Sesetengah ibu pernah mengalami beberapa kali keguguran.
Setiap kehamilan hanya mampu bertahan satu hungga dua bulan sahaja. Peristiwa
ini boleh membuatkan ibu berasa ragu untuk mengandung sekali lagi. Adakah semuanya
berjalan dengan baik? Apakah peluang
hamil lagi semakin nipis? Bermacam-macam soalan bermain difikiran seorang ibu.
Peluang mengandung semula setelah mengalami dua kali
keguguran adalah lebih kurang 77 peratus. Bandingkan dengan peluang hamil dan
menimang anak jika tidak pernah gugur. Ia adalah 80 peratus (bukan 100
peratus). Lihatlah, tidak banyak berbeza peratusannya. Ini merupakan berita
baik kepada ibu-ibu di luar sana yang pernah mengalami keguguran.
Walau bagaimanapun, jika gugur tiga kali atau lebih, ini
dinamakan sebagai habitual miscarriages. Kes-kes
yang seperti ini memerlukan pemeriksaan lebih rapi untuk membolehkan doctor
mengetahui mengapa kes keguguran berlaku
tiga kali berturut-turut. Kemungkinan yang berlaku adalah disebabkan
oleh masalah:
Anatomi
Struktur Rahim yang tidak normal disebabkan oleh fibroid,
bicornuate uterus atau serviks yang lemah (cervical incompetence).
Masalah darah
Masalah yang selalu dibincangkan oleh doctor ini dikenali
sebagai antiphospholipid syndrome, di mana wanita-wanita yang mengalami masalah
ini sering mengalami keguguran akibat sindrom tersebut.
Genetik
Wanita yang usianya melebihi 35 tahun dikatakan mempunyai
risiko yang lebih tinggi mendapat bayi dengan masalah genetik. Jika ini berlaku,
masalah keguguran selalunya terjadi.
Hormon/endokrin
Wanita yang mempunyai penyakit kencing manis dan tiroid juga
senang gugur. Oleh itu, anda bolehlah mencuba untuk hamil semula jika sudah
bersedia. Semoga dengan kehamilan ketiga, anda dan suami, dianigerahkan seorang
cahaya mata menyerikan keluarga.
Tips Kekal Positif
Fikirkan Hari Ini
Apabila anda mula berasa runsing tentang masa depan,
hentikan dan fikirlah tentang hari ini sahaja.
Selidik Apa Yang Berlaku
Ketahui punca anda mengalami keguguran. Masalah ini mungkin
tidak akan berlaku sekali lagi jika dapat dihindari.
Cuba Bertenang
Keadaan relaks mungkin membantu anda berfikir dengan
tenteram tentang bayi. Elak terkenang tentang bayi yang telah gugur. Justeru,
gunakan masa ini untuk menyayangi bayi dalam kandungan. Amalan bercakap dengan
bayi dapat membantu proses menjalin ikatan antara anda berdua.
Cari Supplement Untuk Bantu Kuatkan Rahim
>cuba amalkan ESP dari Shaklee, ESP merupakan protein
soya yang sangat membantu menguatkan rahim.
>bagi ibu yang pernah keguguran, ESP membantu mengelakkan
keguguran berulang selain berupaya membentuk janin dengan sempurna dan sihat.
>ESP sememangnya dicadangkan untuk wanita hamil dan yang
merancang untuk hamil, juga untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan bagi
meningkatkan tahap kesuburan mereka.
Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi
saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
Fb: Rohani Husna Nazir


