Assalamualaikum hai kawan-kawan semua, hari ini rasa sayu
sangat bila baca news paper tajuk utama
yang betul-betul menyayat hati ku kerana aku juga seorang ibu. Besar sungguh
pengorbanan seorang ibu yang sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi
menyelamatkan anaknya dari dilanggar oleh motosikal.
Ibu adalah wanita yang paling berjasa dalam kehidupan
seorang anak. Amat besar kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, tak mungkin
kita dapat bayangkan kasih sayang dan pengorbanan ibu kepada kita. Mereka
sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai
cabaran untuk masa depan anak-anak mereka.
Seorang ibu tak mungkin boleh melihat anaknya menderita,
mungkin jika diberi pilihan kepadanya antara hidup dan kematian yang memang
ditentukan, ia akan memilih mati agar kita sebagai anak terus hidup.
Kasih sayang ibu tidak mungkin kita dapat bayar dengan wang
ringgit, ia adalah hutang yang tak mungkin kita boleh bayar sampai kita mati
sekali pun.
Benarkah Syurga Itu Dibawah Telapak Kaki Ibu
Sering kali kita mendengar ungkapan inikan “syurga itu
dibawah tapak kaki ibu’’. Kaki adalah organ tubuh yang paling rendah bagi
manusia, ertinya kita sentiasa merendahkan diri kita tatkala kita berdepan
dengan ibu dan ayah kita. Melembutkan suara saat berbicara, dan jangan sesekali
meninggikan suara dengan keduanya. Bahkan dalam Al Quran pun sudah dijelaskan,
bahawa seorang anak tidak boleh memberontak kepada keduanya, bahkan ia tidak
boleh mengucapkan perkataan ‘’ah’’ sekalipun tatkala disuruh membuat sesuatu.
Kalau baca kisah ibu rasa sedih sangat kerana diriku sudah
ketiadaan ibu hampir 17 tahun lamanya, kerana terlalu sedia dengan arwah ibu,
ayah sampai sekarang masih menduda. Untung dan bertuahnya bagi mereka yang
masih memiliki ibu, sayangilah ibu anda sebagai mana mereka menyayangi anda.
Saya rakan Shaklee anda
Berminat untuk tempahan @ pertanyaan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir
