Isnin, 19 Januari 2015

Waspada Kehamilan Tanpa Janin




Saya nak kongsikan sedikit dengan anda apa yang saya baca dalam majalah tentang kehamilan tanpa janin. Siapa yang pernah mengalami masalah ini tentu dia saja yang tahu, apa perasaan hamil tapi kosong tak ada janin….sudah tentu sedih kan…semuanya Takdir Dari Yang Maha Esa.

Pemeriksaan teratur mengenai perkembangan janin dari awal kehamilan hingga menjelang persalinan sangat penting untuk menghindari risiko denyut jantung janin hilang atau janin tidak mengalami perkembangan.

Kehamilan kosong terjadi apabila persenyawaan antara sperma dan ovum telah berlaku namun embrio terbentuk gagal berkembang menjadi janin. Embrio hanya membentuk kantung kehamilan iaitu uri dan cairan ketuban tetapi tidak membentuk janin. Digambarkan dengan gambaran hitam berisi cairan yang tidak ada bayangan sama sekali kehadiran janin.

Pengakhiran Hanya keguguran

* Doctor akan memberi masa untuk bayi mengikut takdir yang telah ditetapkan.

* Jika ia Blighted Ovum, kehamilan akan berakhir dengan keguguran dan tiada apa yang dapat menyekat perkara ini berlaku melainkan dengan kuasa Ilahi.

* Keguguran akan berlaku dengan sendirinya pada trimester pertama kehamilan dan tidak lebih dari 20 minggu.

Penyebab

* Berkait dengan masalah kromosom, struktur yang membawa gen.

* Kualiti sperma atau sel telur yang buruk yang disebabkan oleh pembahagian sel yang abnormal sehingga tubuh menghentikan kehamilan kerana menyedari keabnormalan ini.

* Infeksi oleh mikro organisma seperti cito megalo virul (CMV), rubella atau Toksoplasma dan sebagainya menyerang imulasi dalam tubuh…(semuanya bahasa perubatan, hanya doctor dan nurse saja yang tahu…huhu)

* Anticardiolipin (ACA) atau pembekuan atau penyumbatan pembuluh darah yang akan menyebabkan pertumbuhan janin terhenti dan tidak berkembang. Masalah ini membuatkan janin tidak mendapat zat makanan, minuman dan oksigen.

Tanda-tanda

* Walaupun mengalami Blighted Ovum, anda mungkin akan mengalami tanda-tanda kehamilan. Misalnya anda tidak datang bulan dan hasil ujian kehamilan yang positif.

* Kemudian anda akan mengalami tanda-tanda keguguran, seperti kejang perut (seperti senggugut), pendarahan faraj dan haid yang lebih banyak dari biasa.

* Janin tidak berkembang apabila anda tidak merasakan adanya gerakkan janin. Meskipun janin tidak berkembang terjadi kehamilan trimester pertama tidak menutup kemungkinan terjadi trimester kedua dan ketiga.

* Hilang alahan. Jika janin tidak berkembang anda tidak lagi mengalami mual dan muntah selama tempoh kehamilan minggu pertama.

* Namun tidak semua perdarahan pada trimester pertama berakhir dengan keguguran. Ada juga kes di mana, doctor akan menasihatkan untuk datang selepas dua hingga tiga minggu dan menggunakan kaedah transvaginal (vaginal scan) dan ada sesetengah kes di mana janin dapat di kesan baru berkembang.

Banyakkan berdoa dan pengambilan supplement serta makanan berkhasiat adalah perkara yang terbaik.

Haaa…itu dia yang saya baca dalam majalah tentang kehamilan tanpa janin…bahaya kan…



Bercakap pasal supplement pula…bakal-bakal ibu yang sekarang ini sedang hamil, anda boleh ambil supplement dari Shaklee iaitu set kehamilan untuk bantu anda lebih bertenaga dan sentiasa sihat, cergas sepanjang kehamilan.

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Pengkalan Pegoh, Station 18
Pengeposan ke seluruh MALAYSIA
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan