Memaparkan catatan dengan label Ketahui Kepentingan Kalsium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketahui Kepentingan Kalsium. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

Ketahui Kepentingan Kalsium



Kalsium penting kepada proses perkembangan kanak-kanak. Namun begitu, individu dewasa juga memerlukan sumber kalsium yang mencukupi agar tubuh sihat.

Bagi yang ‘’alah’’ pada produk tenusu hingga tidak boleh meminum susu, tidak perlu risau kerana susu bukanlah satu-satunya sumber kalsium. Apa yang penting, anda perlu rajin untuk mencari maklumat mengenainya.

Berikut antara sumber makanan yang membekalkan anda sumber kalsium yang baik dan bermanfaat kepada kesihatan tubuh.

1.       Keju


Keju merupakan makanan yang berasaskan daripada susu. Keju memiliki hamper semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, kalsium, lemak dan juga kolestrol. Namum harus di ingat keju boleh menyebabkan gangguan kesihatan jika di ambil dalam kadar yang berlebihan.

2.       Yogurt


Yogurt adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bakteria. Ia juga diperbuat daripada pelbagai jenis susu termasuklah juga kacang soya. Yogurt antara makanan yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

3.       Sayuran hijau


Pasti ada yang pelik apabila mengetahui sayuran hijau mempunyai kandungan kalsium. Percayalah bahawa sayuran hijau terutamanya brokoli dan juga bayam adalah sayuran hijau yang membekalkan sumber kalsium yang tinggi.

4.       Kacang soya


Kacang soya mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, jika anda merebus secawan kacang soya tanpa dicampurkan dengan garam, ia boleh menghasilkan sehingga 261mg kalsium. Selain itu, dengan meminum susu soya juga dapat memberikan anda sumber kalsium yang bermanfaat.

5.       Salmon


Seperti sudah ketahui ikan salmon kaya dengan lemak sihat dan juga protein. Namun tahukah anda bahawa seiris ataupun sepotong ikan salmon mengandungi kandungan kalsium yang tinggi iaitu 181mg kalsium.

6.       Badam


Badam diperkaya dengan vitamin E. ia juga mengandungi 70 – 80mg kalsium. Jadi dengan cara mengambil badam sahaja anda juga mampu mendapat sumber kalsium yang diperlukan oleh badan.

7.       Kubis


Kubis dikategorikan sebagai sayur-sayuran berbentuk buah-buahan. Dalam setiap hidangan, ia lebih bermanfaat daripada segelas susu. Jadi lebihkan sayuran ini dalam setiap hidangan anda.

Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Kita

Ada beberapa manfaat kalsium kepada kesihatan kita

Ø  Mengaktifkan saraf
Ø  Melancarkan peredaran darah
Ø  Melenturkan otot
Ø  Menstabilkan tekanan darah
Ø  Menjaga keseimbangan cairan tubuh
Ø  Mencegah osteoporosis
Ø  Mencegah penyakit jantung
Ø  Menurunkan risiko kanser usus
Ø  Dapat mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang dan reumatik
Ø  Meminimumkan  penyusutan tulang ketika hamil dan ketika menyusu
Ø  Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
Ø  Memulihkan ghairah seks yang menurun dan lemah
Ø  Mengatasi masalah kencing manis

Berminat untuk pertanyaan @ tempahan produk boleh hubungi saya
Puan Siti Rohani Mamat
Wassapp/telegram 019 5959640
Saya rakan Shaklee anda
Pengedar Shaklee Negeri Perak
Cod area: Batu Gajah, Ipoh, Station 18, Pengkalan Pegoh
Fb page: Jom Sihat Bersama Saya
FB: Rohani Husna Nazir