Sabtu, 17 Januari 2015

Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma Lelaki Juga Dibantu Dengan Pengambilan Supplement Terpilih





Bagi sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat mungkin berpunca daripada masalah ketidaksuburan sama ada suami ataupun isteri. Tapi hari ini saya ingin bercakap pasal ketidaksuburan kaum lelaki.

Kekurangan bilangan sperma adalah perkara yang menakutkan bagi lelaki lebih-lebih lagi mereka yang sangat menginginkan cahaya mata. Selain mempunyai risiko penyakit berkaitan prostat, kekurangan ini akan mempengaruhi kehidupan lelaki dari segenap aspek.

Justeru itu,wahai kaum lelaki bertindaklah dengan segera dengan mengenal pasti punca berlakunya masalah ini. Berikut factor penyumbang kekurangan bilangan sperma:

* Pengambilan dadah
* Pengambilan alkohol
* Duduk terlalu lama. Risiko kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu
* Merokok
* Tekanan diri
* Obesiti atau kegemukkan
* Factor perubahan seperti masalah ejakulasi, hormon tidak seimbang dan lain-lain.

Dalam pada itu terdapat juga makanan yang boleh membantu meningkatkan bilangan sperma lelaki. Antaranya:

Pisang


Pisang mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Ia adalah enzim anti-inflamasi semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone iaitu hormon seks lelaki. Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

Bawang putih


Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS)  yang merupakan bahan yang memainkan peranan penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

Delima


Delima mengandungi bahan anti oksidan yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh  sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yng menunjukkan sperma kurang berkualiti.

Daging merah


Daging merah mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.

Kacang walnut

Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega 3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah kea rah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak 2 kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.

Bayam


Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kualiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.

Telur


Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

Air


Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma.

Disini saya ada sertakan set kesuburan bagi kaum lelaki yang inginkan zuriat dan juga yang ingin menjaga kesihatan bersama supplement Shaklee.


Vitamin E

* Membantu dalam menghasilkan sperma yang lebih banyak
* Dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakkan sperma
* Membantu meningkatkan paras testosterone didalam badan kita
* Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksijen yang lebih
* Mampu meningkatkan kiraan sperma lelaki

Zinc

* Membantu dalam meningkatkan kualiti sperma
* Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
* Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat Kanser Prostat @ Pembesaran Prostat
* Memcegah daripada masalah mati pucuk
* Zinc juga membantu anda mengelakkan masalah keguguran rambut


Belum mendapat zuriat atau lambat mendapat zuriat…jangan sesekali menyalahkan kaum isteri. Sebagai suami isteri seharusnya berusaha untuk kebaikkan bersama.

Manusia Hanya Berdoa, Berusaha Dan Bertawakal Tapi ALLAH SWT Yang Menentukan Segalanya.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

1 ulasan:

  1. Kesihatan kaum lelaki juga penting untuk memastikan anda betul-betul boleh memberikan isteri anda zuriat dengan baik...inilah masanya untuk kaum lelaki buktikan yang anda seorang lelaki sejati.

    BalasPadam