Khamis, 22 Mei 2014


Bahaya penyakit buasir
Buasir, ia terjadi bila saluran darah venus(veins) yg mengembang dan bengkak disekitar dubur (rectum dan anus). Ada 2 jenis buasir yg utama iaitu:
Buasir Luar
Ia berlaku di bawah kulit, betul2 di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat.
Buasir Dalam
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rectum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yg menimpanya bila terdapat darah yg keluar dari duburnya.

Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun bagi tekanan semasa membuang air besar. Sehinggakan rasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi,  buasir ini adalah pembengkakkan sel-sel pada melapisi saluran dubur itu. Buasir ini ada 4 peringkat.
                                               Tahap 1
                        Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar
                                              Tahap 2
 Di sebabkan oleh pergerakkan usus, bengkak dan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur
                                                 Tahap 3
Keadaan yg sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya akan berada di dalam setelah di tolak masuk secara fizikal, maknanya kita kena tolak menggunakan jari.
                                 Tahap 4
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah utk menerang. Buasir akan berada di kawasan dubur. Memang sakit dan perlu di bedah.
Faktor-faktor penyebab buasir
1.Regangan yg optimum/ terlampau semasa pergerakkan usus atau dalam bahasa mudah perut rasa macam di pulas-pulas
2. Cirit birit yg kronik, memang selalu keluar masuk tandas
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah buahan.
Sembelit
Najis yg besar dan kering memerlukan teranan yg kuat utk membuangnya. Ini berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian dubur, menyebabkan ianya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan di tolak keluar.
Ibu Hamil
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yg meningkat di sebabkan oleh Rahim yg sedang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yg mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Hormon yg hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot2 menjadi lebih relax dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan, fakta bahawa proses mengandung itu selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yg mengandung itu perlu meminum air yg banyak utk membantu mengurangkan masalah ini.

Buasir mengambil masa yg lama utk berkembang. Faktor pemakanan dan kehidupan seharian memainkan peranan yg penting dalam mengelakkan perkara yg sama berulang.

Set buasir dari Shaklee, setiap satu supplement mempunyai fungsi yg berbeza utk membantu masalah yg anda hadapi saat ini.


Ostematrix
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda, apabila mengalami luka dibahagian dubur.
Omega Guard
Baik utk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur keatas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
 Jadi Omega Guard amat membantu utk mengecutkan otot yg bengkak.
Zinc Complex
Disarankan kepada pesakit, buasir yg tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yg tersangat perit.
Zinc membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan