Sabtu, 7 Februari 2015

Pisang Merawat Masalah Usus



Khasiat Alami



Apabila disebut tentang pisang, ramai mengaitkannya dengan makanan kegemaran monyet tetapi jangan terkeliru kerana banyak resepi boleh dihasilkan. Lihat sahaja kulitnya yang kekuningan. Ia sudah cukup membayangkan betapa lemak dan manisnya pisang yang dinikmati.

Biasanya, pisang ditanam secara tunas di pangkal pokok yang dihasilkan secara vegetasi. Anak pisang pula akan diasingkan daripada induk sebelum dipindah ke tempat baru. Boleh di katakana kebanyakkan jenis pisang tidak menghadapi masalah tetapi jika pisang udang, biasanya serangga penebuk batang mudah sahaja mengganggu.

Khasiat Makanan

Jantung pisang: boleh dinikmati dengan beberapa cara seperti dicelur, direbus sebelum dimakan. Bukan setakat itu sahaja, jantung pisang juga enak dijadikan kerabu dan masak lemak.
Walau bagaimanapun, jenis jantung pisang yang biasa digunakan ialah jenis pisang berbulu dengan batang yang kurus dan rendah. Buah mudanya  boleh dimakan mentah atau dijadikan ulam setelah dikupas kulitnya yang kehijauan serta keras.

Namun begitu, sekiranya buah kelihatan matang tetapi belum masak sepenuhnya, jadikan ia gulai. Biasanya, pokok pisang akan ditebang apabila buahnya masak dan umbut daripada batangnya sesuai dimakan mentah atau dimasak mengikut citarasa.

Khasiat Ubatan

Jantung pisang dikatakan bertindak sebagai ubat herba tonik untuk jantung dan sistem pendarahan. Sementara jenis pisang batu pula boleh direbus dan diminum bagi merawat masalah cirit birit, perut, usus serta sakit kerongkong.

Buah pisang pula sesuai dikukus, dikeringkan kemudian dikisar menjadi tepung sebelum  ditelan. Buah matang yang masih belum masak bolehlah melalui proses yang sama kemudiannya dimasak ke dalam kapsul bagi merawat pesakit ulser dalam perut dan usus.

Manakala cecair yang terdapat pada buah, pangkal, atau akar pula boleh digunakan sebagai ubat luaran untuk menghentikan pendarahan. Cecair di pangkal pokok pisang sesuai di sapu pada kulit kaki yang pecah.

Sementara akarnya pula bolehlah dihancurkan sebelum di tanpal pada bisul, bengkak jerawat, sakit kepala, demam panas dan kulit terbakar akibat sering terdedah kepada sinatan matahari. Begitu juga dengan cecair yang terdapat di bahagian itu juga di percayai mampu menjadi penawar kepada demam kuning, campak, sakit gigi dan demam panas.

Seperti diketahui mengenai manfaat cecair, maka daun pisang juga tidak kurang hebatnya. Ia boleh dijadikan ubat kepada bisul bagi merangsang untuk mengeluarkan nanah dengan cepat selain memberi kesan yang baik kepada kulit.

Info

Jantung pisang tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak. Dibimbangkan boleh mengakibatkan angina dalam perut dan usus, melemahkan lutut dan tenaga batin. Begitu juga dengan pengidap asma dan lain-lain penyakit berkaitan paru-paru atau sistem pernafasan. Mereka tidak digalakkan makan beberapa jenis pisang seperti pisang embun kerana dikhuatiri akan menjadi bertambah buruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan