertingkatkan penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.

Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastric, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.


Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi
Kajian menunjukkan pengambilan 2 – 4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

Detoksifikasi
Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan cadmium adalah logam taksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

Menurunkan Kolestrol
Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Mencegah Kanser
Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser – Nitrosamine.

Menstabilkan Glukos
Menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.

Asal Bau Garlic
Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Jumaat, 19 Disember 2014

Manfaat Membaca Untuk Kesihatan




Pasti ramai yang menjadikan membaca sebagai hobi. Tidak kiralah buku, majalah, jurnal atau apa sahaja bahan bacaan sekalipun, selagi mendatangkan ilmu maka ia adalah sesuatu yang bermanfaat, malah baik untuk kesihatan.


Melatih Otak

Membaca mampu merangsang sel-sel otak yang tidak diperoleh melalui aktiviti menonton televisyen atau mendengar muzik. Melalui pembacaan, anda kemudiannya akan berimaginasi. Justeru, sekiranya ingin menguatkan sel-sel otak, maka jadikan budaya membaca sebagai amalan.

Mengurangkan tekanan

Membaca adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan tekanan. Terdapat satu kajian yang menunjukkan, bahawa membaca boleh merendahkan paras kartisol, denyutan jantung serta ketegangan otot ditubuh.

Menguatkan Daya Ingatan

Sewaktu membaca, otak sebenarnya sedang bekerja untuk memahami jalan cerita, sekaligus berusaha untuk mengingatinya. Situasi ini bolehlah disamakan dengan senaman otak yang mampu meningkatkan kemampuan untuk mengingat.

Awet Muda

Kajian mendapati individu yang rajin membaca atau gemar melatih otak untuk berfikir akan mengalami penurunan kognitif yang lebih lambat berbanding individu yang tidak melakukannya. Bukan setakat itu sahaja, membaca secara teratur juga boleh menghindarkan diri dari terkena penyakit Dementia atau Alzheimer.

Merehatkan Diri

Membaca merupakan satu aktiviti yang mudah dan baik diamalkan. Apabila dilakukan ketika santai, ia sebenarnya memberi terapi ketenangan. Beberapa kajian mendapati individu yang suka membaca buku keagamaan, sebenarnya mereka sedang merawat diri sendiri untuk menurunkan tekanan darah, meningkatkan mood seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami.

Meningkatkan Kemampuan Menulis

Selain meningkatkan kosa kata, membaca juga dapat menambahkan tatabahasa, sekaligus menjadikan otak untuk berfikir dengan luar biasa. Pada masa yang sama, ia secara tidak langsung mengasah kemampuan anda untuk menulis secara lebih kreatif lagi.

Khamis, 18 Disember 2014

6 Sajian Enak Bantu Hilangkan Lemak



Boleh di katakana masih ramai enggan menurunkan berat badan menerusi program diet. Mungkin ia dianggap sesuatu yang leceh untuk di praktikkan lantaran terpaksa menghadkan jumlah makanan diambil setiap hari termasuklah makanan yang digemari. Namun sebenarnya, anda masih mampu menikmati makanan yang menjadi kesukaan biarpun terikat dalam proses menurunkan berat badan.


1. Coklat Panas


Umum mengetahui bahawa coklat kaya dengan sumber koko yang mengandungi zat antioksidan yang tinggi. Ia dikatakan membantu meningkatkan hormon kortisol di dalam tubuh yang menyebabkan terkumpulnya lemak dibahagian perut. Fokus zat antioksidan didalam coklat panas lima kali lebih tinggi berbanding the pekat. Kombinasi protein dan karbohidrat di dalamnya juga membantu untuk memulihkan rasa sengal otot kerana melakukan olahraga dalam keadaan yang tergesa-gesa.

2. Sup Ayam


Individu yang gemar mengambil sup sebelum menjamah hidangan utama sebenarnya cenderung mengambil lebih sedikit kalori. Ini kerana, kuah sup berupaya mengalas perut yang kelaparan dan sekaligus mewujudkan rasa kenyang hinggakan anda sendiri berasa tidak mampu makan secara berlebihan.

3. Kopi


Kopi merupakan sejenis minuman yang mampu meningkatkan system kekebalan tubuh sekali gus membantu menurunkan berat badan. Hal ini di sebabkan, kopi mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai asam chlorogenic antioksidan (CGA) di mana ia bertindak menukarkan lemak kepada tenaga.

Dalam kajian berasingan juga mendapati bahan kimia yang telah sebati di dalamnya boleh melambatkan pelepasan glickosa ke dalam aliran darah. Secara tidak langsung ia dapat menurunkan kemasukkan insulin seterusnya meninggalkan kesan pencegahan dalam proses pertambahan berat badan. Walau bagaimanapun, jangan mengambil kopi secara berlebihan kerana dibimbangkan memudaratkan kesihatan.

4. Daging Panggang


Tidak ramai tahu bahawa protein yang terkandung di dalam daging merah mampu menurunkan berat badan. Ini disebabkan ketika anda mengambil protein maka tubuh akan bekerja lebih keras untuk memecahkan protein tersebut sekali gus menukarnya kepada tenaga. Maksudnya disini, anda telah membakar banyak kalori ketika mencerna daging berkenaan. Pada masa yang sama, protein juga boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.

5. Makanan Pedas


Makanan pedas bukan hanya enak malah menjadi pembangkit selera untuk makan dengan lebih banyak. Mungkin sedikit mengejutkan mengatakan jenis makanan yang dihasilkan dari cili mampu menurunkan berat badan. Semuanya gara-gara kandungan capcaisin di dalam cili yang bertindak membakar timbunan lemak di dalam tubuh.
 
6. Kentang Panggang


Kentang panggang bukan setakat lazat malah ia juga kaya dengan nutrisi. Sama seperti makanan berwarna putih lainnya, kentang panggang mengandungi zat semulajadi yang dikenali sebagai allicin. Zat tersebut dikatakan berupaya melawan masalah radang sekali gus mengurangkan berat badan. Malah, ukuran pinggang juga boleh mengecil sekiranya hidangan tengahhari hanya menggabungkan nasi  dan kentang panggang sahaja.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Selasa, 16 Disember 2014

Pengakuan Eksklusif Seorang Wanita Tersalah Mengambil Produk Yang Mengandungi Bahan Kimia

Assalamualaikum semua...di hari yang indah dan damai ini, saya harap kita semua di lindungi, di rahmati dan di berkati oleh Yang Maha Esa. Hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua, sebuah video yang berkaitan dengan seorang wanita yang sebelum ini ada masalah wajah berjerawat yang teruk sebelum bertemu dengan produk shaklee. Menurut wanita ini, mukanya berjerawat mungkin di sebabkan oleh penggunaan produk yang mungkin mengandungi bahan kimia sehingga merosakkan kulit wajah wanita ini.


 
Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.


Sudah pelbagai ikhtiar yang wanita ini lakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik termasuklah facial, masker dan pelbagai lagi produk yang digunakan tapi jerawat di wajah wanita ini tidak juga hilang. 7 tahun geram dengan wajah berjerawat, akhirnya wanita ini berjumpa dengan produk shaklee yang betul-betul membuatkan hatinya gembira kerana sudah mendapat wajah yang cantik, licin, gebu, putih.

 Apa yang wanita ini consume adalah:

 Vitamin C


* Pengambilan vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmentasi adalah penyebab utama kejadian jerawat.

 Collagen Powder



* Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik, kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
* Membantu menghilangkan tanda penuaan.

Gla Complex


* Ianya mengurangkan inflamasi kulit
* Memperbaiki bintik penuaan

Nutriwhite


* Memperbaharui dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, mewujudkan cerah dan kulit lebih bercahaya.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Pengkalan Pegoh, Station 18
Penghantaran ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Isnin, 15 Disember 2014

Khasiat Buah-buahan Kering



Proses pengeringan makanan merupakan kaedah tertua dalam mengawet makanan. Ia menyebabkan buah-buahan menjadi lebih kering, mudah dikunyah dan memberikan rasa lebih sedap. Walaupun banyak vitamin C yang hilang dalam proses pengeringan itu tapi khasiat lain tetap tersimpan baik dalam buah-buahan kering itu.

PRUN


Ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 kalori. 

KISMIS


Buah anggur yang telah di keringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun yang tidak larut dapat membantu system penghadaman dan juga mengurangkan kolestrol dalam badan.

CERI KERING


 Ia adalah cara paling ‘’enak’’ untuk mendapat bekalan potassium dan vitamin A dalam diet anda.

KURMA


Seperti buah-buahan kering yang lain, kurma mengandungi banyak karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mengandungi 96 kalori.

APRIKOT KERING


Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karitena dan serat yang paling tinggi.

BUAH TIN KERING


Ia membantu mengurangkan ‘’kolestrol jahat’’. Selain membekalkan serat yang banyak, buah tin juga mengandungi kalsium, besi, vitamin B6, vitamin E dan juga potassium.